| << Back To AF.Net Homepage |
Help
Search
Members
Calendar
|
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
| Pages: (4) [1] 2 3 ... Last » ( Go to first unread post ) | ![]() ![]() ![]() |
| kitty2007 |
Posted: Apr 7 2008, 03:58 PM
|
![]() Peminat Setia AF.Net ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 689 Member No.: 68 Joined: 12-March 07 |
LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai doktor gigi terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak doktor gigi dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000). Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya. Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang. "Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World. Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam. Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya. Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa. Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun. Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton. Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada doktor gigi, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran. Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500). Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya. "Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak. "Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya. Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai doktor gigi. "Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi. "Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri. "Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya. Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan. "Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka. "Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan. "Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman." – Agensi This post has been edited by kitty2007 on Apr 7 2008, 03:59 PM -------------------- ![]() |
| ola |
Posted: Apr 8 2008, 10:42 AM
|
![]() Peminat Baru AF.Net ![]() Group: Moderators Posts: 153 Member No.: 18 Joined: 10-March 07 |
biarkanlah dia terjun bersama anu anu nya....mengikut fitrah manusia sebenarnya apabila sampai satu masa nanti pasti nya dia akan menyesali segala apa yang telah berlaku...ini hukum karma tak siapa mampu mengubahnya.....buat masa sekarang dia sedang memperjuangkan egonya....
tak banyak yang mampu kita semua lakukan. |
| Meshaal |
Posted: Apr 8 2008, 03:26 PM
|
![]() Peminat Setia AF.Net ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 585 Member No.: 30 Joined: 11-March 07 |
buat apa la nak sebok2 dekat rakyat british sorang neh.cakap melayu pon dah tak reti padahal mak dia orang melayu muo je
pada bazir duit pegi england tu baik kerajaan tolong remaja2 bermasalah kat chow kit dengan lorong haji taib tu.budak2 tu dah la warganegara pulak..lagi afdhal ke sebab diorang tu semua tak segenius sufiah kerajaan tak minat nak membantu? |
| LPvsMUSE |
Posted: Apr 9 2008, 12:50 PM
|
|
Peminat Baru AF.Net ![]() Group: Members Posts: 106 Member No.: 534 Joined: 23-March 07 |
Dia masih ISLAM ker?
Ish kalau tangan ni bleh terbang....... rasa-rasa nak juga buat "lempeng hangus" kat muka dia tu.... tapi apalah guna kalau aqidah dah lari ke laut... Tak apalah.... lantak dia ler.... karang dah tua kerepot, anu pon dah longgar sana sini... penyakit pon ntah aper-aper yang nginggap... baru lah dia tau duit £xxx,xxx.xx tu tak der makna nyer. |
| SPYCO |
Posted: Apr 10 2008, 10:53 AM
|
|
Ahli Biasa Group: Members Posts: 0 Member No.: 740 Joined: 3-April 07 |
la .. korang tak yah tkejut ..saja je ..suffiah nak tunjukkan bakat dia tu., |
| kitty2007 |
Posted: Apr 11 2008, 11:33 AM
|
||
![]() Peminat Setia AF.Net ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 689 Member No.: 68 Joined: 12-March 07 |
org len pn berbakat gak..lagi tererrr uuuu...tapi x la menyundal nak gitahu or sure hebo sana sini...org len simpan bakat terpendam tuh tuk yang tersyg jek..tak gitu..hehehehh..alamak telobihhh suda... -------------------- ![]() |
||
| arabela07 |
Posted: Apr 11 2008, 01:37 PM
|
![]() Ahli Biasa Group: Members Posts: 1 Member No.: 516 Joined: 22-March 07 |
kuat seks tol lah si cik piah ni...mesti negro pun die entam yek..
eeee...bluwek.... -------------------- ...love u alll...muahhhhhhh
|
| SPYCO |
Posted: Apr 12 2008, 02:31 PM
|
|
Ahli Biasa Group: Members Posts: 0 Member No.: 740 Joined: 3-April 07 |
kalau suffiah ni jadi guru tuition maths kat malaysia ni .. tetiba mesti ramai laki nak ikut tuition dia ,, yang datuk- datuk plak pura2 set balik maths dorang n belajar maths ngan dia, masa he ..he pun dia ajar maths mesti dapat cemerlang punya kan he he.. |
| StarLight |
Posted: Apr 13 2008, 05:08 PM
|
|
Ahli Biasa Group: Members Posts: 18 Member No.: 741 Joined: 3-April 07 |
Biarlaa... dah seronok buat ghitu!
Kalau dah nak sampai ajal dan tercabut nyawa nanti, pandailah dia bertolak bahagi bercampur darab dengan Malaikat Maut! |
| ola |
Posted: Apr 14 2008, 12:30 PM
|
![]() Peminat Baru AF.Net ![]() Group: Moderators Posts: 153 Member No.: 18 Joined: 10-March 07 |
apa lah nak diheran kan sangat....di malaysia nie lagi berlambak lambak specis sufiah nie.....apapasal lah tak ada org yang sibuk sibuk nak tolong pulang ke pangkal jalan........????
sampai pemuda UMNO sampai mak menteri pun nak tolong.....aparaaaaaa..... pi tolong maha siswi kita yang cari duit cara yang sama tu berlambak kat KL nie....malam jadi GRO aka escot girl siang gi kuliah...... |
| LPvsMUSE |
Posted: Apr 14 2008, 08:28 PM
|
||
|
Peminat Baru AF.Net ![]() Group: Members Posts: 106 Member No.: 534 Joined: 23-March 07 |
masalahnya mahasiswi2 tu tak berani buat kenyataan terbuka macam budak sufia ni. banyak sebab kenapa mereka tak buat statement terbuka.. 1 sebab takut mak bapak mati terkejut bila dapat tau kes sumbang mereka. lagipon rata2 mahasiswa yang budu-budu buat kes melacur ni bukan sebab tekanan pon tapi kes gian nak sedap jerrr. kalau dah kes macam tu... sapa nak tolong? tolong lempang bleh ler |
||
| hehehe_shrek |
Posted: Apr 15 2008, 12:27 PM
|
![]() Peminat Baru AF.Net ![]() Group: Members Posts: 80 Member No.: 66 Joined: 12-March 07 |
Kalo pegi tolong pun dia tak nak berubah camna...wat membazir duit aje.....yang penting dia sendiri nak berubah......kesian memang kesian...syok pun syok gak....ekekekek senduk tul. Lagi pun dia nak ke mengaku dia ni org islam....harap2 dia masih ingat yang dia orng islam. Semoga Allah yang memberi petunjuk dan hidayah padanye...
|
| StarLight |
Posted: Apr 17 2008, 07:12 PM
|
||||
|
Ahli Biasa Group: Members Posts: 18 Member No.: 741 Joined: 3-April 07 |
A'aa laa. Saya setuju gax. Manusia ni memang tak tau bersyukur. Dah dapat peluang jadik graduan, buat perkara tak senonoh dengan alasan tuk menampung perbelanjaan. Eeee mana peginya PTPTN tu? takkan tak cukup. Kalau tak cukup pon sebab terlalu besar belanja kepada hal-hal yang remeh. Dan 1 lagi kalau betul tak cukup, mahasiswa2 tu ramai gax yang abih belajar tanpa jual badan hehehehe!!! (kalau ada nak beli lerr) |
||||
| LaurelRB26 |
Posted: Apr 22 2008, 09:02 AM
|
|
Peminat Baru AF.Net ![]() Group: Members Posts: 173 Member No.: 95 Joined: 13-March 07 |
huhuuhu
ada jugak yang sependapat dengan aku bukan apa yang nak tolong sufiah tu dia nak gi jln2 london sekali maklum la percuma ditanggung oleh KERAjaan Malaysia |
| LPvsMUSE |
Posted: Apr 22 2008, 01:42 PM
|
||
|
Peminat Baru AF.Net ![]() Group: Members Posts: 106 Member No.: 534 Joined: 23-March 07 |
tu sudah pasti....Barang FREE sapa tak mahu?? |
||
Pages: (4) [1] 2 3 ... Last » |
![]() ![]() ![]() |