AkademiFantasia.Net Forum Index AkademiFantasia.Net
Akademi Fantasia Malaysia Unofficial Fan Site
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 


Linda tunggu Gila-Gila Pengantin Popular

 
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Faith
Makan Minum Tidur - AF
Makan Minum Tidur - AF


Joined: 02 Aug 2004
Posts: 960
Location: KL

PostPosted: Mon Aug 15, 2005 8:38 am    Post subject: Linda tunggu Gila-Gila Pengantin Popular Reply with quote

Linda tunggu Gila-Gila Pengantin Popular
Oleh Zubir Mohd Yunus | Foto Zaharin Hayon



Masih memukau dengan kejelitaannya, dia kelihatan tenang malah mampu melemparkan senyuman

ENTAH di mana silapnya, album yang dirancang untuk Pesona Bintang AF2, Norlinda Nanuwil atau Linda seolah-olah tergendala.

Rakan seperjuangannya yang lain seperti Zahid, Adam dan Farah (kesemuanya finalis AF2), mereka sudah memiliki album solo, namun album Linda, masih di dalam pembikinan.

Begitu juga dengan penampilan pertamanya di layar perak apabila filem sulungnya, Gila-Gila Pengantin Popular (GGPP), arahan Aziz M Osman hanya akan menemui penonton 25 Ogos ini.

Selepas sekian lama tidak bertentang mata dengan naib juara AF2 ini, Linda masih memukau dengan kejelitaannya, dia kelihatan tenang malah mampu melemparkan senyuman seolah-olah memberi petanda, kegagalannya bersaing bersama finalis AF2, sedikit pun tidak meninggalkan kudis.

“Linda bukannya tak ada album, cuma pembikinannya agak lewat saja.

Kini, impian bakal menjadi kenyataan apabila album sulung Linda dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya penghujung September ini. Mungkin sudah takdir Linda perlu menunggu,” katanya kepada Bintang Popular.

Linda memilih konsep gabungan pop dan balada menerusi album yang bakal memuatkan lagu ciptaan komposer terkenal seperti Ajai, Helen Yap, Adnan Abu Hassan dan Sharon Paul. Hingga kini, lebih lima lagu sudah dirakam dan selebihnya akan disiapkan sedikit masa lagi.

Linda juga tidak menolak kemungkinan pembikinan albumnya tergendala selepas dia mengalami kecederaan pada matanya sekitar April lalu, sekali gus mengheret dirinya ke pa da satu lagi kontroversi apabila rakan baiknya, Farah Fauzana yang juga penyampai popular radio Era, dikatakan bertanggung jawab di atas kecederaan itu.

Menceritakan kejadian itu, Linda memberitahu, semuanya bermula apabila beberapa bintang AF2 sedang dalam persiapan menjayakan konsert jelajah Melaka.

“Sebelum ke Maestro (Maestro Talent & Management Sdn Bhd) pagi itu, Linda bergurau dengan anak saudara, Brandon Rax di rumah abang di Subang Jaya.

“Mak Linda pun ada masa tu. Kita orang baling-baling barang permainan, salah satunya lori.

“Tak lama selepas itu, mata Linda berair dan berdarah. Tapi, orang buat cerita Farah (Fauzana) yang baling kerana kebetulan, dia pun ada bersama Linda ketika kejadian. Farah dan mak yang hantar Linda ke Hospital Mata Tun Hussein Onn. Selepas pemeriksaan, Linda diberitahu selaput mata terkopek, mata putih dah penuh darah.

“Tiap-tiap hari selama dua minggu Linda berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan susulan. Disebabkan keadaan mata yang belum pulih, Linda terpaksa menarik diri dari membuat persembahan pada malam Anugerah Industri Muzik 2005 (AIM2005), di mana Farah (Diana Anuar) diminta menggantikan tempat Linda.

“Linda diberi rehat yang secukupnya selepas itu, justeru rakaman album turut tergendala. Jadi, janganlah menuding jari kepada sesiapa di atas kelewatan album ini. Begitu juga dengan filem, sekurang-kurangnya Linda bangga berlakon di bawah produksi Skop Productions dan ACE Motion Picture biarpun GGPP hanya menjengah pawagam 25 Ogos ini,” katanya lagi.



http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Variasi/20050815021103/Article/
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    AkademiFantasia.Net Forum Index -> News & Articles All times are GMT + 5 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group