|
Lagu
Bonus Minggu Ke-8
Joget Sindir Pesan Oleh Black Dog Bone
Berjalan
kaki arah titian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran
Jangan
mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati sidia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat tak kena
Pohonlah
pauh ditebang tebang
Di sebelah rumah pak anjang
Di dalam tempoh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang
Harus
tabahkan hati
Fitnah usah peduli
Jangan bertindak melulu
Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan
(
korus )
Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu berjalan bersama
Bungalah
rampai bunga kemuning
Tambah pula harum kasturi
Kalau dah sampai hari bersanding
Jangan lupa mengundang kami
Muga
panjang usia dapat sama raikan
Untuk melihat mempelai
Bersanding depan ramai jangan tak tahan hati
Bila kena sindir pesan
|