Login
Username:

Password:

Remember me?
Anonymous

Lost Password?

Register now!
Main Menu
Who's Online
3 user(s) are online (1 user(s) are browsing News & Articles)

Members: 0
Guests: 3

more...
   Register now on AkademiFantasia.Net!    Login

Akademi Fantasia News : 'Orang Mendeleng memang lantang bersuara'
Posted by Faith on 2005/7/13 20:34:19 (1660 reads)

'Orang Mendeleng memang lantang bersuara'
Oleh Zubir Mohd Yunus


PEMILIHAN Adlin Aman Ramli sebagai pengkritik jemputan AF3 menimbulkan kontroversi dan rasa tidak puas hati di kala ngan penggemar program realiti TV itu termasuklah segelintir tenaga pengajarnya. Ramai beranggapan komen 'Sultan Melaka' itu terutama penggunaan bahasanya agak keterlaluan atau lebih tepat lagi, biadab. Minggu lalu, Jom Semuka memaparkan luahan hati seorang tenaga pengajar AF3, Marlia Musa. Kali ini kita ikuti pula komen Adlin.



“SELEPAS mengkaji latar belakang keluarga, arwah ayah, emak dan 18 adik-beradik, saya adalah anak yang ke-17 daripada enam isteri arwah ayah. Abang-abang saya seperti Amran (Tompel) dan AR Badul, terbabit secara langsung dalam bidang lakonan tapi pembabitan mereka mewakili generasi awal, anak-anak arwah ayah daripada isteri terdahulu.

Namun, saya perhatikan tidak ada generasi kami yang meneruskan perjuangan ayah selepas itu. Boleh dikatakan saya adalah generasi ketiga keluarga Tompel selepas arwah ayah dan Badul. Bagi saya, arwah ayah memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon, Badul meneruskan kesinambungan dan saya, melengkapkan visi.

Justeru, saya bergelumang dalam dunia seni sebagai seorang penghibur.

Saya ada asas yang kuat untuk menjadi seorang penggiat dalam performing arts. Badan, mental dan jiwa semuanya sudah diasuh selama empat tahun saya bersama Jabatan Penerangan Malaysia. Kami lazimnya akan menjayakan sekurang-kurangnya 20 persembahan sebulan.

Saya mula menjurus minat kepada lakonan teater, lakonan serius bukan komedi. Seterusnya saya buka cabang baru dalam hidup iaitu pengarahan berkonsep dan mula menghasilkan penulisan kreatif. Dari teater, saya masuk ke cabang baru iaitu filem. Saya ingin memperkemaskan laluan hidup ini supaya satu hari nanti saya boleh menjadi seorang seniman.

Saya nak end-up karier ini sebagai pengarah filem. Itu target saya.

Dalam konteks apabila saya diminta jadi pengkritik AF3, tidak dinafikan, saya telus dan jujur. Arwah ayah saya orang Mendeleng, daripada suku kaum Batak. Orang Mendeleng memang lantang apabila bersuara.

Emak saya pula, Jawa, di mana orang Jawa ni ada lembut dan tegasnya.

Justeru, latar keluarga adalah 'root' atau darah daging saya.

Saya tak kata orang Mendeleng atau Jawa ni mesti kurang ajar... tidak.



Saya bercakap betul-betul dari sudut keperibadian. Kerja kesenimanan ini harus bersifat peribadi. Kerja yang hebat dalam dunia ini semuanya peribadi, ia datang dari penghayatan dan sensitiviti seniman itu sendiri.

Berdasarkan pengalaman, saya sudah ada 'suara' atau kenyataan, selain sensitiviti sendiri. Bagi saya, perkataan seperti monyet, spesies, benda, busuk, semua tu bahasa rugged.

Saya membesar di tepi 'jalan'.

Pastinya saya ada lingo sendiri. Saya bukan budayawan. Pengucapan saya sangat jelas dan bezanya, saya ni neutral, sebab itu ekspresi muka saya nampak selamba. Itulah juga gurauan atau kata-kata sembang.

Dalam AF3, kita nak cari seorang juara, itu saja. Sama juga dalam industri, kita hanya ada beberapa orang star saja, yang lain tu sekadar 'filler'.

Kita harus ada penilaian, ya atau tidak, bagus atau tak bagus, tak ada separuh-separuh. Saya terlalu objektif.

Dari segi penggunaan bahasa, saya akan cuba memperbaikinya. Saya akan cuba tidak terlalu neutral pada diri sendiri. Ketika saya belajar dengan Ahmad Yatim dulu, dia pernah cakap dengan saya, apa, kau nak jadi beruk, monyet atas pentas? Sama juga dalam animasi, kita ada watak utama, yang tepi-tepi tu dipanggil 'monyet-monyet'. Itu istilah. Orang seni ada istilah sendiri.

Idea busuk. Istilah tu saya ambil dari dialog Allahyarham Tan Sri P Ramlee, idea kau busuk! Semuanya joke, jangan ambil perkara tu terlalu serius. Apabila saya mengucapkan perkataan itu dengan selamba, mungkin itu yang orang terasa, come on lah... Sekarang ni kita nak jaga hati atau bekerja?

Tidak ada sentimen, saya perlu kasihan sebab dia pelajar baru.

Dalam bidang seni, banyak keadaan yang lebih zalim akan berlaku pada setiap artis kalau mereka tak betul-betul menjadi core artist. Banyak lagi perkara yang boleh menghina dan memalukan mereka.

Saya hanya beri tone kepada mereka, jika nak masuk bidang seni, mereka perlu jelas. Kalau saya rasa mereka tak cukup bagus, bagi saya, mereka tak perlu teruskan, cari kerja lain saja.



Jangan nak menambah masalah atau menyemak saja. Kalau betul pelajar, pelajar bekerja dalam kelas, bukan konsert. Saya tak melihat peserta AF3 sebagai pelajar apabila mereka membuat persembahan dalam konsert.

Saya tak merendahkan taraf mereka. Saya angkat mereka kepada tahap profesional. Justeru, status atau demand saya terhadap mereka, tinggi.

Mereka ada enam hari belajar dalam kelas. Apabila menjayakan konsert, saya melihat mereka sebagai penghibur. Saya set standard mereka.

Kalau mereka pelajar, pergilah belajar, jangan cakap dengan saya, saya profesional.

Ruang konsert AF3 ini sangat besar. Ia dah jadi centre of entertainment.

Mereka nak guna lesen pelajar untuk mengisi ruang itu, tak boleh!

Astro memanggil saya dalam ruang profesional. Kalau nak suruh saya cakap lembut-lembut pada peserta AF3, jangan panggil saya. Biar saja tenaga pengajar yang bercakap.

Tenaga pengajar memerlukan pelajar, baru mereka jadi tenaga pengajar.

Apa makna tenaga pengajar tanpa pelajar. Di situlah silatulrahim tenaga pengajar dan pelajar mereka, itu saya sangat faham.

Tapi, silatulrahim itu tak boleh pakai untuk saya. Saya tak memerlukan pelajar untuk memberi pendapat.

Silatulrahim saya dan performer AF3 secara langsung. Saya tak perlu terikat, siapa keluarga dan tenaga pengajar mereka, semua itu tak penting bagi saya.

Saya datang konsert AF3, saya nak tengok keputusan. Saya nak tengok persembahan yang bertaraf konsert. Nak buat kesilapan, nak buat idea mengarut, buat dalam kelas.

Macam mana saya nak beri komen yang objektif kalau saya tidak boleh mengambil ukuran disiplin yang sepatutnya.

Komen saya bukan kosong. Tapi, apabila saya mengucapkannya, sudah tentu saya ingin perhatian. Kenapa, sebab saya mahu orang dengar apa yang saya cakap dan fikirkan. Beri perhatian, kenapa saya cakap begini pada peserta berkenaan. Saya tak nak jadi hipokrit apabila bercakap, di mana bahasa yang saya guna tak keterlaluan!

Ganti nama aku, kau tak kasar, kalau kasar, buang saja daripada kamus. Saya Jawa, memang saya bercakap dengan emak guna kau, aku.

Itu baru dengan emak, dengan Tuhan lagilah. Peserta lelaki ibarat balak.

Peserta perempuan ni ibarat pokok bunga yang harus disiram, disemai dan dibaja. Saya tak boleh samakan layanan atau ganti nama terhadap peserta lelaki dan perempuan. Itu skill komunikasi, cara saya.

Pun begitu, kalau ada hati yang terluka dengan komen saya, dari aspek kemanusiaan, saya minta maaf.”


Info Adlin:


Adlin, 33, adalah anak kepada pasangan artis veteran, Allahyarham A R Tompel dan Ruminah Sidek.


Pelakon dan pengarah AR Badul adalah abang Adlin tetapi berlainan ibu.


Adlin menjadi artis budaya Jabatan Penerangan Malaysia mulai 1990 - 1994 dan menimba pengalaman dalam semua bentuk seni pentas seperti menyanyi, menari, teater, drama dan bermain muzik (dram).


Menyertai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) mulai 1994 - 1996. Pun begitu, Adlin berhenti separuh jalan.


Beliau meneruskan profesion sebagai pengarah kreatif profesional, penulis skrip dan penasihat acara kesenian di bawah seliaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, selain mengusahakan showbiz.


Ketika di ASK, pelakon Ahmad Yatim dan mendiang Krishen Jit adalah guru yang banyak membimbing Adlin. Mereka juga membawa Adlin mendalami dunia teater secara profesional. Teater Melayu profesional pertama bagi Adlin ialah Itik Liar arahan Ahmad Tarmimi Siregar, manakala teater Inggeris pertamanya, Work - The Malaysian Way.

http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/JomSemuka/20050711153927/Article/


Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article


Other articles
2006/6/18 19:30:25 - Mawi World anjur pertandingan mengail
2006/5/9 11:08:42 - Mawi set to conquer Asia
2006/5/8 20:03:12 - AF4: Jangan ada kes bercinta
2006/5/8 19:32:52 - Edisi KL : Diana tidak bersalah
2006/5/7 20:14:52 - Bersama Mawi ke Eropah

Disclaimer Guestbook Privacy Policy FAQ Contact
      Design by 7dana.com     Page generated in 0.088 Seconds | 34 Queries