AkademiFantasia.Net Forum Index AkademiFantasia.Net
Akademi Fantasia Malaysia Unofficial Fan Site
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 


'I LOVE YOU' Farah untuk Adam

 
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Faith
Makan Minum Tidur - AF
Makan Minum Tidur - AF


Joined: 02 Aug 2004
Posts: 960
Location: KL

PostPosted: Fri Sep 30, 2005 7:55 am    Post subject: 'I LOVE YOU' Farah untuk Adam Reply with quote

'I LOVE YOU' Farah untuk Adam

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

DUA perkara sedang hangat diperkatakan mengenai hero baru kesayangan ramai yang juga bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Aizam Mat Saman, 22 atau Adam, iaitu percintaannya dengan seorang lagi bintang AF2, Farah dan album sulungnya yang dilancarkan 27 September lalu.

Kisah gosip cintanya dengan Farah yang tiada berkesudahan itu semakin galak diperkatakan semasa sidang akhbar sebaik saja majlis pelancaran albumnya disempurnakan di Hotel Maya, baru-baru ini.

Segalanya bermula apabila di majlis itu Adam turut diraikan syarikat penerbitan albumnya, KRU Music Group (KMG) dan pengurusan Maestro Talent & Management sempena ulang tahun hari lahirnya.

Semasa ditanya hadiah istimewa yang diberikan Farah, Adam secara jujur memberitahu bintang yang sedang popular dengan lagu Antara Dua itu hanya mengucapkan selamat hari jadi menerusi telefon bimbit.

“Kami jarang dapat bertemu, memandangkan masing-masing sibuk. Bagaimanapun, Farah sempat menghubungi saya dan mengucapkan selamat hari jadi,” katanya ringkas seraya cuba mengelak daripada bercerita panjang soal itu.

Ada yang tidak puas hati terus bertanya tidak mungkin kekasih hati tidak memberikan hadiah istimewa.

Cuba mengelak, Adam sekali lagi menjelaskan hubungannya dengan Farah tiada ikatan istimewa selain menganggap dia sebagai ahli keluarga.

“Saya anggap semua bintang AF2 sebagai adik dan kakak saya. Kalau istimewa pun adalah ucapan I Love You, tetapi tidak salahkan jika adik-beradik mengucapkan perkataan istimewa itu,” katanya lagi.

Selepas dijelaskan perkataan seperti itu khusus diucapkan kepada kekasih hati, Adam terus mengubah topik perbualan kepada pelancaran album sulungnya.

Katanya, sepanjang baik dalam bidang muzik tahun lalu dia berasa lega kerana penat lelahnya selama ini akhirnya berbaloi.

“Bukan mudah untuk saya menghasilkan album ini memandangkan banyak perkara mengganggu tumpuan. Sebagai contoh, dalam menjalani rakaman pada waktu sama saya juga harus memenuhi undangan mengadakan persembahan.

“Jadual saya amat padat, namun saya syukur kerana akhirnya album yang diterbitkan sepenuhnya oleh Edry ini dapat juga disiapkan,” katanya.

Adam berkata dia tidak gentar apabila albumnya itu dipasarkan dalam kehangatan peminat tempatan terhadap bintang AF3 termasuk Mawi, kerana masing-masing mempunyai peminat tersendiri.

“Saya bersyukur kerana sokongan peminat terhadap saya masih berterusan walaupun hampir setahun mereka terpaksa menunggu album ini dipasarkan.

“Saya percaya rezeki setiap manusia sudah ditentukan. Kalau kita ikhlas dan bekerja keras pasti saya punya tempat di hati peminat,” katanya.

Adam juga beruntung sepanjang setahun baik dalam industri muzik tiga singlenya termasuk gandingan dengan KRU seperti Haruskah, Terhangat Di Pasaran dan Menggapai Bintang, berjaya menduduki carta popular.

Populariti tiga lagu itu membuatkan Adam tidak sepi berbanding teman AF lain sekali gus membolehkan dia terus aktif.

Album terbaru yang turut menggunakan namanya Adam sebagai judul turut menampilkan kemampuan anak muda dari Sabah ini mencipta lagu sendiri, Ku Bertanya.

Ditanya adakah dia memperoleh inspirasi menulis lagu itu daripada Farah, dia terus menggelengkan kepala tanpa memberi sebarang komen.

Memastikan album ini diterima peminat, Adam akan memulakan promosi selepas Ramadan dan pada waktu sama turut baik dengan promosi filem Main-Main Cinta lakonan pertamanya sebagai hero bergandingan dengan penyanyi popular Misha Omar.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Bintang/20050930095646/Article/indexm_html
Back to top
View user's profile Send private message
sweet_fadam
Peminat Baru AF.NET
Peminat Baru AF.NET


Joined: 27 Feb 2005
Posts: 60
Location: Malaysia,Planet Bumi

PostPosted: Sat Oct 01, 2005 3:33 am    Post subject: Reply with quote

ha ha tak tahu...
_________________


~Go Go cHayo AdaM!!...
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
hiphopmania
Macam-Macam Ada
Macam-Macam Ada


Joined: 25 Dec 2004
Posts: 1239
Location: jangan jeles...kat sebelah adam nie haa....

PostPosted: Sun Oct 09, 2005 5:24 pm    Post subject: Reply with quote

pelik betol aku tengok adam ngan farah nie...? bercinta ke tak sebenarnyer nih..?adeh ....
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles All times are GMT + 5 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group