AkademiFantasia.Net Forum Index AkademiFantasia.Net
Akademi Fantasia Malaysia Unofficial Fan Site
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 


Zarina AF2, dilamar jadi DJ XFresh.FM?

 
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Faith
Makan Minum Tidur - AF
Makan Minum Tidur - AF


Joined: 02 Aug 2004
Posts: 960
Location: KL

PostPosted: Wed Nov 23, 2005 9:18 am    Post subject: Zarina AF2, dilamar jadi DJ XFresh.FM? Reply with quote

Zarina AF2, dilamar jadi DJ XFresh.FM?





LAMA juga Zubir tidak mendengar khabar mengenai bekas pelajar terbaik Akademi Fantasia 2 (AF2), Zarina Zainoordin. Tapi, Zubir rasa bangga kerana rancangan hiburan TV sempena Aidilfitri baru-baru ini, banyak kali juga wajah Zarina muncul.

Maklum sajalah, Zubir dengar cerita, peluang nyanyian bintang AF (selain Mawi AF3) agak berkurangan sejak akhir-akhir ini. Di mana silapnya, tepuk dada tanya selera, Zubir no comment.

Namun, berita terbaru mengenai Zarina, Zubir dapat tahu dia ditawarkan kerjaya baru sebagai penyampai radio XFresh.FM. Jika benar perkhabaran ini, Zarina nampaknya bakal mengikut jejak rakan AFnya yang lain seperti Burn dan Adi Fashla dari AF1 yang terlebih dulu menimba pengalaman sebagai penyampai radio.

Zubir dengar cerita, Zarina sudah pun menerima surat tawaran minggu lalu, namun sehingga kini dia belum membuat sebarang keputusan sama ada menerima atau sebaliknya.

Mungkin Zarina sedang memikirkan perniagaan makanan nasi briyani yang bakal diusahakan bersama rakan AFnya seperti Bob AF2 dan Sahri AF1. Zubir dapat tahu, restoran nasi briyani berkenaan terletak di kawasan strategik iaitu sekitar Ampang Point, Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi berhampiran dengan restoran nasi ayam milik Linda Onn (Era), My Mum's Chicken Rice Shop.

Tapi, kalau Zarina tanya pendapat Zubir, terima sajalah tawaran itu.

Lihat sajalah Linda Onn, dia popular sebagai penyampai Era, sekali gus usahawan wanita yang berjaya. Andai kata Zarina menerima tawaran berkenaan, dia sebenarnya menggantikan tempat seorang penyampai muda XFresh yang khabarnya akan berhijrah ke Era.


http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/ZubirIntip/20051121235647/Article/
Back to top
View user's profile Send private message
K_155
AF Fanatik
AF Fanatik


Joined: 02 Oct 2004
Posts: 3729
Location: ~~NEARBY~~

PostPosted: Sun Dec 11, 2005 6:14 pm    Post subject: Reply with quote

Tahniah buat zarina...ada tak dari af3??
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles All times are GMT + 5 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group