AkademiFantasia.Net Forum Index AkademiFantasia.Net
Akademi Fantasia Malaysia Unofficial Fan Site
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 


Adam - Abadikan kisah cinta dalam album sulung

 
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Faith
Makan Minum Tidur - AF
Makan Minum Tidur - AF


Joined: 02 Aug 2004
Posts: 960
Location: KL

PostPosted: Mon Sep 19, 2005 7:28 am    Post subject: Adam - Abadikan kisah cinta dalam album sulung Reply with quote

Adam - Abadikan kisah cinta dalam album sulung
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN



SEBAHAGIAN peminat Adam yang diberi kesempatan mendengar lagu-lagu baru Adam di Pejabat KRU di Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------


Cute dan berwajah babyface. Itulah aset yang paling berharga buat jejaka yang berasal dari Sabah ini. Penampilan Adam AF2 ini sememangnya sinonim dengan imej rappersnya. Tetapi jangan tak tahu, Adam rupanya berjiwa sentimental dan romantik.

Sebab itu, hingga hari ini pengalaman cintanya yang kecundang masih belum dilupakannya. Dan pengalaman itu diabadikannya dalam lagu ciptaannya, Ku Bertanya.

Lagu tersebut dimuatkan dalam album sulungnya yang diberi judul, Adam dan akan berada di pasaran pada 26 September ini.

Kata Adam, Ku Bertanya, dihasilkan berdasarkan pengalaman cintanya dengan seorang gadis Sabah yang hanya mahu dikenali dengan nama E. Hubungan itu terjalin sebelum Adam melanjutkan pelajaran di Akademi Fantasia 2 (AF2).

``Kiranya lagu itu saya ciptakan sebagai mengenang percintaan kecundang antara saya dengan dia.

``Liriknya yang digarapkan oleh seorang kawan baik saya di Sabah itu memang 100 peratus datang dari hati saya dan ia merupakan kisah benar yang mahu saya kongsi bersama peminat,'' kata Adam.

Tambahnya, lagu tersebut ditujukan kepada para peminatnya yang pasti pernah melalui pengalaman yang sama dengannya kerana ia merupakan lumrah alam.

``Tetapi perkara tersebut berlaku sebelum saya masuk AF2 dan kini saya dan dia masih berkawan,'' kata Adam ketika ditemui pada majlis pra-dengar album terbarunya bersama 30 peminat bertuah di pejabat KRU di Kuala Lumpur baru-baru ini.

``Jika penerimaan peminat terhadap lagu Ku Bertanya ini baik, insya-Allah saya akan mencipta lagi lagu untuk album seterusnya,'' kata Adam lagi.

Pada majlis tersebut, peminat bukan sahaja berpeluang mendengar 10 lagu dari album sulung Adam itu tetapi juga diberi peluang memilih single kedua Adam.

Majlis yang dianjurkan oleh KRU Music ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada peminat dan merapatkan lagi hubungan antara artis dan peminat.

Mereka juga diberi peluang menyaksikan cover album tersebut.

Album Tertangguh

Album sulung Adam sepatutnya berada di pasaran bulan lalu. Menjelaskan kelewatan itu, kata Adam, ``Penerbit saya, KRU Records juga ada artis lain seperti Billy Zulkarnain dan album mereka sebenarnya sudah siap lebih awal daripada saya. Sebab itu, pasaran album itu didahulukan.

``Kebetulan saya pun sibuk dengan pelbagai aktiviti lain. Tetapi yang pasti, album sulung saya akan menemui peminat bulan ini,'' kata Adam.

Menurutnya lagi, kelewatan itu tidak memberikan masalah kepadanya.

``Paling penting, saya mengharapkan sokongan daripada para peminat apabila album tersebut berada di pasaran,'' katanya lagi.

Album sulung Adam dihasilkan dengan usaha sama antara KRU Music dan Maestro Records. Album ini berkonsepkan Hip Pop dan menampilkan 10 buah lagu. Antara komposer terlibat ialah KRU, Ajai, Alvy Durin dan Adnan Abu Hassan.

Uji Bakat Filem Baru

Dalam berdebar menanti sambutan peminat terhadap album sulungnya, Adam masih sempat menjalani uji bakat untuk tampil sebagai pelakon sebuah filem baru.

Sebelum ini, Adam sudah pun berlakon dalam dua filem, Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta. Menariknya, penerimaan Adam dalam kedua-dua filem itu tanpa menjalani sebarang uji bakat.

Hanya untuk filem ketiganya ini saja (kalau diterima berlakon), Adam diwajibkan menjalani uji bakat. Adakah ini bererti, kemunculannya sebagai pelakon sebelum ini, tidak meyakinkan penerbit filem terbaru ini?

``Memanglah saya pergi uji bakat untuk sebuah filem baru. Ini bukan bermakna saya tidak bagus walaupun sudah berlakon dua buah filem sebelum ini. Tetapi pengarah-pengarah untuk filem baru ini datang dari Bollywood dan Indonesia. Mereka mahu melihat keupayaan saya.

``Lagi pun lakonan saya dalam Cinta Fotokopi tidak begitu menonjol. Main-Main Cinta pula, walaupun saya diberi peranan utama, tapi filem itu masih belum ditayangkan. Jadi bagaimana mereka mahu menilai lakonan saya?

``Sebab itu saya perlu menjalani uji bakat untuk mempamerkan kebolehan saya kepada mereka,'' kata Adam lagi sambil tersenyum.

Bagi Adam, lakonan merupakan satu cabang seni dan dia berhasrat melakonkan filem aksi yang disulami adegan percintaan suatu hari nanti.


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
Back to top
View user's profile Send private message
qila_fadam
Macam-Macam Ada
Macam-Macam Ada


Joined: 15 Dec 2004
Posts: 1961
Location: ~aNyWhERe bUt hErE~

PostPosted: Thu Feb 02, 2006 10:06 am    Post subject: Reply with quote

good luck for adam... saaaaayang kat adam...
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles All times are GMT + 5 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group