Login
Username:

Password:

Remember me?
Anonymous

Lost Password?

Register now!
Main Menu
AF.Net Links
Who's Online
3 user(s) are online (1 user(s) are browsing News)

Anonymous: 0
Members: 0
Guests: 3

more...
About Akademi Fantasia

Akademi Fantasia is the most popular reality TV show in Malaysia. It's a televised competition to search for and educate new musical talents. The contestants undergo the voting system and normally the one with the lowest number of votes will be eliminated from the competition every week. The program is currently in its fourth season.



     
News Feed
  Sing the national anthem and renew your vows - New Straits Times
  Word has it...: Dance show in whirl again - New Straits Times
  M'sian singer superstar gets married in style - Electric New Paper
  The new year for couch potatoes - New Straits Times
  15000 fans attend Mawi?s wedding reception - Malaysia Star



(1) 2 3 4 ... 40 »
Akademi Fantasia News : Kehadiran Rich AF4 popularkan Estranged
Posted by Faith on 2007/3/14 16:45:37 (2187 reads)

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


SEBELUM ini hanya pengikut setia ‘underground’ saja mengenali kumpulan Estranged yang lebih selesa memperjuangkan lagu Inggeris.

Mungkin tidak keterlaluan dikatakan Richael L Gimbang atau Rich menyebabkan nama kumpulan ini dikenali. Gara-gara Akademi Fantasia (AF4), Estranged mula mendapat tempat dalam arus perdana. Mungkin juga kekuatan lagu Itu Kamu ciptaan dan lirik Rich sendiri membawa tuah kepada kumpulan itu.

Hanya Rich saja yang tahu apa yang tersirat di sebalik lagu yang turut diselitkan di dalam album pek semula mereka In Hating Memory yang baru saja dilancarkan baru-baru ini. Ketika lagu itu mula diperkenalkan di corong radio, ramai yang menyangkakan ia milik band Indonesia.

Sedikit sejarah mengenai Estranged, kumpulan itu diasaskan Rich serta pemain gitarnya Solihuddin Hormat ketika sama-sama menuntut di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) pada 2001.

Kini kumpulan itu mempunyai lima ahli kumpulan, tiga lagi ialah pemain dram Azwin Andy Malik, pemain gitar Nor Hanafi Noor Hadi dan pemain bass Chow Ken Chung.

“Album In Hating Memory kami edarkan awal 2005 dengan label bebas. Ketika itu ia dilakukan secara ‘underground’ dan tidak ada pengedar. Semuanya dikeluarkan dengan bajet sendiri, kami berjaya menjual sehingga 500 unit.

“Sebenarnya Estranged sudah lama ingin tampil di arus perdana. Penyertaan Rich dalam AF sedikit sebanyak membantu kumpulan kami kerana Estranged menerima banyak permintaan peminat.

“Kami juga lihat AF banyak membantu Rich. Selepas keluar AF kami dapat lihat perubahan ketara pada Rich yang semakin yakin di atas pentas,” kata Solihuddin.

Percubaan Estranged memperkenalkan lagu Melayu pertama mereka ternyata tidak sia-sia. Lagu berkenaan kini semakin diminati dan berjaya memasuki beberapa carta radio. Malah lagu berkenaan juga berjaya melonjakkan nama Estranged.

Bagaimanapun, kumpulan berkenaan tidak berhasrat menghasilkan album berbahasa Melayu penuh. Setakat menyelitkan satu atau dua lagu Melayu saja sudah memadai. Semuanya kerana tidak mahu peminat ‘underground’ yang selama ini setia menyokong Estranged beralih arah dan meninggalkan mereka.

“Kami tidak mahu tinggalkan peminat yang dulu. Jalan yang terbaik adalah dengan menggabungkan kedua-dua bahasa supaya peminat ada pilihan.

“Sebenarnya hasrat kami untuk buat lagu Melayu sudah lama ada tetapi ditangguhkan dulu. Di sebabkan banyak peminat yang bertanya akhirnya kami hasilkan juga lagu Melayu,” kata Rich selaku vokalis.

Source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Artis AF wajib sertai kelas khas
Posted by Faith on 2007/3/14 16:41:58 (1477 reads)

Oleh Rozdan Mazalan


Maestro mahu kikis tanggapan bintang Akademi Fantasia bagai 'mi segera'

BIAR lambat daripada langsung tidak berbuat sesuatu! Begitulah yang boleh dirumuskan mengenai tindakan Maestro Talent And Management Sdn Bhd yang akhirnya mengambil inisiatif menghantar artis mereka menyertai kelas khas.

Tindakan itu kononnya dibuat setelah artis di bawah naungannya sering dilabel sebagai artis ‘mi segera’ gara-gara didakwa serba serbi kurang bagaikan makanan kurang rencah ketika membuat persembahan.

Kelas seliaan Linda Jasmine Performing Arts yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu menyediakan bengkel latihan vokal, bahasa Inggeris dan media, drama dan seni persembahan, penampilan diri, motivasi dan tarian.

Ketua Pengarah Eksekutif Meastro Talent, Freddie Fernandez berkata, pelaksanaan kelas Latihan Seni Persembahan Artis Maestro itu diwujudkan sebagai persediaan bintang AF menjadi penghibur.

"Setelah banyak pihak cuba mempertikaikan kebolehan nyanyian bekas pelajar AF selama ini dan memberikan mereka jolokan bintang ‘mi segera’ kepada artis AF, kita mengambil inisiatif ini supaya artis naungan Maestro dapat memanfaatkan latihan yang disediakan.

"Di samping itu ia akan mempertingkatkan prestasi persembahan dan penampilan diri artis dalam industri hiburan tempatan suatu hari nanti.

"Secara tidak langsung melalui kelas itu, ia dapat membantu mereka mengembangkan cabang seni lain yang bukan saja menekankan kepada bidang nyanyian semata.

"Bukan itu saja, Maestro setuju untuk membayar separuh yuran kelas dan sebahagian lagi ditanggung artis itu sendiri," katanya.

Selain Mawi, beberapa bintang AF lain yang sedang sibuk menjalankan latihan intensif mereka setiap minggu ialah Farhan, Zila, Nora, Salima, Amylea, Zahid, Haziq, Faizal dan juara International Chinese Singing Award, Andrew Tan.

Sementara itu, Linda Jasmine selaku pengetua projek ini serta pengasas Linda Jasmine Performing Arts Studio pula, menjelaskan tugasnya memastikan setiap kelas diadakan secara berterusan.

"Saya akan sentiasa `update' perkembangan tenaga pengajar dan pelajar, masalah yang mereka hadapi, apa yang kurang dan apa yang tidak patut ada," katanya.

Tambahnya lagi, selain bintang AF, pusat tariannya turut mengalu-alukan penyertaan orang awam termasuk artis tempatan mengambil bahagian.

Tenaga pengajar terbabit ialah Shafi zawati Mohd Sharif yang mengendalikan kelas vokal, Fatimah Abu Bakar kelas bahasa Inggeris dan pengendalian media, Marlia Musa/Norish Karman (kelas drama dan seni persembahan), Zul Fazli Suhaidi (kelas grooming), Prof Dr Mohd Zainul Fithri Datuk Othman (kelas motivasi), Raimee Salleh (kelas tarian Latin pop/salsa), Linda Jasmine/Pamela Chong kelas tarian-fusion), Kumpulan Wakaka Crew (kelas tarian hip hop, MVD dan break dance) dan Ryu (kelas Yoga).

Mereka yang berminat menyertai bengkel boleh menghubungi 03-42701777 untuk keterangan lanjut atau kunjungi 23C, Wisma Ampang Triangle 2, Off Jalan Ampang, Ampang, Selangor.

Reaksi: Apa kata artis Maestro?


Haziq

“SAYA mula menyertai kelas ini bermula Januari lalu dan kini sudah 10 minggu saya bersama mengikuti setiap kelas yang diberikan. Ini adalah program yang memberangsangkan bagi saya yang banyak menitikberatkan segala aspek berkaitan industri yang saya ceburi. Kebelakangan ini saya banyak menekan aspek vokal dan tarian memandangkan pada 23 Mac ini saya diundang untuk berganding bersama Datuk Ahmad Jais menjayakan konsert Bahtera Merdeka di Istana Budaya,” katanya.


Faizal

“SETIAP kelas yang diajar tidak sedikit pun merugikan kami yang baru menceburi bidang seni ini, memandangkan ini adalah bekal yang harus kami gunakan sepanjang kami berada di dalam industri seni ini. Walaupun saya baru mengikuti perjalanan kelas ini namun sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat ini banyak membaiki kelemahan vokal saya yang menekankan penguasaan lontaran vokal yang betul.”


Amylea

“SAYA mengikuti kelas yang disediakan oleh Cikgu Linda sejak mula keluar dari AF dan sehingga sekarang saya masih terus mengikuti. Buat masa ini saya banyak menumpukan hal berkaitan vokal dan tarian kerana saya mahu membuktikan album pertama saya yang bakal keluar tidak lama lagi menghasilkan sesuatu yang betul-betul berkualiti dan diterima masyarakat.”


Salima

“DI sini saya lebih banyak mendapat pendedahan berkaitan seni persembahan yang tidak diajar semasa saya berada dalam AF dulu.

Segala pendedahan yang diberikan kepada saya dalam kelas ini akan saya gunakan terutamanya pada kemunculan pertama saya dalam seni teater separa bangsawan berjudul Rangkas Putra yang akan dipentaskan pada 30, 31 dan 1 April ini bertempat di Muzium Shah Alam bermula 8.30 malam,” katanya yang akan memegang watak sebagai permaisuri.


Mawi

“SEJAUH mana peningkatan dalam persembahan saya, hanya peminat dapat menilainya kerana mereka sentiasa sensitif dengan perkembangan saya. Mungkin tidak terlalu ketara, tetapi sekurang-kurangnya ada perubahan. Bak kata orang, pelan-pelan kayuh! Bagaimanapun, tujuan utama saya menyertai bengkel ini selain memperbaiki mutu vokal ialah sebagai persediaan untuk bergelar pelakon,” katanya yang akan menjalani penggambaran filem sulung, Aduh Saliha arahan M Nasir tidak lama lagi.

Source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Haziq pejuang irama asli
Posted by Faith on 2007/3/12 13:23:44 (1953 reads)

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Haziq bukan anak manja!

GELARAN penyanyi ‘lagu orang tua’ tidak sedikitpun menjadi kudis buat bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Haziq atau Hazwan Haziq Rosebi, 19. Bagi anak kelahiran Kluang, Johor ini, kelebihannya menyanyikan lagu irama Melayu asli adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai buatnya.

“Saya sudah lali dengan gelaran itu. Malah, saya bangga kerana nama saya dikenali di kalangan orang tua atau golongan yang jauh lebih dewasa dari saya.

“Apa yang penting, lagu irama tradisional sesuai dengan jiwa saya. Lebih-lebih lagi, sokongan ibu dan bapa serta peminat beri kekuatan saya terus memperjuangkan lagu genre ini sampai bila-bila,” katanya.

Haziq berkata, dia mula mendapat pendedahan lagu irama tradisional sejak di bangku sekolah apabila menyanyi lagu ghazal ketika dalam darjah 5 dan pernah menjadi johan Pertandingan Ghazal Remaja Johor.

“Saya mula meminati lagu Melayu asli ketika di tingkatan dua Sekolah Tinggi Kluang. Cikgu saya, Abdul Rahman Kamarudin yang perkenalkan lagu asli kepada saya.

“Dia sering nyanyikan lagu asli yang dipopularkan Datuk Ahmad Jais. Sejak itu, saya mula mengagumi vokal penyanyi itu,” katanya.

Kecenderungan Haziq kepada lagu irama tradisional banyak membawa tuah kepada kerjaya seninya. Selepas menamatkan pengajiannya di AF4 tahun lalu, Haziq tidak menang tangan memenuhi pelbagai undangan terutama bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) serta program televisyen.

Antaranya, Haziq dan Zila AF4 menjayakan Konsert Rhythm Heritage anjuran KeKKWa pada 10 Februari lalu dan juga Zoom In bersama penyanyi pop etnik tradisional, Noraniza Idris, baru-baru ini.

Haziq juga melangkah ke dunia lakonan apabila berlakon filem Kala Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid serta pementasan Teater Lorong Blues arahan Fauziah Nawi Jun ini. Terbaru, Haziq bakal menjayakan Konsert Bahtera Merdeka Datuk Ahmad Jais pada 23 hingga 25 Mac ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Selain Haziq, Azlina Aziz dan Datuk Yusni Hamid turut diundang.

Haziq yang pernah menyampaikan lagu Umpan Jinak Di Air Tenang ketika konsert prelude AF4 tahun lalu berkata, dia memang menantikan peluang untuk berduet dengan penyanyi veteran itu yang juga idolanya.

“Ia penghargaan tidak terhingga buat penyanyi remaja seperti saya. Saya cukup mengaguminya dan ingin melakar nama sepertinya. Bukan saya ingin menggantikan tempatnya tapi meneruskan perjuangannya memartabatkan lagu Melayu asli.

“Antara lagu popular beliau yang sering saya sampaikan ialah Mengharap Sinar Menelan Kabus, Gelisah Menanti dan Di Ambang Sore. Sempena konsert solo beliau nanti, saya bakal menyampaikan dua lagu,” katanya.

Kali pertama Haziq dipertemukan dengan Ahmad Jais ialah pada satu persembahan di Raub, Pahang. Ketika itu Haziq berduet untuk lagu Umpan Jinak Di Air Tenang.

“Sejak hari itu, hubungan kami menjadi rapat. Beliau banyak memberi nasihat berguna buat kerjaya seni saya,” katanya.

Dalam pertemuan yang diatur Rap di lokasi perkarangan Istana Budaya, anak bongsu dari empat beradik ini ditemani ibunya, Aini Mamat yang juga merangkap pengurusnya.

“Saya bukan anak manja, sebaliknya berasa selesa bila kerjaya seni diuruskan ibu sendiri. Segala-galanya lebih teratur. Ibu juga sanggup bersara awal dari Kementerian Pertahanan semata-mata untuk menguruskan kerjaya seni saya sepenuh masa,” katanya.

Mengenai perancangan album solonya, Haziq berkata, dia menyerahkan semuanya pada pengurusan pihak Maestro Talent & Management Sdn Bhd.

“Album solo saya dijangka siap tahun ini juga. Mereka masih kumpul material. Antara komposer pilihan saya ialah Omar Taib, S Atan dan Pak Ngah.

“Dari segi konsep, impian saya untuk menghasilkan album pop Melayu seperti album Jamal Abdillah. Selain itu, saya ingin selitkan lagu irama Malaysia, irama Nusantara atau etnik kreatif,” katanya.

Buat masa ini, Haziq mempertaruhkan lagu duetnya bersama seorang lagi bintang AF, Rosma, Cinta Joget Sakti (lagu/lirik Arab). Lagu ini dimuatkan dalam album solo Rosma.

“Saya tidak kisah berduet dengan siapapun. Bila pengurusan Maestro beri peluang saya berduet satu lagu dengan Rosma, saya anggap ia peluang keemasan. Lagu duet itu sudahpun mula diputarkan di radio,” katanya.

PROFIL

NAMA: Hazwan Haziq Rosebi

UMUR: 19 tahun

ASAL: Kluang, Johor

TARIKH LAHIR: 7 Januari 1988

ZODIAK: Capricorn

KERJAYA: Penyanyi

TINGGI: 179 sentimeter

BERAT: 60 kilogram

LAGU KEGEMARAN: Bunga Tanjung

PENYANYI KEGEMARAN: Jamal Abdillah, Datuk Ahmad Jais, Mawi

ALBUM: The Best Of Haziq

SINGLE: Gurindam Anak Muda (lagu/lirik Ramli Sarip)

PENCAPAIAN: Tempat keempat, Akademi Fantasia musim ke-4

Source

Rating: 10.00 (1 vote) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Pelajar AF5 jangan perasan!
Posted by Faith on 2007/3/12 13:22:02 (2357 reads)


Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

ENAM belas peserta, lapan lelaki dan lapan perempuan menjadi ‘pertaruhan’ di Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Soalnya, apakah program realiti TV kali ini masih hangat membara?

Melalui sidang media di JW Marriott Kuala Lumpur, baru-baru ini, barisan pelajar AF5 disenaraikan dengan pengetua baru mereka komposer terkenal Roslan Aziz.

Peserta wanita terdiri daripada Candra Clement Tambunnan (Candy), 18, dari Sabah; Aryanna Najwa Ahmad (Dekna), 19, Pulau Pinang; Adyana Khalid (Diya), 21, Pulau Pinang; Nurul Fatin Yahya (Fatin), 20, Johor Bahru; Nur Heliza Helmi (Heliza), 21, Kuala Terengganu; Norsyarmilla Jirin (Mila), 19, Pulau Pinang; Nonny Nadirah Zainuddin (Noni), 18, Kota Kinabalu, Sabah dan Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan, 23, Kuala Lumpur.

Peserta lelali ialah Mohd Shafiq Mohd Ramadzan (Afiq), Putrajaya; Muhammad Aizat Amdan (Aizat), 18, Kuala Lumpur; Muhammad Nur Aswad Jafar (Aswad), 27, Pulau Pinang; Gadaffi Ismail Sabri (Dafi), 19, Selangor; Ebi Kornelis @ Firdaus Yaimal (Ebi), 23, Sabah; Mohd Farha Jasmen (Farha), 22, Kota Kinabalu, Sabah; Hasfarizal Ayub, 19, Kuching, Sarawak dan Mohd Shawal Ruslan, 23, Kuala Lumpur.

Semua pelajar ditempatkan di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor. Asal kawasan ini gudang tapi ditukar menjadi tempat pembelajaran dan penginapan.

Tidak seperti kebiasaan, kali ini Astro tidak memperkenalkan pelajar musim kelima kepada media bagi mengelak mereka berasa seperti ‘bintang.’

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagull (Khairul), berkata mereka sengaja tidak tampilkan pelajar pada sidang media itu kerana tidak mahu memberi pendedahan keterlaluan kepada mereka sebelum melangkah ke akademi.

“Pada musim ini kami mahu semua peserta fokus kepada pembelajaran di akademi dan bukan berangan-angan. Perkenalan mereka dengan wartawan boleh mempengaruhi sikap dan persembahan mereka pada konsert mingguan AF.

“Seperti pelajar AF musim terdahulu yang sudah mengenali wajah wartawan, mereka mudah ‘lemas’ dengan perhatian dan publisiti.

“Paling bahaya, selepas melihat wartawan mereka jadi kaku di pentas, malah ada yang menunjukkan isyarat tidak suka dengan lagu atau kostum yang dipilih untuk mereka.

“Untuk itu, lebih baik mereka tidak diperkenalkan terlalu awal kepada wartawan kerana kami mahu mereka menjadi pelajar, bukannya superstar,” katanya.

Mengenai pemilihan 16 pelajar dan bukannya 12 pelajar ke akademi, Khairul berkata, mereka sepakat memilih 16 pelajar kerana mereka mempunyai potensi cemerlang untuk diperkenalkan di persada hiburan negara.

Pelajar itu pula, katanya, datang dari pelbagai latar belakang. Dari ahli sukan yang menjadi kebanggaan negeri sehinggalah kepada anak nelayan.

“Kali ini juga tiada saringan akhir dibuat menerusi Konsert Prelude. Walaupun personaliti berbeza, masing-masing menanam azam serupa, bersemangat menjadi penghibur dan berjiwa kental,” katanya.

Kelainan musim ini juga, kata Khairul, tirai AF dibuka dengan dua episod pengenalan pada 10 Mac dan 11 Mac lalu. Liputan Diari Akademi Fantasia pula akan disiarkan selama sejam enam kali seminggu (Ahad - Jumaat), bermula 12 Mac ini, jam 9 malam.

Konsert mingguan AF kekal siaran setiap Sabtu, di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (DSMPPJ), jam 8.30 malam mulai 17 Mac ini. Manakala Imbasan AF tidak lagi diterbitkan pada musim ini.

“Debat AF berbentuk wacana atau diskusi menggantikan Imbasan AF. Program itu memberi tumpuan kepada topik hangat berkaitan AF.

“Program ini menjadi platform kepada penonton membincangkan isu sampingan yang timbul seperti yang diperbualkan oleh pengirim SMS (khidmat pesanan ringkas) di Saluran @15.

“Pada setiap musim AF, selepas tamat konsert atau selesai menonton Diari AF setiap hari, penonton akan berdebat mengenai pelajar. Jadi, untuk musim ini kami sediakan tempat khusus untuk mereka berdiskusi.

“Ahli panel terdiri daripada pelbagai lapisan penonton setia AF. Debat itu akan dipancarkan secara langsung dari DSMPPJ, setiap Khamis, jam 10 malam.

“Namun, kami tidak mahu terbabit dalam sebarang kontroversi. Saya berharap diskusi itu berlangsung dalam suasana tenang, dengan harapan biarlah pendapat yang diluahkan tidak dipengaruhi emosi,” katanya.

Tambah Khairul, selama 10 minggu di akademi, pelajar perlu berusaha menjadi yang terbaik bagi merebut hadiah lumayan yang keseluruhan berjumlah hampir RM500,000 termasuk kenderaan Toyota Vios.

Astro juga terus merintis sejarah dalam dunia televisyen tempatan dan arena TV interaktif dengan memperkenalkan servis Afundi secara pukal (serentak), dikenali sebagai Afundi Sakan.

“Ini cara mudah peminat AF menghantar undian sebanyak tiga atau lima kali menerusi dua medium iaitu talian tetap dan aplikasi Java,” katanya.

Pada majlis itu juga Astro memperkenalkan pengetua dan barisan tenaga pengajar AF5. Komposer Roslan Aziz dipilih sebagai Pengetua juga Pengarah Muzik AF5.

Bagi merealisasikan impian Roslan untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelajar, penerbit memilih empat tenaga pengajar menyertai AF5 iaitu Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Syafizawati Sharif (Guru Vokal Persembahan), Linda Jasmine (Guru Koreografi) dan Fatimah Abu Bakar (Guru Persembahan Pentas).

Manakala tiga lagi, Dr Azahari Othman (Perunding Motivasi), Jasmi Rejab (Perunding Fesyen) dan Khairul Najmi (Guru Bahasa Inggeris).

AF5 masih mengekalkan pengacara Aznil Nawawi.

Roslan yang sebelum ini pernah mengkritik AF ketika dia menjadi juri Malaysian Idol menyifatkan perubahan sikapnya itu di mana bumi di pihak di situ langit dijunjung.

“Jika kita menyertai sebuah pasukan bola sepak, mestilah setia dan sanggup melakukan apa untuk pasukan itu dan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh.

“Begitulah saya, di mana juga saya diletakkan pasti saya akan membuat yang terbaik,” katanya.

Source

Rating: 2.00 (1 vote) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Roslan mahu hapus budaya menangis
Posted by Faith on 2007/3/12 13:15:33 (1058 reads)


Oleh Farihad Shalla Mahmud


Apakah pelantikan sebagai pengetua mampu bawa paradigma baru buat Akademi Fantasia 5?

KELMARIN, Astro secara rasmi mengumumkan barisan ‘kabinet’ baru Akademi Fantasia musim kelima (AF5) selepas berteka-teki sekian lama. Ada muka baru dan ada juga muka lama. Namun yang menjadi perhatian pastinya jawatan pengetua yang kini secara sah menjadi milik komposer dan pengarah muzik terkenal, Roslan Aziz.

Dan tugas Roslan bukan sekadar menjadi pengetua malah turut menggalas tanggungjawab lain iaitu Pengarah Muzik, menggantikan Sham Kamikaze.

Perlantikan bekas juri Malaysian Idol (MI) ini memang sudah dijangka apatah lagi banyak media arus perdana meramalkan kerusi paling panas itu memang sesuai untuknya. Selain pengalaman, kredibiliti Roslan sebagai karyawan muzik memang diakui kehebatannya.

Bagaimanapun, jika ada yang sedar, sewaktu menduduki kerusi juri MI, Roslan cukup lantang mengkritik AF. Malah, ada laporan yang menyatakan Roslan menyifatkan penyanyi yang lahir dari program MI lebih berkualiti daripada peserta AF.

Justeru, apabila Roslan menerima tawaran sebagai pengetua, adakah ini bermakna dia terpaksa menelan sendiri kata-kata yang pernah diluahkannya sebelum ini. Ibarat kata pepatah, menjilat kembali ludah sendiri.

“Sebagai pemuzik berpengalaman, saya rasa tidak salah untuk saya terima tawaran ini. Dengan pengalaman yang saya ada, mungkin saya dapat berkongsi ilmu dengan pelajar yang terpilih.

“Justeru, sebaik saja saya menerima tawaran itu, pihak Astro turut memberikan saya video cakera padat program AF terdahulu untuk saya kaji.

“Apa yang saya boleh katakan, AF ini sebenarnya bagus cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki,” ujar Roslan pada majlis sidang media bagi mengumumkan tenaga pengajar AF5 di Hotel JW Marriot, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang Khamis lalu.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah dan Pengurus saluran Ria, Khairul Mizan Shagul.

Antara alasan lain Roslan menerima mandat itu adalah apabila dia berpeluang bekerjasama dengan tenaga pengajar lain yang disifatkannya sebagai terbaik dan komited.

Musim baru ini masih lagi menyaksikan Linda Jasmine sebagai Guru Koreografi, Syafizawati Sharif sebagai Guru Vokal Teknikal, Adnan Abu Hassan sebagai Guru Vokal Persembahan, Fatimah Abu Bakar selaku Guru Persembahan Pentas, Dr Azahari Othman sebagai Perunding Motivasi manakala dua jawatan baru yang diperkenalkan adalah Perunding Fesyen yang akan dikendalikan seorang pereka, Jasmi Rejab di samping Guru Bahasa Inggeris oleh Khairul Najmi.

Menurut Roslan, apabila dipertanggungjawab untuk memikul dua tugas sekali gus, dia perlu menjadi lebih serius kerana ia bukanlah perkara mudah untuk dilakukan.

“Saya kena gunakan pengalaman bukan saja sewaktu menjadi juri MI tetapi juga pengalaman sebelum ini. Memandangkan tempoh dua bulan lebih bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk melahirkan seorang artis tetapi dengan kerjasama dari tenaga pengajar yang ada, saya percaya tidak ada yang mustahil untuk dilakukan,” jelasnya sambil menafikan menerima ganjaran dalam nilai Dolar AS untuk dua tugasan itu seperti yang didakwa.

Katanya lagi, apabila dia sendiri yang menjadi pengarah muzik, itu lebih memudahkan kerjanya kerana dia tahu apa yang lebih sesuai untuk pelajarnya.

“Justeru, kalau ada kesilapan sewaktu konsert, tak perlulah saya menyalahkan mana-mana pihak lain,” ujarnya.

Biarpun masih di peringkat awal, namun Roslan sudah membayangkan pendekatan yang akan digunakan untuk mendidik anak-anak buahnya.

“Ramai yang tahu saya memang garang orangnya. Jadi, mana-mana pelajar yang tidak mendengar kata atau membuat kesilapan berulang, siap. Tahulah bagaimana hendak mengajarnya,” kata Roslan yang tidak mahu wujud klon artis dalam diri pelajarnya.

Ditanya apakah kekurangan dalam AF5 yang ingin diperbaikinya, dengan selamba Roslan menjawab dia teringin untuk menghapuskan budaya menangis di kalangan pelajar apabila ada rakan mereka tersingkir.

“Saya tidak mahu ada pelajar yang menangis setiap kali penyingkiran berlaku kerana mereka perlu tahu ini adalah pertandingan. Mereka sepatutnya gembira apabila ada rakan mereka yang tersingkir. Saya mahu tanam semangat seperti ini di kalangan mereka.

“Kalau mereka hendak menangis sangat, tunggu dalam kelas nanti saya akan buat mereka menangis sampai keluar air mata satu baldi,” kata bekas suami kepada penyanyi Sheila Majid ini berbau amaran.

Roslan juga berazam untuk mengikis sikap suka mengalah demi kawan yang wujud di kalangan peserta AF.

“Sikap sanggup mengetepikan perasaan hendak menang demi kawan patut dihapuskan kerana mereka (pelajar) perlu tahu apa tujuan mereka datang ke sini,” tegas Roslan.

Source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
(1) 2 3 4 ... 40 »


 


Copyright © 2006 by AkademiFantasia.Net  |  Contact Us  |  Disclaimer
Design by WebdesignCustoms. Page generated in 0.161 Seconds | 26 Queries