Login
Username:

Password:

Remember me?
Anonymous

Lost Password?

Register now!
Main Menu
AF.Net Links
Who's Online
13 user(s) are online (1 user(s) are browsing AF Blogs)

Anonymous: 0
Members: 0
Guests: 13

more...
About Akademi Fantasia

Akademi Fantasia is the most popular reality TV show in Malaysia. It's a televised competition to search for and educate new musical talents. The contestants undergo the voting system and normally the one with the lowest number of votes will be eliminated from the competition every week. The program is currently in its fourth season.



     
AF Blogs

AF Blogs merupakan satu destinasi menarik dan berguna bagi peminat Akademi Fantasia yang membolehkan mereka mengikuti perkembangan dan ulasan tentang Akademi Fantasia yang ditulis oleh para penggiat laman blog di Internet di satu tempat. Ruangan ini dikemaskinikan secara automatik apabila terdapat pos baru yang disiarkan oleh para penulis blog berkenaan.

Anda perlu mengklik tajuk pos untuk membaca pos penuh jika blog feed tersebut hanya menyiarkan petikan ringkas.

Kandungan blog yang disenaraikan di sini adalah tanggungjawab para penulis blog tersebut. Pihak kami berhak untuk mengeluarkan blog-blog yang tidak bersesuaian daripada senarai AF Blogs pada bila-bila masa.

Jika anda mempunyai blog tentang Akademi Fantasia dan inginkan blog feed anda disiarkan di sini atau anda inginkan blog anda dikeluarkan daripada senarai AF Blogs, sila hubungi pihak Admin. Terima kasih.



Headlines


Recent Headlines
Yas Hotel sultanmuzaffar
The home of F1 at Abu Dhabi






Brilliant architecture!

- Posted using BlogPress from my iPhone
Dubai, Abu Dhabi&Musandam 6 - 16 Februari 2010 sultanmuzaffar

Saya akan berada di Abu Dhabi dan Dubai, United Arab Emirates serta membuat persinggahan di Musandam, Oman mulai 6 hingga 16 Februari ini atas urusan kerja dan turut mengambil peluang untuk bercuti. Dalam tempoh tersebut, saya akan cuba meng"update" blog ini sekiranya situasi mengizinkan. Saya akan berada di Abu Dhabi sehingga 10 Februari, kemudian bertolak ke Dubai dan menghabiskan masa di sana sehingga 15 Februari. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur pada 16 Februari depan.

Itinerary lengkap telah pun disediakan dan antara tarikan yang menjadi keutamaan saya adalah lawatan keTaman Tema Aquaventure& The Lost Chambersdi Atlantis, The Palm, menyelam atau mungkin sekadar snorkeling di Musandam, Oman, bermalam di padang pasir Dubai, meluncur salji diSki Dubai(disarankan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina) dan menikmati keindahan Dubai dari Observation Deck,Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia (gambar di atas).

Dalam tempoh tersebut saya akan menyiapkan sebuah buku untuk diterbitkan menjelang April. Harap, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Matlamat : Satu haiku, satu destinasi. :)
Peperiksaan Perintah Am NakaTitude



Aku baru jek balik dari peperiksaan Perintah Am yug diadakan di Grand Paragon Johor Bahru... Adoi aiii.... Lain aku baca lain pulak yg keluar... sebbaik exam ni leh tengok buku dan cuma 40 soalan je.. kalau tak mati aku nak kena resit balik bulan lapan nanti... aku cam confident jek akan lulus peperiksaan perintah am ini.. Insya Allah... Masa peperiksaan tu jumpa laa balik budak2 batch aku yg tak sama tempat keje dgn aku... Happy gak laa dapat jumpa dia org... sbb dah lama tak jumpa kan... Mulai besok aku nak kena study buku akta pulak sbb exam aritu aku sangkut so 2nd test ni aku tak nak sangkut lagi.. Penat siot nak resit balik paper ni... moga2 aku lulus la tuk exam jabatan yg akan datang nie... amin...
[Entri 1] Xpax Freekin? Sale is Back ! sultanmuzaffar


Nampaknya musim membeli-belah masih belum dan baru bermula untuk Pengguna Xpax!Xpax big freekin? sale is back!Antara produk yang ditawarkan adalah :

1. Diskaun 50%untuk setiap muat turun diChannel X sepanjang hari. Antara item dalam muat turun Channel X adalahMusic(muzik),CMT,Games(permainan)kecuali aplikasi seperti IMX, Defender 1.0 dan lain-lain. Setiap daripadanya mendapat potongan 50% dengan kandungan yang berharga RM3, bakal bernilai RM1.50 sahaja!

2. Juga terdapat 3 tempohHappy Houriaitu pada pukul10 pagi hingga 12 tengahari,1 hingga 4 petangdan7 hingga 9 malam. SewaktuHappy Hour, pengguna yang memuat-turun salah satu kandungan yang ditawarkan dalam tempohHappy Hourbakal mendapat satu lagi kandungan secaraPERCUMA.

3. Rebut peluang tersebut diwww.channelx.com.myatau pun mendail*118#. BelanjaRM5atau lebih setiap hari untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan setiap hari. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk MacBook Air, PSP Go, iPod Touch, Blackberry Curve 8520, Celcom USB Modem dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut sila ke :http://channelx.com.my/mdp/got_big_freekin_sale.jsp
Rukun Negara : Sejauh Mana Kita Mengamalkannya ? sultanmuzaffar
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Rukun Negara tidak seharusnya ditinggalkan usang dalam lipatan buku sekolah lama...

Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang. Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi, namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan mengalir bersama darah dalam tubuh kita ?

Mungkin hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami isi yang selalu kita baca sejak dulu lagi. Di manakah silapnya ? Adakah kita mengetahui akan sejarah mengapa Rukun Negara diwujudkan ? Saya sendiri tidak tahu tetapi setelah melakukan beberapa kajian di internet, barulah saya faham. Persoalannya, adakah kita mahu belajar dari sejarah untuk melangkah ke hadapan ?

Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah kita yang akan datang.

Oleh itu dengan terhasilnya Rukun Negara yang lahir hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak selepas tragedi itu bertujuan untuk menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama dan bersepadu. Rukun Negara harus menjadi panduan kepada setiap rakyat negara ini dan perlu diteruskan bagi melahirkan rakyat yang berkualiti dan bersatu dalam satu kesepaduan.

Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa. Kehidupan tidak harmoni yang telah diterapkan kesan penjajahan British dan Jepun telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada negara kecil ini. Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh kea rah perpaduan dan persefahaman kaum.

Maka Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang demokratik yang meletakkan kuasa di tangan rakyat dalam menentukan kerajaan menerusi pilihanraya yang bebas. Masyarakat yang adil dalam pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang progesif dalam mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.

Demi mengikat dan membina perasaan dan semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Rukun Negara diisytiharkan secara rasminya oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Usaha itu diteruskan untuk kekal sebagai panduan kepada rakyat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.

Saya cuba untuk melihat kembali 5 prinsip dalam Rukun Negara sebelum melihat situasi negara yang berlaku kini atau mungkin mengimbas kembali sejarah-sejarah yang pernah berlaku di negara ini apabila prinsip tersebut tidak dihayati.

Saya mengambil contoh blog adukataruna yang kini sedang hangat diperkatakan ramai. Perbuatan blogger tersebut yang menghina Almarhum Sultan Johor jelas melanggar lima prinsip Rukun Negara yang mana saya pasti blogger tersebut di zaman persekolahannya pernah melafazkan lima prinsip tersebut.

Kepercayaan kepada Tuhan : Harus kita percaya, kurangnya atau ketiadaan kepercayaan pada agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan juga negara. Kerendahan peribadi tanpa asas kepercayaan agama yang kukuh antara menyebab berlakunya kes sedemikian. Tetapi malangnya, kes sedemikian masih lagi berlaku di negara ini.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara : Melihatkan kenyataan yang dilontarkan oleh blogger tersebut ternyata prinsip kedua ini tidak diendahkan. Bagi seorang rakyat, mereka harus menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada SPB Yang Di Pertuan Agong dan Sultan yang memerintah.

Keluhuran Perlembagaan : Nampaknya blogger tersebut sebagai seorang rakyat Malaysia gagal untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara sebagai asas dan sumber perundangan yang tertinggi.

Kedaulatan Undang-Undang : Kita perlu sedar, tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat di negara ini tidak akan aman dan stabil. Undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat untuk berasa selamat di negaranya sendiri. Apa yang telah dilakukan oleh blogger tersebut jelas melanggar undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan : Di mana letaknya personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat apabila sanggup menghina seorang Sultan ? Asas ini amat penting dalam membentuk seorang warganegara yang bersopan santun dan bersusila baik sesama manusia walau tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama.

Menilai kembali lima asas Rukun Negara, apakah kita sebagai rakyat Malaysia telah dan masih mengamalkan apa yang telah digariskan?

Rujukan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara

Minggu 2&3 : MAS Saya Nak Cuti sultanmuzaffar
Sedarkah anda sebenarnya ada banyak destinasi menarik yang terdapat di negara-negara ASEAN ? Kita sering melupakan apa yang ada di depan mata kita apabila lebih memandang untuk terbang ke negara-negara bercuaca sejuk bagi menikmati salji, tanpa kita sedar yang sebenarnya negara-negara ASEAN tidak kurang hebatnya.


Di Malaysia sahaja terdapat banyak destinasi menarik seperti Miri, Tawau, Bintulu, Labuan, Sandakan, Sibu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Sementara di selatan Semenanjung Malaysia menyeberang Tambak Johor boleh berkunjung ke Singapore. Manakala di Indonesia, pelbagai destinasi menarik menanti anda seperti Yogyakarta, Bali, Surabaya, Jakarta dan Medan. Di Thailand tidak kurang hebatnya dengan pusat tumpuan pelancongan dunia seperti Bangkok dan Phuket. Jika ingin menikmati tinggalan sejarah gerak komunis banyak terdapat di Phnom Penh, Siem Reap, Hanoi, Yangon dan Ho Chi Minh. Pendek kata ada banyak destinasi menarik dan itu belum lagi disebut tentang negara Brunei Darul Salam mahu pun Filipina.

Tumpuan utama pelancongan pastinya terpecah kepada beberapa sebab. Ada yang ingin melancong kerana ingin membeli-belah, mungkin juga sekadar mahu berehat di tepi pantai atau pun menikmati peninggalan sejarah dan bertukar angin.


Seperti saya, seorang penyelam scuba pastinya memilih destinasi yang berkaitan pantai dan pilihan mereka pastinya Bali, Phuket atau pun ke Tawau, Sabah. Dari destinasi-destinasi yang disebutkan sudah cukup menggambarkan destinasi itu syurga dunia buat penyelam scuba kerana di situlah letaknya pusat-pusat menyelam yang paling terkenal di dunia. Siapa yang tidak mengenali Pulau Sipadan sebagai salah satu pusat penyelam yang paling cantik di dunia. Baik di Pulau Kapalai, Mabul atau pun Sipadan sendiri, sudah cukup dikenali.

Namun, jika anda bertujuan untuk menghabiskan wang anda dengan membeli-belah, pastinya Jakarta, Surabaya, Bangkok dan Singapore menjadi pilihan anda. Jika kena pada masanya, anda berpeluang untuk menikmati carnival membeli-belah yang berlangsung di destinasi-destinasi itu.

Bagi pencinta sejarah dan mahu menikmati bangunan-bangunan lama tinggalan sejarah, destinasi seperti Bali, Hanop, Siem Reap, Ho Chi Minh, Phnom Penh, Vientiane dan Yangon harus menjadi pilihan anda. Di destinasi itulah anda akan dapat melihat sendiri Angkor Wat depan mata anda.


Kini semuanya terletak di tangan anda. Anda boleh memilih salah satu destinasi tersebut dan nyatakan mengapa anda harus dipilih menerusi peraduan Saya Nak Cuti yang dianjurkan MAS. Anda boleh menyertainya sekarang dengan klikhttp://www.mastraveller.com.


Jika saya berpeluang untuk memilih, saya akan memilih destinasi yang berpantai seperti Bali, Phuket atau pun Tawau. Walaupun baru saja pulang dari Pulau Sipadan, saya masih mahu lagi ke pulau tersebut. Keindahan dasar laut pulau itu tiada tandingan. Walaupun sudah tiga kali saya menjejakkan kaki ke sana, masih tidak puas. Setiap hari berada di Pulau Sipadan atau pun pulau berdekatan merupakan satu kenangan paling indah dan tidak akan sama berbanding hari sebelumnya. Sebagai orang biasa yang pernah melihat akuarium, apa yang kita lihat hanyalah sama setiap hari. Berbeza bagi seorang penyelam scuba yang walaupun menyelam di lokasi yang sama, apa yang kita lihat akan berbeza setiap hari, malah setiap saat kerana dunia dasar laut amat luas.


Pemenang bertuah akan mendapat peluang untuk mengacarakan program pelancongan mereka sendiri. Mereka berpeluang untuk menceritakan sendiri pengalaman mereka. Anda pasti pernah menonton Farish Aziz mengacarakan program Ronda 360 dan kini anda boleh menjadi seperti Farish.

Video dibawah menunjukkan percubaan saya untuk menjadi pengacara:



Anda mungkin menjadi pengacara sebenar program Saya Nak Cuti ini dan pada masa yang sama, dapat merealisasikan percutian idaman anda.


Sekiranya anda ingin merasai pengalaman tersebut, anda boleh mencuba peluang anda dalam Peraduan Saya Nak Cuti! yang kini sedang berjalan. Peluang anda masih ada. Siapa tahu anda akan berpeluang untuk bercuti secara percuma ke destinasi pilihan anda.


Jangan lupa untuk melayariwww.mastraveller.com/SayaNakCuti
RoomAtlas Wilayah Persekutuan sultanmuzaffar
Untuk kemudahan pelancong asing yang ingin melancong ke Malaysia, saya menyarakan kepada mereka untuk melayari laman web RoomAtlas yang menyediakan senarai hotel yang terdapat di seluruh dunia termasuk di Malaysia.


Jika anda melayariwww.roomatlas.com, di skrin anda akan terpapar ruang untuk carian bandar. Saya menaip Kuala Lumpur dan kini di hadapan saya terpapar senarai hotel berserta lokasi kedudukannya di dalam peta Kuala Lumpur. Saya mengecilkan skop entri blog saya kali ini hanya untuk Wilayah Persekutuan.

Ia amat memudahkan saya kerana saya boleh untuk memilih sama ada untuk tinggal di dalam bandaraya atau pun di pinggir bandaraya. Di atas skrin itu juga terpapar secara jelas pilihan harga hotel-hotel tersebut. Tanpa perlu melayari laman web hotel tersebut satu persatu, saya sudah mendapat hampir kesemua maklumat yang diingini di atas satu skrin.

Skala harga hotel ditandakan dengan empat warna berbeza iaitu harga istimewa/khas, kurang dari USD75, USD75-USD150 dan lebih USD150 semalam.


Melalui carian roomatlas, saya mendapat tahu yang harga hotel paling mahal ialah Mandarin Oriental Kuala Lumpur yang berharga USD191 semalam. Dari situ, pelancong yang berhajat untuk menginap di hotel tersebut boleh membuat tempahan secara online.

Dari maklumat yang tertera menunjukkan hotel tersebut merupakan hotel bertaraf lima bintang. Pelancong boleh memilih tarikh untuk mendaftar masuk dan pilihan tarikh untuk mendaftar keluar.


Aplikasi laman web ini amat memudahkan pelancong terutamanya pelancong asing untuk berurusan dengan pengusaha hotel di Wilayah Persekutuan. Bukan sekadar Kuala Lumpur, malah untuk Putrajaya juga terpapar beberapa hotel yang terdapat di sana. Walaupun pilihannya masih tidak banyak, ia cukup memadai.

Cadangan saya agar diperbanyakkan lagi pilihan hotel di dalam aplikasi laman web tersebut. Buat masa kini, masih lagi sedikit berbanding bilangan sebenar hotel yang terdapat di Kuala Lumpur. Ia bukan saja memudahkan malah menjimatkan masa. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bersama Kementerian Pelancongan harus memainkan langkah proaktif menyarankan cadangan tersebut kepada setiap hotel di Kuala Lumpur khususnya dan Malaysia amnya untuk menyenaraikan hotel mereka dalam aplikasi laman web tersebut.


Sebenarnya saya menggunakan aplikasi laman web ini untuk menempah hotel penginapan saya di Dubai bulan Februari depan. Ia amat menyenangkan saya kerana setiap urusan dilakukan secara online. Ada banyak pilihan untuk saya pilih di Dubai dan Abu Dhabi. Sewajarnya ia menjadi ikutan yang baik untuk Malaysia.

Arus perubahan teknologi internet memudahkan urusan percutian anda ke Malaysia.
Tujuh Hari Untuk Linda Onn sultanmuzaffar
Fahrin Ahmad menerusi peguamnya Tengku Naufal telah memberikan tempoh tujuh hari kepada Linda Onn untuk memohon maaf atas artikel berbaur fitnah yang tersiar di akhbar Sinar Harian, mukasurat 27 pada 19 Januari 2010 dan The Star, mukasurat 43 pada 20 Januari lalu.

Menurut peguam Tengku Naufal, kedua-dua artikel tersebut berpotensi untuk menghasut masyarakat agar berpandangan dan berpersepsi buruk terhadap Fahrin Ahmad.

Tohmahan-tohmahan tersebut boleh diterjemahkan oleh masyarakat bahawa Fahrin Ahmad adalah seorang pembuli, cepat bertindak secara agresif tanpa alasan dan justifikasi yang waras, seorang kaki pukul dan menyebabkan kecederaan pada orang lain, tidak menghormati orang lain terutamanya golongan wanita dan berpotensi untuk mengugut agar Linda tidak membuat kenyataan sebelum ini.

Notis tuntutan telah dikeluarkan pada Jumaat lalu, 22 Januari kepada Linda Onn dan individu-individu yang bertanggungjawab terhadap penyiaran artikel tersebut.

Antara yang terkandung dalam notis tuntutan tersebut adalah :

1. Memohon agar Linda Onn membuat permohonan maaf secara jelas dan membuat penarikan semula segala tohmahan yang telah dikeluarkan. Kenyataan penarikan kenyataan itu perlu disiarkan di dalam akhbar yang menyiarkan artikel tersebut dan mendapat persetujuan daripada pihak Fahrin sebelum ia dikeluarkan.

2. Fahrin turut menuntut akujanji daripada Linda agar tidak mengulangi tohmahan-tohmahan yang telah dibuat dan memberhentikan segala usaha perlakuan, perbuatan, perwatakan, tindakan yang menjatuhkan atau mengaibkan imej Fahrin Ahmad.

3. Pihak Fahrin juga menuntut gantirugi dan kos.

Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fahrin bakal memfailkan writ saman di mahkamah.

Fahrin Ahmad mengadakan sidang akhbar tersebut bersama peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor di Hotel Palace of The Golden Horses.




















Nota : Semoga Brad Pitt dan Angelina Jolie serta Jennifer Aniston atau mungkin Billy Bob Thornthon tidak akan melalui perkara yang sama.


Fahrin beri tempoh tujuh hari kepada Linda Onn
25/01/2010 2:06pm
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
SERI KEMBANGAN 25 Jan. - Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad melalui peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor memberi tempoh seminggu kepada Linda Onn supaya memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya di dua buah akhbar yang dilihat sebagai memfitnah Fahrin.
Menurut Tengku Naufal dari Tetuan Tengku Naufal& Co., notis tuntutan agar Linda berbuat demikian telah diserahkan pada 22 Januari lalu.
Selain memohon maaf secara terbuka, Linda turut dituntut agar menarik semula kenyataan yang telah dibuatnya dan kedua-dua tuntutan itu perlu disiarkan di akhbar khususnya dua akhbar berkenaan.
Linda juga dituntut supaya mengeluarkan surat akujanji bertulis untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya yang memburukkan imej Fahrin.
Kata Tengku Naufal, Fahrin turut menuntut ganti rugi dan kos atas kenyataan Linda tersebut.
?Tempoh tujuh hari diberikan kepada Linda untuk berbuat demikian. Seandainya tiada apa-apa tindakan daripada Linda, pihak kami akan mengeluarkan writ saman, Isnin ini,? katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Linda dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta serta menuduhnya panas baran serta ?cepat naik tangan?. ? Utusan

- Posted using BlogPress from my iPhone
Kemangkatan dan Bersemayamnya DYMM Sultan Iskanda... NakaTitude

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat (22 Januari 2010) pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini. Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981,mangkat pada 7.15 malamdi Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu :

  1. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail
  2. Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah
  3. Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
  4. Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani
  5. Tunku Maimunah Ismailiah
  6. Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail
  7. Paduka Puteri Tunku Muna Najiah
  8. Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda,Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johoratas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari (23 Januari 2009) untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di Johor Baharu, pada jam 2 petang.

Kredit kepada Malaysiakini

P/S : Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada Almarhum semoga dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan yang mukminin.

Blogger Malaysia in HD Video Commercial sultanmuzaffar























Diana Danielle Needs Your Help sultanmuzaffar
Jom Sertai Program "Saya Nak Cuti !" sultanmuzaffar
Harap Maaf yer NakaTitude
the one about badrul and home-made martabak (kitc... Badrul After Six
the one about badrul and 'what do you do when you... Badrul After Six
the one about badrul with his soooo many stories ... Badrul After Six
Penatnya raya... NakaTitude
the one about badrul and sedikit coretan... Badrul After Six
the one about badrul and sup sayur labu air denga... Badrul After Six
the one about badrul and rendang tok wan... Badrul After Six
Eton.. Oh! Eton... NakaTitude
the one about badrul and mee goreng basah (kitch... Badrul After Six
Berbuka puasa bersama Shida and Family NakaTitude
the one about badrul and drama-drama radio (notic... Badrul After Six
Selamat Hari Lahir Adam Aqmal Danial NakaTitude
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak NakaTitude
Resepi Burasak (Masakan Bugis) NakaTitude
Peperiksaan Jabatan. NakaTitude
the one about badrul and kapalterbang atas jalanr... Badrul After Six
the one about badrul and diddy's paintball tourna... Badrul After Six
MEMO PERPINDAHAN BLOG Anak Muar
Central Elimination OIAM3 juandanza
AMPUNI AKU juandanza
JAWAPAN UNTUK SANG PENDENGKI juandanza
ON TV! juandanza
DAPATKAN DI PASARAN! juandanza
KONSERT KEEMPAT AF6 juandanza
SEPETANG DI AKADEMI juandanza
APABILA ALIF MENANGIS juandanza
Cinta terlarang? Klubbkidd
Fizi Day Klubbkidd
Madu dan racun Klubbkidd
Akademi angsa Klubbkidd
Laughter is the best medicine - but it can affect... Klubbkidd
Dragon! Klubbkidd
Hah? Hello? Klubbkidd
Popped! Klubbkidd
Bingit! Klubbkidd
PLU berjaya? Klubbkidd
SIAPA SHAFIQ? juandanza


 


Copyright © 2006 by AkademiFantasia.Net  |  Contact Us  |  Disclaimer
Design by WebdesignCustoms. Page generated in 8.448 Seconds | 40 Queries