Login
Main Menu
Who's Online
6 user(s) are online (4 user(s) are browsing News & Articles)
Members: 0
Guests: 6
more...
|
|
| Akademi Fantasia News : Singers surprised by ‘TsuMawi' reception |
| Posted by Guntur on 2005/9/28 14:07:18 (428 reads) |
By Rosli Abidin Yahya  Mawi and Marsha with concert host, Ogy. The "TsuMawi" phenomenon that has hit the Sultanate since Wednesday receded after the return of the Akademi Fantasia 3 biggest star along with thirteen other AF3 artistes yesterday morning. Even the star himself did not expect such a reception from his fans here. "I am flabbergasted. I was told by previous Akademi Fantasia stars that the reception in Brunei had been grand. "But the reception that we have been getting so far has exceeded our expectations," Mawi said at a press conference held after their concert at the JPCC Amphitheatre, Jerudong after midnight early Saturday morning. Mawi and the other stars thanked the concert organiser, De Hayat Musical and Production, whose managing director Pg Hj Abu Bakar Pg Hj Othman was also present together with Maestro Talent & Management Sdn Bhd's Chief Operation Officer Freddie Fernandez. The press conference was attended by the local press as well as entertainment journalists from the Malaysian newspapers like Malay Mail, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro and others including entertainment magazines. Everywhere they went, the stars were followed and mobbed as the fans tried to get their autographs. Mawi was humble when he said he was surprised to be given such a reception being a beginner in the entertainment industry. "We were just students last June until August 6. We became stars only just a month ago," he said. http://www.brunei-online.com/bb/mon/sep26h25.htm |
|
| Akademi Fantasia News : Pena Creative lamar Marsha & Hans |
| Posted by Faith on 2005/9/28 9:45:23 (758 reads) |
AWAL minggu lalu Zubir berpeluang melepak dengan empunya Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil yang menceritakan kepada Zubir, perasaan gembiranya apabila slot Samarinda TV3 yang menyiarkan drama bersiri, Inspirion mendapat sambutan dan terus diminati ramai. Syabas Ziela kerana buat drama macam Inspirion, ada nilai komersial dan jalan cerita padat. Syabas juga buat pengarah tersohor dan kesayangan Ziela, Rashid Sibir kerana sentuhannya kali ini terus menjadi. Dalam pada kami berborak itu, tiba-tiba nama bintang jelita Akademi Fantasia 3 (AF3) terkeluar dari mulut Ziela. “Zubir, Akak nak buat drama baru lepas raya ni, kalau Akak ambil si Marsha tu OK tak? Akak dah fikir-fikir, kalau jadi ambil Marsha, lokasi utama drama Akak adalah di sekitar Karambunai dan Gunung Kinabalu, Sabah. Jadi, barulah ada konti, Akak ambil orang Sabah berlakon,” jelas Ziela bersungguh-sungguh. Tapi, heronya siapa? “Dalam kepala ni, Akak nak ambil Adlin Aman Ramli dengan Fahrin Ahmad, dua pelakon popular yang pernah dikaitkan dengan Marsha. Amacam Zubir, meletup tak? Nak lagi gempak, Akak panggil Hans Isaac jadi leading, bercinta dengan Marsha. Sham Kamikaze pula jadi pemuzik undangan, riuhlah Karambunai nanti,” kata Ziela sambil tergelak besar. Ziela menjelaskan lagi, dia akanmenghantar kertas cadangan kepada TV3 atau Astro sedikit masa lagi dan jika mendapat lampu hijau, dia akan melamar pelakon yang dinyatakannya tadi secepat mungkin. Tambah Ziela, pengarah pilihannya tetap Rashid Sibir! Bagi Zubir, drama atau telemovie yang akan dihasilkan Ziela kali ini pasti lebih meletup. Kepada sesiapa yang berhasrat nak ambil Marsha berlakon dalam masa terdekat ini, Zubir rasa mereka terpaksa bersaing dengan Ziela. Insya-Allah dengan kesungguhan Ziela, Zubir yakin pelakon yang dicari-cari itu akan memberi jawapan pasti. http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/ZubirIntip/20050925135557/Article/ |
|
| Akademi Fantasia News : "Felix pening, jadi saya picitlah kepalanya..." |
| Posted by Faith on 2005/9/28 9:44:01 (404 reads) |
MENERUSI ruangan ini pada 11 September lalu, artikel yang berjudul 'Felix & Akma janganlah berahsia lagi', Zubir mempertikaikan sikap Akma yang Felix yang masih mahu berahsia bahawa mereka sebenarnya sedang lemas di lautan asmara. Kejadian di mana Felix berbaring di atas riba Akma dan Akma pula mengusap dan membelai rambutnya adalah bukti paling nyata untuk menjelaskan kesahihan, bahawa mereka sebenarnya pasangan dua sejoli yang sedang asyik dilamun asmara. Tapi, apabila media dan peminat bertanya, terus menafikan percintaan itu. Justeru, peluang menemui Akma ketika Post Party sebaik saja selesainya Anugerah Era 2005 (AE05), malam minggu lalu, mata Zubir melilau mencari Akma dengan harapan dia sedia memberikan penjelasan. Niat Zubir akhirnya tercapai apabila Akma berterus-terang, tapi bukan berterus terang mengakui dia bercinta dengan Felix, sebaliknya mengaku dia memang memicit kepada Felix! “Abang Zubir, malam tu selepas satu majlis, Felix tak sihat, dia pening kepala, jadi saya picitlah kepalanya. Tapi, kalau Abang Zubir kata kami bercinta kerana nampak Akma memicit kepala Felix, itu tak betul. Akma mengaku, Akma sayangkan Felix, tapi sayang Akma sebagai seorang kawan, tak lebih dari itu,” kata Akma yang masih berlapik dalam kata-katanya. Sayang? Sayang seorang kawan? Biarlah orang lain yang menilai kata-kata Akma ini ya. Zubir pun terus menyakat Akma. Akma, kalau Abang Zubir pening kepala, tak ada pun Akma nak picitkan? “Abang Zubir tak cakap! Kalau Abang Zubir pening, Akma pun boleh tolong picitkan!” kata Akma dengan muka selambanya. Amboi-amboi Akma, pandainya bermain kata-kata. Abang Zubir seram Akma, Abang Zubir perhatikan, Felix tu kalau over-over, boleh tahan juga cemburunya. OK, Abang Zubir gurau saja!. Sementara itu, apabila Zubir mengajukan soalan kepada Felix, adakah dia benar-benar menyintai Akma, dengan muka yang dah bertukar menjadi warna oren, Felix tetap dengan pendirian machonya, “Abang Zubir, kami kawan saja.” Suka hati koranglah nak cover line macam mana pun. Tapi, kepada sesiapa yang dah makan garam lebih dulu daripada Akma dan Felix, pasti dapat meneka, hati mereka sebenarnya sudah terusik dengan satu perasaan yang kita panggil cinta! http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/ZubirIntip/20050925135722/Article/ |
|
| Akademi Fantasia News : Waheeda teruja kehadiran Mawi |
| Posted by Faith on 2005/9/28 9:11:04 (1268 reads) |
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff | Gambar oleh Mohd Sairien Nafis  ULANG TAHUN: Waheeda memotong kek hari jadi bersama ibu dan bosnya, David Teo. PENYANYI irama global wanita, Waheeda, tidak cepat melatah apabila ditanya apakah perancangan rakaman lagu duet bersama juara Akademi Fantasia 3, Mawi, bakal menimbulkan tanggapan dia cuba menumpang populariti anak muda yang menjadi pujaan ramai itu ketika ini. Bahkan, sambil tersenyum, gadis cantik ini memberitahu, dia sudah menjangkakan perkara begini akan ditimbulkan apabila berita mengenai perancangan lagu duet itu disiarkan. Malah dia cukup bersedia untuk menghadapi apa juga tanggapan peminat apabila cerita itu disebarkan. Dia sendiri tidak menafikan, cerita menumpang populariti itu akan diperkatakan juga hasil perancangan berkenaan dan dia tidak menolak kemungkinan hakikat itu. Namun dia dengan yakin berkata, dia hanyalah produk syarikat rakamannya, MIG, manakala arah tuju dan perancangan album masih tertakluk kepada syarikat yang menaunginya. "Lagipun, saya dan Mawi akan hanya bekerja sebagai rakan sealiran. Kami sama-sama penyanyi yang akan merakamkan lagu secara berdua. Itu hanyalah satu kerjasama antara dua artis yang disusun syarikat rakaman. Sebagai penyanyi, saya akan ikut saja, jika dibuat untuk kebaikan saya juga. "Selain itu, saya rasakan, kerjasama saya dengan Mawi nanti agak sesuai kerana dia juga menggemari aliran serupa. Dia juga seorang penyanyi yang memiliki keupayaan tersendiri dan mempunyai ramai peminat," katanya selepas majlis pelancaran album Binafsha, baru-baru ini. Pada majlis itu, Waheeda turut menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-27. Kata Waheeda, kini MIG sedang menunggu hitam putih mengenai kerjasama mereka setelah hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Maestro secara lisan. Secara dasarnya, persetujuan sudah pun dicapai untuk menemukan dua penyanyi terbabit dalam studio rakaman.  Jika segala-galanya berjalan seperti yang dirancang, album terbaru Waheeda yang memuatkan lagu duet itu akan menjengah pasaran pada Februari tahun depan. Pada waktu yang sama Waheeda juga sedar, album Binafsha agak lewat dilancarkan, berikutan beberapa kesilapan yang berlaku sebelum ini. Justeru, untuk menarik lebih ramai peminat memiliki album itu, album terbabit kini dimuatkan dengan dua lagu bonus yang juga lagu untuk pengantin baru - Kompang Dipalu dan Selamat Pengantin Baru. Kompang Dipalu ialah lagu petikan filem Kuliah Cinta, manakala Selamat Pengantin Baru pula lagu runut bunyi filem Cinta Fotokopi. "Jangan pula ingat saya hendak kahwin dalam masa terdekat ini dengan kemasukan dua lagu pengantin baru dalam album bungkusan semula ini. Bab kahwin belum saya fikirkan lagi buat waktu ini. Biarlah saya memberikan tumpuan kepada karier seni dulu," cepat-cepat pintas Waheeda apabila ditanya kaitan lagu itu dengan kemungkinan dia menamatkan zaman solonya. Diminta komennya terhadap tulisan dalam sebuah majalah hiburan mengenai hubungannya dengan seorang jejaka, sambil ketawa dia berkata, dia dan pemuda yang tidak terbabit dalam industri hiburan itu sekadar sahabat. Tumpuannya kini, katanya adalah untuk mempromosikan Binafsha, di samping berusaha menyiapkan album kedua yang kini dalam proses pengumpulan lagu. Dia sendiri sudah menyediakan tiga lagu ciptaannya untuk album yang masih mengekalkan irama global itu. "Cuma, kali ini, saya ingin memuatkan juga sebuah lagu berentak R&B untuk memberikan sedikit kelainan. Selain saya sendiri, Yasin dan Trabeye yang juga terbabit dalam pembikinan Binafsha, saya juga ingin merakamkan lagu Reshmonu jika berpeluang. Di samping itu, saya juga berhasrat mendapatkan khidmat Azmeer dan Iman Wan jika diberikan keizinan," ujarnya. Penyanyi yang turut dikenali sebagai pelakon ini juga akan menemui penonton di pawagam sedikit masa lagi menerusi filem Anak Mami Kembali yang menggandingkannya dengan Fasha Sandha, Saiful Apek, Azean Irdawaty dan Farid Kamil. "Saya sudah mula menyukai bidang lakonan biarpun hati saya masih lebih berat kepada dunia nyanyian. Saya juga amat mengagumi lakonan Maya Karin. Saya teringin memegang watak hantu sepertinya jika diberi ruang berbuat demikian," katanya yang bakal tampil dalam iklan terbaru Safi. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hiburan/20050928082210/Article/ |
|
| Akademi Fantasia News : LHDN mula risik Mawi |
| Posted by Faith on 2005/9/28 9:07:09 (450 reads) |
Edisi KL : LHDN mula risik Mawi Oleh Ahmad Nazri Mohamad PORT #BAIK#SON: Jika dulu Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi (gambar) tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana tiada pekerjaan tetap, tetapi kini, hasil daripada nyanyiannya dia sedang dipantau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini kerana dia perlu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang warga negara yang layak membayar cukai. Timbalan Ketua Pengarah LHDN, Che Omar A Rahman, berkata Mawi wajib mengisytiharkan pendapatannya dalam tempoh tiga bulan selepas menerima pendapatan daripada kerjayanya sebagai penyanyi. “Mawi, bila dia ada pendapatan, dia kena bayar cukai, dia kena isytihar,” katanya ketika ditemui di Tiara Beach Resort, di sini, semalam. Che Omar berada di Negeri Sembilan dalam Operasi Khas Pematuhan dan Banci Perniagaan LHDN selama tiga hari bermula semalam. Turut hadir Pengarah Jabatan Pematuhan LHDN, Mohd Nizom Sairi dan Pengarah LHDN cawangan Seremban, Sezali Othman. Menurutnya, Mawi juga perlu membuat potongan cukai semasa sementara menunggu perisytiharan pendapatan bercukainya pada tahun depan. “Jika dia tidak isytiharkan pendapatan, esok bila kita pergi (siasat) dia dapat susahlah,” katanya. Ditanya sama ada Mawi pernah membuat perisytiharan pendapatan sejak meraih pendapatan daripada jualan album, konsert dan persembahannya, Che Omar berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu. Bagaimanapun, katanya, apabila tiba penghujung tahun, beliau percaya pihak pengurusan Mawi maklum dengan kewajipan mereka untuk membuat perisytiharan pendapatan bercukai Mawi. Mengulas mengenai golongan artis yang membayar cukai pendapatan, Che Omar berkata, mereka bertanggungjawab untuk melaporkan pendapatan masing-masing kepada LHDN. Menurutnya, cawangan LHDN negeri juga sentiasa memantau pendapatan artis tempatan dan memastikan mereka membayar cukai kerana golongan itu dilayan sama seperti rakyat Malaysia lain. “Artis kena laporkan (pendapatan), nanti kita pergi dapatkan mereka susahlah. “Kita memberi layanan yang sama, jika tidak bayar (cukai pendapatan), kita akan ambil tindakan yang sama (seperti tindakan kepada golongan yang tidak membayar cukai),” katanya. Harian Metro melaporkan, pendapatan Mawi dijangka bertambah berikutan penjualan album Best of Mawi World mendapat sambutan hebat dan dikatakan sudah dijual hampir 170,000 unit. Pengarah Eksekutif Operasi Maestro, Freddie Fernandez, dipetik sebagai berkata pihaknya menjangkakan Mawi bakal menerima royalti RM150,000 hasil penjualan album berkenaan pada Januari atau Februari tahun depan. Mawi juga dilaporkan menerima gaji pertama daripada Maestro Talent & Management, selepas berpenat lelah memenuhi pelbagai undangan nyanyian sejak 16 Ogos lalu. Gaji pertamanya dibayar pada 7 September lalu dengan anggaran jika dikira jumlah persembahan dan bayaran diterima secara purata RM6,000 selepas ditolak komisen, gaji bintang AF3 itu dalam masa dua minggu mencecah RM48,000. Bagaimanapun, pengurusan Mawi enggan mendedahkan jumlah gaji pertama yang diterima anak Felda itu kerana menganggap terlalu peribadi untuk diberitahu kepada umum. Mawi juga dijangka mencapai status jutawan dalam tempoh setahun bergelar artis berdasar dia menjadi rebutan untuk mengadakan persembahan, termasuk di Brunei dan Kelantan. http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20050928083826/Article/ |
|
|
|