Login
Username:

Password:

Remember me?
Anonymous

Lost Password?

Register now!
Main Menu
AF.Net Links
Who's Online
8 user(s) are online (5 user(s) are browsing News)

Anonymous: 0
Members: 0
Guests: 8

more...
About Akademi Fantasia

Akademi Fantasia is the most popular reality TV show in Malaysia. It's a televised competition to search for and educate new musical talents. The contestants undergo the voting system and normally the one with the lowest number of votes will be eliminated from the competition every week. The program is currently in its fourth season.



     
News Feed
  Hear,say... Your weekly gossip is here! - Malay Mail
  Hear Say: Your weekly gossip is here! - Malay Mail
  The Journey of the Dream Chasers - Bangkok Post



« 1 ... 6 7 8 (9) 10 11 12 ... 40 »
Akademi Fantasia News : Tak perlu kejar populariti, glamor
Posted by Faith on 2006/8/7 12:02:33 (685 reads)

Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zul Husni Abdul Hamid

Pengetua Akademi Fantasia 4, Ramli Sarip titipkan pesanan berguna buat bekas pelajar

KELMARIN secara rasmi tamatlah sudah tugas yang dipikul Ramli Sarip selama tiga bulan bergelar pengetua kepada akademi popular itu. Lima finalis AF4 berjaya menamatkan pengajian mereka dengan jayanya selepas 10 minggu bertungkus lumus mempersiapkan diri sebelum layak bergelar penghibur.

Sepanjang tempoh itu juga, Ramli berjaya memainkan peranan yang diamanahkan kepadanya iaitu berkongsi perasaan dengan pelajarnya, mendasari hati mereka sambil menyampaikan ilmu yang berguna.

Kini, selepas tamat tempoh perjanjian, tibalah masanya untuk pelajar AF4 ini mempraktikkan ilmu yang diajarkan kepada mereka. Tiada lagi tenaga pengajar yang akan memperbaiki kelemahan mereka. Tak akan kedengaran lagi suara pengkritik yang memberi komen panas mengenai persembahan mereka.

Umpama pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan cuma tinggal untuk berkayuh saja.

Namun, apakah ilmu yang mereka pelajari itu sudah cukup buat mereka? Apakah mereka bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar yang sememangnya diketahui amat besar dugaannya.

Ketika ditemui selepas sidang media Konsert Akhir AF4 malam Sabtu lalu, Ramli bersetuju bahawa malam konsert kemuncak itu menjadi titik tolak kepada cabaran yang sebenarnya.

“Pada saya, malam ini bermulanya cabaran kepada pelajar terbabit. Jika mereka menganggap mereka kini sudah bebas, itu adalah silap. Sebenarnya, mereka tidak bebas dalam erti kata yang sebenarnya. Di luar sana ada banyak mata yang memerhati tingkah laku mereka. Mereka terikat sebenarnya,” ujar Ramli.

Sebagai pengetua yang memantau perkembangan pelajarnya dari semasa ke semasa, Ramli melihat kesemua anak didiknya itu berpotensi untuk berkembang asalkan diberi tunjuk ajar dengan penuh kesabaran.

“Seperti yang selalu saya tegaskan kepada mereka sebelum ini, kejayaan tidak akan datang sekelip mata, jadi mereka kena berusaha. Justeru, seandainya ada syarikat rakaman yang ingin mengambil mereka sebagai artis, mereka perlulah mencorak artis (pelajar) ini dengan jujur. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu itu dengan sekelip mata.

“Kesabaran itu penting. Contohnya seperti Lotter. Ada yang berkata dia hanya layak menjadi pelawak dan bukannya penyanyi yang baik. Mungkin pendapat itu ada betul dan salahnya. Pada saya dia boleh menjadi artis rakaman cuma memerlukan masa untuk dikomersialkan,” luah Ramli.

Bekas vokalis kumpulan Sweet Charity ini juga menaruh harapan agar kesemua 12 anak didiknya itu mempunyai ‘jiwa’ dalam bidang nyanyian, seperti yang sering ditegaskan Ramli sewaktu berada di akademi.

“Saya juga sering mengingatkan mereka bahawa jangan terlalu mengejar glamor dan populariti apabila mereka mengambil keputusan untuk menjadi anak seni. Populariti dan glamor akan datang dengan sendiri apabila tiba masanya kerana jika mereka menunjukkan prestasi yang baik, penerimaan peminat akan seimbang,” nasihat Ramli kepada anak didiknya itu.

Menurut Ramli sesuatu yang amat membanggakannya apabila diajak berbicara mengenai 12 pelajarnya itu ialah perwatakan mereka yang versatile serta memiliki suara yang tersendiri.

“Saya percaya, jika niat mereka suci, setiap usaha mereka pasti diberkati dan untuk itu tidak mustahil kejayaan bakal berpihak kepada mereka,” ujar penyanyi yang mendapat jolokan Papa Rock ini.


Corat -coret:


BIARPUN dibuat di sebuah stadium yang gah namun kehadiran penonton tidak semeriah tahun lalu. Barangkali ini ada kena mengena dengan aura AF4 yang dikatakan hambar dan kurang seri.

PENGARAH Kanan Program Astro, Zainir Aminullah hampir meninggikan suara apabila diasak dengan pertanyaan panas wartawan terutama mengenai isu pakaian pelajar AF4 yang tidak sesuai dan setanding dengan prestij program itu sendiri. Zainir juga cuba mengalih suasana dengan meminta wartawan menujukan soalan kepada finalis.

SETIAP kali siaran berhenti rehat bagi memberi laluan iklan, dua gadis berdandan cantik mengusung sepanduk mengingatkan penonton di stadium supaya tidak lupa mengundi finalis.


KONSERT final AF4 turut menyiarkan rakaman footage menarik sepanjang tiga musim AF bersiaran. Satu usaha yang wajar diberi pujian kerana mengembalikan nostalgia ketika AF mula bertapak di hati penonton.


SETIAP kali Adlin dan Siti Hajar memberi komen panas, penonton akan memberi reaksi kurang senang. Malah ketiga-tiga pengkritik sukar mencari kata persefahaman sepanjang mereka menjalankan tugas.


PAKAIAN Linda Jasmine berjaya menarik perhatian ramai sehingga ada wartawan yang cemburu melihat kecantikan guru tari itu menggayakan gaun petangnya. Tidak keterlaluan andai dikatakan pakaian Linda lebih cantik daripada apa yang disarungkan finalis.


GELEKAN Tasha ketika mendendangkan lagu Goyang Inul mengundang perhatian ramai. Walaupun tidak dapat menandingi kehebatan Ratu Ngebor dari Seberang itu.


HAZAMA membuktikan walaupun tidak terpilih sebagai 12 finalis AF4 namun dia mempunyai vokal yang mantap untuk diketengahkan secara komersial.


LAGU rakyat yang sering didendangkan Faizal sebelum dia membuat persembahan di konsert mingguan diminati ramai sehingga ada yang membuat permintaan supaya Corrie mereka tari lagu itu.


ADA tenaga pengajar kurang berpuas hati dengan soalan panas wartawan pada majlis sidang media. Harus diingat, itu sudah tugas wartawan. Kalau nak harap soalan yang baik, tak perlulah ada sidang media itu.


WAH! Tak sangka ada pelajar yang tersingkir rupanya sayang nak tinggalkan akademi. Katanya, dia lebih seronok berada dalam akademi. Tak tahulah kenapa. Mungkin dia sudah terbiasa dengan keistimewaan yang disediakan ataupun hendak ‘feeling’ bergelar pelajar AF. Tak kuasa!

Source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : AF masih milik mutlak lelaki
Posted by Faith on 2006/8/7 11:48:45 (563 reads)

Oleh Zul Husni Abdul Hamid dan Farihad Shalla Mahmud

Undian terhadap peserta wanita paling mencabar - Farhan - pecah berikutan kemasukan semula Lotter melalui AFMasuk

PADA sidang media pengumuman senarai tenaga pengajar AF4, Mei lalu, pengetuanya, Ramli Sarip menyimpan harapan untuk melihat peserta wanita mengungguli musim terbaru siri realiti yang diadaptasikan dari program popular Mexico, La Academia.

Harapan itu mula berputik apabila peserta wanita, Nur Farhan Azizan, 22, cemerlang pada setiap konsert mingguan biarpun ketika permulaan rancangan, kedudukannya sering kali berada pada kedudukan yang rapuh.

Farhan terus unggul sehingga konsert ketujuh yang menyaksikan Lotter P Edwin Edwin atau Lotter tersingkir.

Penyingkiran Lotter sekelip mata merubah pola pengundian. Kepercayaan peminat yang mula bercambah terhadap kemampuan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu sedikit goyah, lalu memberi peluang cerah kepada Faizal untuk mengukuhkan kedudukannya.

Penyertaan semula Lotter yang diberi peluang kedua oleh peminat selepas konsert AFMasuk pada minggu ke sembilan memecahkan undian yang diterima Farhan dan pada permulaan konsert kemuncak AF4, dia terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.

Biarpun mempamerkan persembahan yang cukup bertenaga, diberikan tugasan membawakan lagu jazz, Spain nyanyian asal Al-Jarreau yang mencabar kemampuan vokalnya pada konsert akhir, impian untuk melihat peserta wanita unggul ternyata masih jauh dari jangkauan.

Farhan yang sentiasa mempamerkan persembahan konsisten pada setiap konsert hanya mampu berlabuh di tangga ketiga, manakala Faizal dan Lotter masing-masing selesa sebagai juara dan naib johan. Kejayaan Faizal meneruskan tradisi AF di mana juara masih berpihak kepada peserta lelaki.

Apakah juara AF milik mutlak peserta lelaki? Pengarah Kanan Program Astro, Zainir Aminullah pada sidang media selepas konsert kemuncak berkata, AF4 mula memperlihatkan elemen kepercayaan penonton untuk menyaksikan peserta wanita diangkat sebagai juara.

“Tetapi impian itu tidak menjadi kenyataan kerana sokongan untuk Farhan, mahu pun Velvet tidak sehebat undian yang diterima Faizal,” katanya.

Penyertaan semula Lotter secara tidak langsung menyumbang kepada kemerosotan undian terhadap peserta wanita. Paling teruk terjejas adalah Velvet yang nyata tidak mampu mengekang gelombang undian peserta lelaki, kesudahannya mengakhiri AF4 di tangga kelima.

Sejarah AF sendiri seakan membenarkan kenyataan kedudukan tertinggi menjadi milik peserta lelaki. Musim pertama, kesemua tiga tempat teratas didominasi peserta lelaki di mana Vince diangkat sebagai johan, Khai berada di tempat kedua dan Azizi meraih kedudukan ketiga.

Dua peserta wanita iaitu Nija dan Liza terpaksa berpuas hati pada kedudukan keempat dan kelima. Keadaan yang sama seakan berulang pada musim kedua AF di mana Zahid Baharuddin diangkat juara. Jika tidak kerana adanya undian AFMasuk yang menyaksikan Norlinda Nanuwil diserap semula, Farah Diana Anuar ialah peserta wanita tunggal yang bertahan hingga ke akhir.

Linda bagaimanapun menyempurnakan musim kedua AF dengan kejayaan manis apabila menduduki tangga kedua, manakala perjuangan Farah berakhir pada kedudukan keempat di belakang Adam.

Penguasaan peserta lelaki diteruskan pada musim ketiga AF. Bermula dengan kontroversi penyingkiran Asmawi Ani (Mawi), AF3 seakan membawa gelombang baru dalam sejarah program realiti itu. Selama 10 minggu, selepas Mawi diserap semula sebaik konsert pertama berakhir bersama Marsha, undian untuk peserta dari Felda Taib Andak, Johor itu melonjak.

Mawi kekal dengan undian tertinggi dan kedudukan itu tidak pernah berubah walaupun persembahannya menerima kritikan pedas pengkritik, meskipun peserta wanita iaitu Amylea Azizan juga menyerlahkan potensinya sebagai artis baru berbakat besar.

Kesudahannya, Amylea mengakhiri perjuangannya di tempat ketiga tewas kepada Mawi yang bergelar juara dan Felix Agus di tempat kedua. Farhan seakan melalui semula laluan yang pernah diukir Amylea, meneroka kembali jejak yang ditinggalkan Farah.

Namun, itulah realiti AF dan pada musim keempat yang menutup tirainya malam kelmarin, Faizal selesa meraih 34 peratus daripada jumlah undian keseluruhan iaitu 1.3 juta yang diterima pada konsert akhir.

Kejayaan itu melayakkan Faizal membawa pulang hadiah bernilai RM372,815 termasuk sebuah kondominium di A’Famosa, Melaka berharga RM240,000, kereta Toyota Vios, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Paris, trofi dan pelbagai hadiah iringan lain.

Menyusul di belakang Faizal , Lotter yang tidak mensia-siakan peluang kedua yang diberikan peminatnya. Memperoleh 28 peratus undian, kejayaan Lotter mengingatkan peminat setia AF kepada laluan yang pernah dilalui Linda ketika AF2.

Linda tersingkir pada konsert kelapan, diserap semula selepas menerima undian tertinggi penonton pada episod khas mengenepikan Asma Ghani atau Mas yang berjaya mengheret emosi peminat untuk setia menyokongnya hingga konsert kesembilan.

Dengan kemenangan itu, peserta yang berasal dari Membakut, Sabah itu memandu pulang kereta Toyota Vios, serta menerima wang tunai RM10,000, barangan elektrik, pakej percutian ke Paris, trofi dan hadiah iringan lain.

Farhan yang memenangi tempat ketiga membawa pulang hadiah bernilai hampir RM30,000 termasuk wang tunai RM5,000, pakej percutian ke Paris, barangan elektrik, trofi dan hadiah iringan lain.

Hazwan Haziq Rosebi atau Haziq melakukan kejutan pada saat akhir apabila menyisihkan Velvet atau nama penuhnya, Velvet Lawrence Aduk pada kedudukan terakhir dengan meraih 11 peratus undian, menewaskan Velvet yang menerima lapan peratus undian.

Source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Most popular one wins
Posted by Faith on 2006/8/7 11:39:17 (1654 reads)

By AZHARIAH KAMIN

C ALL me a feminist if you must. For someone who has always been proud to be on neutral ground when it comes to both #BAIK#es, I couldn’t help rooting for the only two female students at the final concert of highly popular talent show Akademi Fantasia 4 (AF4) held at Putra Stadium in Bukit Jalil on Saturday night.


Faizal

Nor Farhan Azizan (or better known as Farhan), 22, and Velvet Lawrence Aduk (or Velvet), 19, had a seemingly slimmer chance to win, considering that the show in the past three seasons have crowned three male students as champions: Vince Chong (Vince, in AF1), Ahmad Zahid Baharuddin (Zahid, AF2) and Asmawi Ani (Mawi, AF3). Still I went to the stadium with an open mind.

Farhan and Velvet were up against three hugely popular male students: Mohammad Faizal Ramly (Faizal), 22, Lotter P. Edwin Edin (Lotter), 22, and 18-year-old Hazwan Haziq Rosibi (Haziq).

Most of us (in the media, at least) could have guessed the outcome of the final concert, based on the weekly votes that were dominated by charming kampung boy Faizal, who was in top spot for nine weeks straight.

As all the finalists were required to perform two songs each, one cover version and a new composition, the outcome of the night was very much left in the air.

Having watched all the performances during the two-hour concert, I was hoping that Farhan would break tradition by emerging the first female student to win the show. In my humble opinion as a mere music lover, Farhan delivered her best in the concert.

Her first song, Aku Saja Yang Tahu, was a newly composed blues-tinged ballad by Ajai, with lyrics by Fauziah Nawi. The melody was simple but somehow the song by Ajai, who was also a vocal trainer in AF4, managed to capture Farhan’s vocal range beautifully. For a blues fan like myself, Farhan’s superb rendition gave me the goosebumps.

Farhan left one of the three critics, scriptwriter-film director Mamat Khalid, lost for words. The other two critics for the night were vocal trainer Siti Hajar and theatre activist Adlin Aman Ramlee.

Farhan’s second song for the final was an almost impossible-to-deliver, tongue-twisting jazzy number entitled Spain (made popular by Al Jarreau). Farhan pulled it off beautifully.

Her powerful performances prompted critic Adlin to request Farhan to use her superb performance in Spain as a bargaining chip to demand due respect from her potential record company.


Lotter

Velvet showcased her vocal prowess in a fast-paced rendition of Kris Dayanti’s Rembulan and newly composed ballad Kini Detiknya (penned by Sharon Paul, with lyrics by Fedtri Yahya). Again, critic Mamat aptly summed it all up when he said that, in Velvet, a star was born in the local music industry.

Having watched how the crowd went wild every time Faizal’s name was mentioned, I was anticipating an outstanding performance by him in Saturday’s event.

Don’t get me wrong – I have nothing against Faizal. But somehow there were so many similarities between Faizal and last season’s champion, Mawi, that I wondered if that was the only reason why he’s so popular among AF fans.

If only he could pull it all off in his performances on Saturday to justify his popularity, then he would be able to shut up this critic.

But Faizal’s first song, a rendition of highly popular tune Hujan by the late Sudirman Haji Arshad only left me wondering.

Although it brought the house down and earned praise from the critics for his performance and vocal flexibility, somehow it did not touch my heart. In my humble opinion, I felt that there wasn’t any originality in Faizal’s vocal delivery.

There was also nothing to shout about in his second performance in the newly composed song entitled Lihatlah by M. Nasir, with lyrics by Loloq.


Farhan

Another crowd favourite, Lotter, on the other hand, did deliver his goods. In his first performance, singing In the End by Linkin’ Park, Lotter left the audience asking for more. He proved the critics wrong in his energetic performances, complete with rapping.

Lotter’s second song for the night, a new composition entitled Yang Berlalu? Tak Berulang (composed by Nerves, with lyrics from Loloq), drew praise from the critics for his originality as an entertainer.

Then came Haziq and his superb rendition of Gurindam Anak Muda (penned by Ramli Sarip who was also the principal of AF4) that floored the critics.

Haziq closed the concert with an upbeat rendition of Cubit-Cubit Sayang (made popular by Datuk M. Daud Kilau). As Mamat put it, we should all be proud of Haziq for his efforts in promoting traditional Malay songs while his peers are raving and ranting about Western musical influences, such as hip hop and rap.

At the end, despite the fact that all the finalists of AF4 have their own unique talent and no matter how much we are loathe to admit it, in the talent search which is judged purely by SMS voters, the most popular one is a sure winner and, quoting a viewer, quality tends to take a backseat.

Source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Akademi Fantasia 4 sudah kehilangan magis
Posted by ice on 2006/8/7 3:50:00 (897 reads)

Oleh WANDA IDRIS dan NOR FADZILAH BAHARUDIN

JANGKAAN yang jauh tersasar. Bukan tentang siapa pemenangnya tetapi mengenai rancangan itu sendiri. Tiada lagi fenomena malah program realiti popular terbitan Astro, Akademi Fantasia (AF) dianggap sudah tiada magis.

Segala-galanya hambar. Kejutan demi kejutan yang cuba dilakukan kerap dikecam sehingga dilihat sebagai satu gimik picisan lagi murahan.

Sejak awal iaitu dari konsert prelude yang berlangsung 28 Mei lalu sehinggalah kepada konsert akhirnya malam Sabtu lalu, AF musim keempat dilihat kurang memberi impak maksimum.


Tersenyum bangga... Farhan, Faizal dan Lotter dengan hadiah masing-masing.

Jumlah undian bagi keseluruhan konsert bagi tahun ini juga semakin berkurangan biarpun pihak Astro menegaskan jumlah penontonnya semakin meningkat tahun ke tahun.

Berbanding tahun lalu yang jumlah undian keseluruhan SMS sebanyak 10.7 juta, pada tahun ini undian hanya mencapai 7.4 juta iaitu penurunan 3.3 juta.

Jumlah keseluruhan undian paling tinggi yang pernah dicapai sejak AF diperkenalkan tiga tahun lalu adalah pada musim kedua iaitu berjumlah 15 juta.

Namun Astro mempunyai alasan tersendiri mengapa ketaksuban terhadap program yang diadaptasi daripada program La Academia, Mexico itu semakin berkurangan.

Pengarah Kanan Program Astro, Zainir Aminullah memberikan jawapan terhadap kehambaran AF musim kali ini.

Menurut Zainir, faktor utama yang memberikan kesan kepada program realiti popular itu ialah penganjuran Piala Dunia yang kebetulan berlangsung pada musim AF.

Faktor itu, kata Zainir pada sidang akhbar yang berlangsung selepas konsert akhirnya di Stadium Putra, Bukit Jalil, telah menyebabkan berlaku pecahan audiens.

Justeru, dalam usaha memastikan pelanggan Astro khususnya peminat AF berpeluang menonton rancangan itu, pihak penerbit telah menukar waktu siarannya bagi dua konsert awal mingguannya.

“Apabila penonton memilih untuk menonton Piala Dunia, secara tidak langsung mereka ketinggalan dan kurang mengenali peserta dari awal,” katanya.

Ketaksuban untuk menyaksikan IA juga semakin kurang sehingga menyebabkan tiada lagi berlaku fenomena untuk menonton program tersebut.

“Pada musim kedua kita dapat menyaksikan jumlah undian audiens yang paling maksimum dan pada musim ketiga pula, kita ada faktor tsumawi.

“Tapi kita tak boleh ada Mawi setiap tahun. Tak realistik. Kami bangga dengan fenomena Mawi. Tapi kami juga perlu akui tidak boleh melahirkan fenomena itu setiap tahun,” jelas Zainir.

Selain itu, Zainir tidak menafikan bahawa format dan ‘drama-drama’ yang dipaparkan dalam Diari AF yang sudah boleh diduga juga mengundang kepada kehambaran AF musim ini.

Justeru, satu persoalan timbul sama ada penganjuran AF akan diteruskan pada musim kelima tahun depan.

Malah Zainir sendiri lebih senang berteka-teki sewaktu menjawab persoalan mengenainya.

“Mungkin ada... mungkin tidak,” demikian jawapan Zainir sambil menegaskan post-mortem akan dilakukan selepas ini untuk mengkaji semula kelemahan program itu.

Bagaimanapun, tegas Zainir, AF yang merupakan satu jenama Astro tetap menjadi tapak untuk mengukuhkan perniagaan.

“Ini kerana, walaupun orang kata AF kali ini hambar tetapi pengaruhnya masih kuat memandangkan setiap kali musim AF, pelanggan baru bertambah semata-mata untuk menontonnya,” jelas Zainir.

Mengenai produksi yang dilihat semakin kurang kreatif untuk menonjolkan sesuatu yang baru dalam AF, Pemangku Pengurus Kanan Program Melayu Astro, Khairul Anwar Saller pula menjelaskan:

“Ini program realiti. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Dan ia juga melibatkan trend penonton yang perlu dihadapi sebagai satu cabaran. Kami akur dan akan kaji apa yang boleh dikembangkan dan diperbaiki.”

Sementara itu, Pengetua AF4, Ramli Sarip pula berpendapat, kebijaksanaan pengundi masa kini turut mempengaruhi jumlah undian yang diterima pada musim ini.

Malah tegas Ramli, bukan tugasnya untuk mencipta fenomena atau magis dalam AF.

“Jika ditanya, secara peribadi saya mahu melahirkan seorang penyanyi dan penghibur yang ada jiwa.

“Saya mahu mereka jadi artis yang besar, berdikari dan berdisiplin. Dan melihat mereka, saya dapati mereka berlima ada elemen-elemen yang mampu mewarnai pasaran.”

AF perlu juri profesional

Kemenangan peserta lelaki sekali lagi pada konsert akhir AF4 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam Sabtu lalu tidak mengejutkan.

Ini kerana, mahu atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa kebanyakan para pengundi adalah terdiri daripada gadis remaja dan wanita.

Justeru, faktor gender yang mempengaruhi undian dilihat lebih memihak kepada peserta lelaki.

Biarpun pada satu peringkat dalam AF musim ini ada yang beranggapan peserta wanita akan menjadi juara, malangnya elemen yang buat julung kalinya wujud dalam program itu terhapus begitu sahaja.

Di mana silapnya? Sukarkah peserta wanita memecahkan dominasi peserta lelaki untuk memenangi hati pengundi AF?

Atau perlukah pihak Astro mengkaji semula format penjurian yang selama ini memberikan hak eksklusif menentukan pemenang di tangan penonton? Perlukah ia melibatkan penilaian oleh juri profesional?

Tenaga pengajar AF, Fauziah Nawi berpendapat sistem penjurian profesional perlu dilaksanakan untuk mencari seorang juara yang bukan sahaja berpotensi tetapi juga berbakat dan popular.

Justeru, penjurian yang sama rata iaitu 50 peratus juri profesional dan 50 peratus menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) mampu mengubah senario.

“AF patut tukar sistem. Selama ini kita lihat ia hanya dijuarai oleh lelaki. Kerana mereka lebih memikat hati pengundi,” ujar Fauziah.

“Format perlu ditukar kerana semua sudah tahu mengenainya. Saya rasa sudah tiba masanya format itu dikaji semula. Tapi segala-galanya terpulang kepada pihak Astro,” kata Sham Kamikaze pula.

Walau apapun anggapan dan pandangan segelintir peminat rancangan realiti itu, apa yang nyata dengan kemenangan Faizal sebagai Juara AF4, sudah ada pihak yang meramalkan pemuda kampung yang tebal dengan semangat Terengganunya itu bakal menumbangkan populariti Mawi!

Ke mana mereka setelah bergelar Juara AF

Tidak dapat dinafikan Akademi Fantasia merupakan salah satu platform melahirkan bintang muda dalam industri seni.

Ini tidak dapat disangkal lagi apabila ketiga-tiga juara yang terdahulu telah pun menempah nama mereka sebagai bintang.

Juara AF1, Vince bukan sahaja bergelar penyanyi malahan disambar sebagai pelakon dalam filem Sembilu 2005. Telah menghasilkan dua buah album antaranya Janji Vince, kehebatan Vince tidak dapat dinafikan.

Dia juga telah berjaya meraih beberapa kejayaan seperti Artis Terbaik Anugerah Planet Muzik 2005 dan Artis Baru Terbaik AIM 12.

Juara AF2, Zahid pula berjaya memenangi Artis Harapan Pilihan Anugerah Era 2005 dan telah muncul dengan sebuah album berjudul Wo.

Mawi yang merupakan juara AF3, tidak dapat dinafikan berjaya meraih populariti paling cepat berbanding Vince dan Zahid.

Bukan sahaja berjaya menghasilkan tiga buah album iaitu Best Of Mawi, Yang Tercinta dan Qasidah... Doa, Berzanji, Marhaban dan Qasidah, Mawi turut terpilih menjadi duta bagi 10 buah produk, antaranya Duta Canon, Mamee Slurpp dan M. Mobile.

Selain itu, dia juga berjaya memenangi beberapa pertandingan seperti Juara Lagu dan Hits 1.

Kini dengan kejayaan yang diraih oleh Faizal sebagai juara AF4 sudah pasti anak kelahiran Marang, Terengganu ini akan menjadi rebutan produk-produk terkenal tanah air.

Personaliti Faizal yang tampan bersahaja apalagi dengan jiwa anak kampung yang begitu menebal tidak mustahil Faizal akan menjadi rebutan syarikat-syarikat yang mencari duta yang sudah ada nama dan diminati.

source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Farhan gagal kerana lagu Krismas
Posted by ice on 2006/8/7 3:46:28 (1533 reads)


KENAPAKAH Farhan gagal meraih gelaran juara ataupun naib juara AF4? Betulkah kerana kontroversi di Internet atau pengundi Akademi Fantasia ramai wanita ataupun dia gagal kerana gimik murahan Aznil Haji Nawawi yang dikatakan meruntuhkan impian pelajar dari KL itu?

Walaupun sukar untuk mencari punca sebenarnya tetapi ada desas-desus di kalangan sebilangan penonton dan peminat pelajar itu yang beranggapan kegagalan Farhan adalah gara-gara sikap pengacara Aznil Haji Nawawi yang dikatakan tidak sensitif ketika di pentas apabila dia memulakan gimik dengan meminta Farhan menyanyikan lagu Merry Christmas.

Entah apa relevannya lagu Krismas pada satu pertandingan yang disaksikan jutaan penonton Melayu tidak tahulah, tetapi ada penonton sensitif dengan lagu bercorak agama Kristian itu. Adakah lagu itu menjadi punca Farhan gagal merebut gelaran juara ataupun naib juara AF4?

Seperti yang diketahui umum, Farhan merupakan pelajar berpotensi yang mempunyai keupayaan pengawalan vokal serta mampu membawa pelbagai genre lagu dengan baik.

Dia diharapkan menjadi peserta wanita pertama yang menempa nama sebagai juara AF.

Malangnya, kehebatan bakat Farhan pada konsert akhir yang mendapat pujian para pengkritik seperti Mamat Khalid (pengarah filem), Siti Hajar Ismail (guru vokal) dan pengkritik tetap Adlin Aman Ramli tidak mampu membeli undian SMS peminat biarpun pada satu ketika undiannya pernah menduduki tangga teratas pada konsert awal AF4.

Semuanya dikatakan gara-gara gimik murahan Aznil menyanyikan lagu Krismas yang terpaksa disambut oleh Farhan di samping kontroversi di Internet yang mendakwa kononnya Farhan seorang janda beranak satu. Ini dikatakan punca pelajar berbakat ini kecundang di samping kemungkinan pengundi perempuan tidak sukakannya!

Bukan itu sahaja, benarkah dakwaan sikapnya yang hipokrit dalam Diari AF dikatakan mengundang padah?

“Dalam Diari, itu adalah saya. Saya seorang kakak. Di rumah pun, saya ialah kakak. Lagipun, tenaga pengajar memberitahu, perlu ada sikap ‘adik-beradik’ dalam akademi,” kata Farhan.

Ketika diminta menjelaskan mengenai gosip hangat tentang dirinya, kata Farhan dalam nada yang bersahaja:

“Saya tidak tahu-menahu mengenainya. Tapi saya belum berkahwin dan belum beranak. Malah saya juga tidak pernah bertunang.”

Menurut Farhan, dia tidak kecewa dengan keputusan tempat ketiga dalam AF4 yang diraihnya, malah dia bersyukur kepada Tuhan kerana mampu sampai hingga ke peringkat akhir program realiti TV itu.

Walaupun begitu, Farhan sebenarnya dianggap sebagai seorang pemenang berpotensi.

“Dia satu produk. Farhan mungkin tidak menjadi juara tapi dia akan menjadi juara (di tempat lain),” kata Pengetua AF4, Ramli Sarip.

source

Rating: 2.00 (1 vote) - Rate this News - Comments?
« 1 ... 6 7 8 (9) 10 11 12 ... 40 »


 


Copyright © 2006 by AkademiFantasia.Net  |  Contact Us  |  Disclaimer
Design by WebdesignCustoms. Page generated in 0.192 Seconds | 32 Queries