Login
Username:

Password:

Remember me?
Anonymous

Lost Password?

Register now!
Main Menu
Who's Online
20 user(s) are online (3 user(s) are browsing News & Articles)

Members: 0
Guests: 20

more...
   Register now on AkademiFantasia.Net!    Login


(1) 2 3 4 ... 156 »
Akademi Fantasia News : Mawi World anjur pertandingan mengail
Posted by Faith on 2006/6/19 9:30:25 (2465 reads)

CYBERJAYA: Mawi World Sdn Bhd, syarikat milik penyanyi terkenal Asmawi Ani atau Mawi menganjurkan Pertandingan Memancing Terbuka Cyberjaya pada 25 Jun ini di Taman Tasik Cyberjaya.

Mawi berkata, pertandingan bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari Ahad ini dan menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada pemenang utama.

Selain itu, cabutan bonanza menampilkan motosikal Modenas Kriss bernilai RM4,500 dan 40 hamper.

Beliau yang minat memancing berkata, 500 penyertaan awal akan menerima baju T pertandingan bernilai RM20.

"Bayaran setiap joran ialah RM60. Saya sendiri akan berada di tempat pertandingan kerana sudah lama tidak memancing. Biasanya saya memancing bersama kawan waktu malam tetapi sekarang tidak boleh kerana saya menonton Piala Dunia," katanya di sini semalam.

Katanya, pertandingan mempertaruhkan kira-kira 1,000 kilogram ikan keli, tongsan, patin dan pacu bernilai RM5,000.

Beliau berkata, ikan paling berat yang dilepaskannya ialah tongsan kira-kira lapan kilogram.

Pendaftaran pertandingan boleh dibuat di 3A, Jalan Platinum G7/G, Seksyen 7, Shah Alam atau menghubungi talian 012-264 0311 atau 03-5519 6989.

Pendaftaran di Taman Tasik Cyberjaya bermula 8 pagi, Sabtu selama 24 jam.

Pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama RML Entertainment, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberview Sdn Bhd, Setia Haruman Sdn Bhd dan Kelab Sahabat Mawi.

Source

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 1 comment
Akademi Fantasia News : Mawi set to conquer Asia
Posted by Faith on 2006/5/10 1:08:42 (1858 reads)



AFTER taking the local scene by storm, Mawi now wants a piece of the Asian action.

“It’s the Asia market now,” the Akademi Fantasia winner told Berita Harian.

Mawi said he would make Indonesia his first destination to introduce himself to the world.

Mawi won the Malaysian Artist of Choice award in the MTV Asia Awards 2006 held in Bangkok during the weekend.

“I am grateful for the victory, and my first step is Asia,” he said.

Mawi said he was surprised with the win as the competition was tough.

Other artists nominated were Too Phat, Ruffedge, Ahli Fiqir and Fish Leong.

“This award is the highest achievement for me so far after being selected the Most Popular Star in the Anugerah Bintang Popular Berita Harian,” he said.

Pop queen Siti Nurhaliza earlier won the award for four consecutive years.

And talking about popularity, Johor Baru MP Datuk Shahrir Samad joked that he had become more popular than Mawi and Siti Nurhaliza after his resignation as Barisan Backbenckers’ Club chairman.

“I did not expect the print and electronic media to give my resignation such a wide coverage, and daily.

“Now, I feel I am more popular than Mawi and Siti Nurhaliza,” he said when opening a meeting of an association of pensioners in Muar.

Shahrir said he received thousands of SMSes over his resignation.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/5/9/nation/14183918&sec=nation

Rating: 1.00 (1 vote) - Rate this News - Read More... | 1 comment
Akademi Fantasia News : AF4: Jangan ada kes bercinta
Posted by Faith on 2006/5/9 10:03:12 (3295 reads)


SEGALA spekulasi siapakah pengetua dan barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 4 (AF4) terle rai sudah minggu lalu apabila Astro membuat pengumuman secara rasmi.

Pun begitu, sebaik saja nama-nama tenaga pengajar diumumkan, sebenarnya tidak ada sebarang kejutan kerana rata-rata rakan media yang hadir, sebelum ini sudah dapat menghidu siapakah calon yang menjadi pilihan Astro.

Zubir harap, Papa Rock, Ramli Sarip yang menggalas jawatan pengetua AF4 akan membawa revolusi baru. Ramli dalam sidang media pada hari itu memberitahu, dia mencari bintang yang boleh bertahan lama.



Pun begitu, Zubir sebenarnya tertarik dengan barisan tenaga pengajar AF4 yang rata-ratanya terdiri daripada pemuda kacak.

Mereka ialah Sham Kamikaze yang dilantik sebagai pengarah dan guru muzik, Dr Fazley Yaakob (perunding motivasi), Kevin Zahri (penasihat pemakanan & kecergasan) dan Corrie Lee (guru tari).

Pesanan Zubir kepada pengurusan Astro satu saja, harap-harap AF pada musim ini tidak ada kes cikgu bercinta dengan pelajar wanita ya!


http://www.emedia.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/ZubirIntip/20060508165053/Article/

Rating: 10.00 (1 vote) - Rate this News - Read More... | 1 comment
Akademi Fantasia News : Edisi KL : Diana tidak bersalah
Posted by Faith on 2006/5/9 9:32:52 (4495 reads)


Oleh Rudy Imran Shamsudin

KUALA LUMPUR: Ketika Diana Rafar dicemuh dengan pelbagai tuduhan seperti mengambil kesempatan terhadap Mawi, tunang Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu, Nordiana Mohd Naim, 22, atau Ina, pula menganggap pelakon dan penyanyi itu tidak bersalah.

Sehubungan itu, Ina merayu peminat tidak berterusan menghina Diana dengan mendakwa dia cuba menumpang populariti Mawi atau mencari publisiti murahan.

“Saya bersikap tidak menyebelahi mana-mana pihak sejak isu Diana berkawan dengan Mawi menjadi panas.

“Saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita yang disiarkan di media massa setiap hari.

“Namun saya percaya andai peminat setia Mawi mahupun Diana membaca cerita terbabit, pasti mereka sendiri boleh menilai kedudukan sebenar,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, semalam.

Ina yang diminta pandangannya mengenai isu berkenaan berkata, tiada sesiapa yang betul atau salah.

“Mungkin ia satu kesilapan atau mereka menjadi mangsa keadaan. Saya benar-benar berharap perkara yang boleh memburukkan imej Mawi dan Diana itu diselesaikan dalam tempoh terdekat, sekali gus dihentikan,” katanya.

Dia turut menegaskan dakwaan kononnya Diana cuba menumpang populariti atau kemewahan dimiliki juara AF3 itu tidak seharusnya timbul.

“Bukan saya mahu menyebelahi Diana, namun jika dihitung daripada pembabitannya dalam bidang seni, dia boleh dianggap artis senior.

“Malah, keluarganya sendiri sudah lama membabitkan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Umum juga tahu kemewahan yang dikecapi keluarga Diana yang terlebih dulu aktif dalam bidang seni. Tidak mungkin dia mahu menumpang kemewahan Mawi,” katanya yang mendakwa hubungannya dengan Mawi masih seperti dulu.

Bagaimanapun, katanya, sekarang mereka kurang berhubung, apatah lagi bertemu kerana artis kelahiran Felda Taib Andak itu terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Tambahan pula, jelas Ina, dia tidak mahu mengganggu Mawi yang kini sedang menjaga ayahnya, Ani Ahmad, 66, atau Pak Atan yang baru saja menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung.

Ina merancang untuk melawat bakal bapa mentuanya dalam minggu ini.

“Saya amat berharap segala isu membabitkan Diana dengan Mawi dapat dihentikan supaya keluarga Mawi tidak lagi diganggu dengan pelbagai cerita yang boleh mengganggu emosi mereka,” tegasnya.

Sejak isu kedua-dua artis itu keluar memancing sebelum dikatakan menjalin hubungan cinta disiarkan akhbar dan majalah tempatan, ramai peminat setia Mawi memarahi anggota kumpulan Sis itu, termasuk sengaja mengada-adakan cerita.

Mengeruhkan keadaan apabila ada antara kakitangan pengurusan Mawi sendiri, Meastro memberi kenyataan meminta Diana tidak lagi memperkatakan sebarang isu membabitkan artis jagaan mereka.

Kakitangan terbabit turut menuduh Diana cuba mencari publisiti murahan bagi mempromosikan filem terbarunya, Susuk, sekali gus menimbulkan perbalahan di kalangan peminat kedua-dua artis terbabit.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/BeritaUtama/20060509080940/Article/indexm_html

Rating: 9.00 (2 votes) - Rate this News - Read More... | 3 comments
Akademi Fantasia News : Bersama Mawi ke Eropah
Posted by ice on 2006/5/8 10:14:52 (3120 reads)

BAGI peminat penyanyi popular Mawi, inilah peluang keemasan untuk melancong bersamanya.

Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu menyertai Kuiz SMS Ekstravaganza POTO Bersama Mawi ke Eropah. Taipkan POTOMAWI dan hantarkan kepada 33033 untuk menyertai pertandingan SMS tersebut.

Pakej pelancongan bersama Mawi yang bernilai RM7,000 menanti enam orang pemenang utamanya untuk bercuti ke Paris dan London selama sembilan hari enam malam.

Pada sidang akhbar kuiz itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif POTO, Abd. Rahman Mohd. Ali menjelaskan beberapa perancangan sedang diatur termasuk majlis makan malam di hotel terkemuka di London bersama pelajar dan ahli korporat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Intranet Profile Sdn. Bhd., Kamal Affandi Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez.

Bagaimanapun, Mawi tidak dapat hadir pada sidang akhbar tersebut kerana berkejar ke Institut Jantung Negara bagi melawat bapanya yang dirawat di sana pada hari yang sama.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Read More... | 1 comment
(1) 2 3 4 ... 156 »
Disclaimer Guestbook Privacy Policy FAQ Contact
      Design by 7dana.com     Page generated in 0.264 Seconds | 48 Queries