Mawi bayangkan putus tunangKUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, membayangkan mahu memutuskan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nor Diana Mohd Naim.

Mawi memberi bayangan itu ketika menghubungi Nor Diana atau Ina, kira-kira jam 7 malam tadi.
Ina yang terisak-isak menangis ketika dihubungi di hotel penginapannya di Petaling Jaya, berkata dalam perbualan itu Mawi meminta dia bersabar dan menerima keputusan yang akan disampaikan kakak sulungnya, dua tiga hari lagi.
“Dalam perbualan itu, Mawi berkata, ‘kalau aku terus dengan kau, aku akan kehilangan keluarga dan tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Aku serahkan keputusan pada kakak aku, kau terima saja semua keputusan yang dia buat nanti.
“Walaupun Mawi tidak berterus terang, saya dapat rasakan dia hendak memutuskan pertunangan kami,” katanya.
Bagaimanapun, Ina tidak mahu mengulas lanjut sehingga kakak Mawi menemui keluarganya di Felcra Sungai Ara, Mersing, Johor, dua tiga hari lagi bagi menyampaikan keputusan muktamad mengenai hubungan mereka.
Mawi dan Ina sepatutnya bertemu di Hotel Eastin, Petaling Jaya selepas solat Jumaat semalam yang diatur Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management (Maestro), Freddie Fernandez.
Pertemuan itu bagaimanapun dibatalkan dengan alasan Mawi menjalani rakaman untuk program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sebelum itu, pihak pengurusan Mawi berjanji menemukan kedua-duanya minggu lalu di Hotel Hyatt, Johor Bahru tapi turut dibatalkan pada saat akhir.
Kedua-duanya dikatakan jarang berhubung sejak Februari lalu selepas kali terakhir berjumpa di rumah Mawi pada Aidilfitri lalu.
Sejak itu, setiap kali ingin menghubungi tunangnya, Ina akan menelefon pembantu peribadi Mawi.
Hubungan Mawi dan Ina dikatakan semakin dingin apabila timbul gosip cinta antara juara AF3 itu dengan Diana Rafar, akhir Mac lalu.
Malah, Mawi sendiri mengaku rapat dengan penyanyi yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan GIM. Baru-baru ini pula, Mawi dikatakan menjalin hubungan dengan Marsha.
Sementara itu, Mawi ketika ditemui pada Majlis Malam Amal Citra Budi di sini lewat malam tadi enggan memberi sebarang komen mengenai hubungannya dengan Ina.
“Saya rasa benda ini terlalu peribadi dan saya tidak mahu berkongsi dengan orang ramai mengenai hubungan kami,” katanya.
hah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BIAR BETUL... MAwiiiiiiiiiiiiii What happen
This post has been edited by nazra on Jul 1 2006, 09:51 AM