Login
Username:

Password:

Remember me?
Anonymous

Lost Password?

Register now!
Main Menu
Who's Online
5 user(s) are online (4 user(s) are browsing News & Articles)

Members: 0
Guests: 5

more...
   Register now on AkademiFantasia.Net!    Login


« 1 ... 106 107 108 (109) 110 111 112 ... 156 »
Akademi Fantasia News : Telcos expect surge in SMS use today
Posted by Faith on 2005/8/6 13:09:28 (562 reads)

Telcos expect surge in SMS use today
JAD MAHIDIN
KUALA LUMPUR, Aug 6:
--------------------------------------------------------------------------------

Telecommunication companies are expecting a surge in the Short Messaging System (SMS) service today, thanks to the Akademi Fantasia (AF) finals tonight.


Hotlink users and Maxis customers have been warned (via SMS alert by service providers) that between noon and midnight today, SMS delivery reports will not be announced on their cell phones.

A Maxis spokesperson said this is a routine measure taken during peak periods.

“Hotlink would like to announce that there will be no SMS delivery reports tomorrow between noon and midnight. This is a precautionary measure that Maxis takes during peak periods including the festive seasons to ensure that customers continue to enjoy uninterrupted SMS services,” said the spokesperson in a statement e-mailed to The Malay Mail.

Earlier, however, a Hotlink customer care consultant revealed that in today’s case, the suspension of SMS delivery reports is due to the high volume of traffic expected as AF fans scramble to vote for their favourite contestant.

However, both Maxis and Hotlink are not able to provide an estimate of the volume the service providers are expecting.

The biggest number of votes given throughout AF since its inception three years ago has been via SMS.

During the AF1 season, it was reported that five million SMS votes were sent by viewers and fans. This is an average of 500,000 votes sent via SMS for each of the 10 weeks of the season.

The figure went up by 10 million for AF2, pushing the average SMS votes figure to an average of 1.5 million per week.

This year, Astro and the telcos declined to predict the number of votes fans will be sending for AF3.

However, an industry source revealed that there was one week during this AF3 when SMS votes went as high as two million.


http://www.mmail.com.my/Current_News/MM/Saturday/Frontpage/20050806113001/Article/index_html

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : AKADEMI FANTASIA 3
Posted by Faith on 2005/8/6 13:08:17 (443 reads)

AKADEMI FANTASIA 3
Tsu-Mawi warning!
JOE LEE and AMIR HAFIZI
KUALA LUMPUR, Aug 6:
--------------------------------------------------------------------------------

The numbers say it all. If the current pattern of voting statistics were to continue, Asmawi Ani (Mawi) will emerge as the winner of Akademi Fantasia III after the final concert tonight.


The last known percentage of votes for Mawi was 31 per cent. This was before the last concert on July 30. Astro, the producers of the programme took the live status off the air and their web sites on July 31, leaving fans wondering who among the four finalists — Mawi, Felix, Marsha and Amylea — is leading.

Fan power for Mawi, the down-to-earth contestant, has been amazing throughout the competition. There are Mawi t-shirts, Mawi magazines and even Mawi headscarfs.

Mawi Friends Club Batu Pahat is reportedly bringing a 100-foot banner for the concert tonight. Host Aznil Nawawi aptly described the amazing reaction to the man as the ‘TsuMawi phenomenon’.

No matter how many contestants remained, Mawi had always garnered almost a quarter of the SMSes, leading the polls since the second week until now. His votes have never dropped below 23 per cent, once hitting a high of 58 per cent — a record for any AF contestant.



Mawi's (left) closest competitor — his only one during the whole season — is Felix Agus.

There were rumours that the lead had changed hands several times in the last week of voting.

The other two finalists, Marsha and Amylea, are said to be making up the numbers, scoring merely between seven and 10 per cent on average.

Between them, Felix and Mawi usually get more than 40 per cent of the total votes right from the beginning.

In week two, after Mawi and Marsha’s surprise inclusion, Mawi was on top with 20 per cent of the votes and only one per cent more than Felix.

Week three saw Mawi increasing his lead to 24 per cent, with Felix remaining at 19 per cent.

This became a pattern for the whole season with Mawi scoring 23 or 24 per cent of SMS votes with Felix collecting from 17 to 20 per cent.



The July 30 concert saw Mawi stretching his tally to 31 per cent while Felix secured 22 per cent.

Tonight, Felix’s fans must hope that Mawi’s fans have run out of cash to SMS for him. Judging by the rumoured sales figures of Mawi merchandise, that may not happen.

It is 99.99 per cent certain, it will be Mawi World tonight.

FACT OR FICTION

* Mawi is said to be engaged. Family denies this.

* Felix is said to be married

* A mother of one AF3 student claimed that she spent at least RM15,000 on SMS to keep her son afloat and kicking in the academy. He is not in the final four.

* Prepaid reload cards are said to be out of stock in major towns in Sabah and fans are resorting to starter packs with preloaded credits.

* The Kulai local authorities have decided to put up a huge screen so that everyone can see their hero Mawi in action in the final.

* Felix has a film deal offer from director Yasmin Ahmad.

* Akma, who was voted out in week seven, has been competing in just about any singing competition in Kuala Lumpur.

* And just who is Cecilia, the recurring name for romantic relations with Felix?

* Felix is reported to have the ability to communicate with the ‘mystical world’

* The final concert tickets were sold out only a couple of hours after the counter was opened last Monday.

* Many Akademi Fantasia fans flew in from Brunei just to watch the weekly concert and for the final concert.

* Felix has an album out as part of a Dusun language compilation with a trio called the Trio Cousins titled Bontungan 2000

* Felix’s family members have to get out of their kampung in Kota Belud to be able to get signals to send out SMS.

* Mawi’s schedule is apparently already packed with show engagements.


http://www.mmail.com.my/Current_News/MM/Saturday/Frontpage/20050806113200/Article/index_html

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : AF3 tiada lagi Kejutan Baru
Posted by Faith on 2005/8/6 12:58:29 (612 reads)

AF3 tiada lagi Kejutan Baru

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

APAKAH ada kejutan pada konsert terakhir Akademi Fantasia 3 (AF3) yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam malam ini, sekiranya kedudukan juara dan tempat kedua sudah pun diketahui sejak awal lagi?

Usahlah berteka-teki kerana sejak konsert minggu pertama Mawi mengungguli pertandingan itu diikuti Felix. Walaupun Felix sering mengekori Mawi, namun jarak undian antara mereka berdua agak jauh. Jika dinilai pada pandangan mata kasar sukar sekali untuk Felix bergelar juara.

Tidak mustahil Mawi akan diangkat sebagai juara oleh peminat fanatiknya meskipun Felix peserta yang serba boleh.

Sekiranya Felix secara tiba-tiba bertukar tempat dengan Mawi, bimbang ada pihak mendakwa wujud konspirasi menjatuhkan pemuda yang dinilai dengan imej ‘alim’ itu.

Bagaimanapun, andai kata itu yang terjadi, ia bukan perkara baru dalam Akademi Fantasia (AF) yang terkenal dengan pelbagai kejutan termasuklah menyingkir dua pelajar pada saat akhir dengan alasan supaya tenaga pengajar dapat memberi sepenuh tumpuan kepada empat pelajar yang masih kekal.

Bukan jumlah pelajar, tetapi kesungguhan pelajar itu sendiri untuk belajar. Empat atau lima tiada bezanya. Yazer layak ke final, tetapi begitulah ketentuan Astro yang berhak melakukan apa saja.

Dalam pada itu, ketika pelbagai pihak sibuk memperkatakan mengenai dua hero AF3 itu, timbul pula persoalan di manakah pula kedudukan dua pelajar lagi, Marsha dan Amylea di hati pengundi?

Adakah mereka sekadar penyeri ‘majlis’, padahal hakikatnya Amylea ternyata amat berbakat di antara mereka bertiga. Marsha mempunyai aura seorang bintang yang boleh menyanyi, bermain alat muzik dan berlakon selain memiliki rupa paras menawan.

Sekiranya benar bagai diduga juara dan tempat kedua sudah ada ‘tuannya’, konsert terakhir malam ini bukan lagi diadakan untuk mencari pemenang, sebaliknya penonton yang datang ke stadium dan juga peminat di rumah sekadar berhibur mendengar lagu baru nyanyian Mawi, Felix, Amylea dan Marsha sambil menjamu mata menyaksikan fesyen pakaian mereka serta bersorak menunjukkan sokongan masing-masing.

Apa jua spekulasi dan kesan yang timbul kepada bakal bintang AF3 itu suatu hari nanti, hakikatnya kantung Astro juga yang penuh.

Sayang sekali kerana AF3 tidak memberi separuh kuasa kepada juri profesional untuk memilih pelajar paling berbakat di antara mereka.

Adakah seseorang yang memiliki suara sehebat Amylea yang mewarisi bakat seni daripada kedua-dua ibu bapanya hanya layak untuk tempat ketiga atau keempat saja? Apa ditakuti selama ini akan terjadi sekiranya undian dihantar sekadar mengikut perasaan.

Yang menerima kesannya kelak adalah pelajar itu sendiri. Seperti kata pepatah, menang sorak kampung tergadai. Cuba lihat apa berlaku kepada bintang AF1 dan 2, yang bergelar juara tidak ke mana (kecuali Vince yang menang banyak anugerah).

Peserta yang tidak bernombor (tidak menang) pula yang aktif mewarnai dunia seni kerana sesungguhnya juara bukan dipilih berdasarkan yang terbaik, tetapi paling diminati oleh pengundi. Soal vokal letak sebelah kerana rupa paras juga pilihan ramai.

Kenyataannya, sama ada pelajar itu terbaik atau sebaliknya terjawab apabila mereka melangkah ke dunia nyata keluar dari akademi. Seperti AF1 hingga 2, perkara sama tidak mustahil menimpa pelajar musim ketiga, apabila mereka menjadi mangsa peminat bermusim. Khabarnya ada pihak sanggup melaburkan sejumlah wang membeli kad prabayar untuk diagihkan kepada pengundi bagi mengundi idola masing-masing.

Bukan itu saja, penyokong Amylea di Langkawi akan mendirikan skrin besar di Dataran Lang untuk kemudahan orang ramai. Manakala orang kampung Mawi di Felda Taib Andak, Kulai, pula akan bermandikan percikan bunga api sekiranya Mawi dinobat Juara AF3.

Satu lagi kejutan AF3 apabila Astro akan memberikan anugerah Vokal Terbaik kepada salah seorang pelajarnya. Dan sekali lagi peranan undian SMS untuk menentukan pemenang.

Pada pandangan orang bijaksana, Amylea paling berhak menjulang anugerah itu tetapi undian SMS tidak mengenal itu semua. Tidak mustahil sekali lagi Mawi menjadi pilihan. Entahlah! tepuk dada tanya selera.

Guru Nada Suara AF3, Siti Hajar Ismail, sempat berkongsi rasa dengan Harian Metro mengenai prestasi empat pelajar itu menjelang konsert terakhir mereka malam ini.

Katanya, dia masih tidak berpuas hati kerana mereka gagal menguasai teknik vokal yang diajarnya. Mereka tidak melakukan eksperimen mencukupi.

“Nada suara tinggi mereka tidak sampai menyebabkan mereka menyanyi serak. Kita mahukan pelajar yang mempunyai IQ tinggi dan agresif. Yang ada sekarang setakat OK saja.

“Semalam adalah hari terakhir saya mengajar mereka tetapi terasa penat lelah saya tidak berbaloi. Saya tanya mereka tengok AF1 dan 2 untuk apa, mereka tak tahu.

“Mawi selalu kata dia tiada masalah dengan saya. Semua orang tahu dia bercakap menggunakan suara dari kerongkong dan dia pun menyanyi menggunakan suara dari situ juga (kerongkong).

“Mereka semua berbakat tetapi tidak mahu berusaha lebih kerana tahu menang atau tidak mereka tetap terkenal. Perasaan seperti itu boleh membunuh bakat mereka sendiri,” kata Siti Hajar.

Tambahnya, sukar hendak mengukur kualiti seseorang artis kerana tiada satu aturan atau disiplin tertentu. Oleh kerana itu susah masyarakat hendak membezakan antara kualiti dan populariti.

“Menceburi dunia hiburan kena ada matlamat bukan semata-mata menganggap ia jalan mudah untuk mencari duit. Saya bimbang pelajar AF yang tiba-tiba menjadi insan popular perasaan mereka mudah terbuai.

“Kepada penonton, sokonglah pelajar itu kerana bakat bukan melihat kepada perkara lain. Jangan jadi seperti kata pepatah, sokongan membawa rebah iaitu sokongan yang mendatangkan keburukan kepadanya suatu hari nanti.

“Saya seru semua golongan termasuk media bekerjasama demi meningkatkan mutu industri hiburan,” katanya lagi.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Saturday/Bintang/20050806103329/Article/indexm_html

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : Felix atau Mawi? -- Kemuncak penentuan juara Akademi Fantasia 3
Posted by Faith on 2005/8/6 12:55:44 (625 reads)

Felix atau Mawi? -- Kemuncak penentuan juara Akademi Fantasia 3 malam ini
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM



GAYA TERSENDIRI...Empat finalis Akademi Fantasia 3 (dari kiri) Mawi, Marsha, Amylea dan Felix dengan persembahan masing-masing pada raptai konsert akhir di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 5 Ogos - Felix atau Mawi. Siapa lebih hebat? Cakap-cakap sebelum ini mengatakan, Felix sedang mendahului Mawi. Bagaimanapun, ia pantas dinafikan oleh Astro. Segala-galanya berpunca daripada keputusan untuk tidak menyiarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terkini penonton.

Sebelum ini tersebar cerita kononnya ada pihak-pihak tertentu sedang merancang untuk menyingkirkan Mawi daripada menyertai konsert akhir.

Itu pun ditolak oleh Astro. Mawi, 24, pula, bagaimanapun, berjaya melepasi halangan tersebut. Kesemua insiden ini, selain cerita tentang kehebatan aura Mawi World, akan menjadikan tumpuan seluruh negara malam esok, tertumpu di Stadium Malawati, Shah Alam, di mana konsert terakhir Akademi Fantasia 3 (AF3) akan berlangsung.

Mampukah Mawi melakukannya? Apakah akan berlaku kejutan pada konsert terakhir AF3 yang dibawakan oleh Astro itu?

Selain Felix, 23, dua lagi pencabar Mawi ialah Amylea dan Marsha.

Lagu Seroja dendangan penyanyi asal S. Effendi dan sebuah lagu baru, Aduh Saliha, ciptaan Pengetua AF3, M. Nasir menjadi taruhan Mawi.

Felix pula mendendangkan lagu, Kudaku Lari dan Warkah Berlagu Pilu. Amylea (Sweet Child O Mine/Ku Berserah) dan Marsha (Manusia/Untuk Terakhir Kali).

Jika berdasarkan kedudukan undi, kelebihan untuk dinobatkan sebagai juara AF3 ialah antara Mawi dan Felix.

Bagaimanapun, kemenangan yang berdasarkan 100 peratus kepada undian penonton melalui SMS apa-apa sahaja boleh berlaku.

Sebelum konsert terakhir 30 Julai, Mawi mendapat undian 36 peratus, manakala Felix pula 23 peratus. Bagaimanapun, selepas konsert, kedudukan Felix Agus, peserta dari Sabah ini semakin rapat dengan Mawi atau Asmawi Ani, peserta dari Johor. Mawi menerima 31 peratus undian dan Felix 22 peratus.

Sementara Amylea atau Amylea Azizan, 19, anak kelahiran Langkawi, Kedah, pula hanya memperoleh 17 peratus undian SMS. Marsha Milan Londoh atau Marsha, 20, dari Sabah, menerima 13 peratus undian.

Kemuncak kepada konsert mingguan di Stadium Malawati akan bermula pukul 8.30 malam esok yang dijangka dihadiri 6,000 penonton.

Pada malam itu juga penonton akan mengetahui siapakah di antara 14 pelajar AF3 yang dipilih menerima anugerah khas iaitu Anugerah Vokal Terbaik yang dipilih melalui undian SMS penonton. Akademi Fantasia yang diadaptasi daripada program La Academia, Mexico itu, pada program pertamanya telah menampilkan Vince sebagai juaranya. Sementara Zahid muncul sebagai juara musim kedua.

Bagaimanapun, populariti Akademi Fantasia musim ketiga lebih terserlah apabila pelajarnya Mawi, menjadi sebutan ramai. Pelajar itu menjadi tumpuan pada setiap konsert mingguan.

Sejarah Mawi dalam AF3 amat menarik.Dia pernah tersingkir sewaktu Konsert Prelude pada 21 Mei lalu. Bagaimanapun, kemudian diterima semula menyertai akademi oleh para tenaga pengajarnya dan ini telah mencetuskan satu fenomena luar biasa pada industri muzik tempatan.

Sejak itu, Mawi tidak menoleh ke belakang. Peratusan undi Mawi sentiasa berada di tangga teratas.

Juara AF3 akan membawa pulang hadiah berjumlah hampir RM300,000 termasuk wang tunai RM20,000.

Di samping itu, akan menerima sebuah pangsapuri di AFamosa, Melaka, kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch, pakej percutian ke London dan Paris, sistem teater rumah dan peralatan elektrik, sebuah kerusi urut dan lain-lain barangan.

Sementara pemenang kedua bakal menerima hadiah berjumlah hampir RM45,000 termasuk wang tunai RM10,000. Pemenang ketiga pula akan menerima hadiah berjumlah hampir RM35,000 termasuk wang tunai RM5,000.

Tempat keempat menerima barangan bernilai hampir RM18,000 termasuk wang tunai RM4,000.

Pelajar AF3, Yazer sudah pun diumumkan minggu lalu sebagai peserta yang terpilih berada di tempat kelima dan akan menerima hadiah bernilai RM14,000 termasuk wang tunai RM3,000.

Sementara itu, semua tiket konsert AF3 berharga RM40 dan RM20 habis dijual dalam tempoh tiga jam sahaja sebaik dibuka untuk jualan Isnin lalu.

Untuk konsert akhir AF3 malam esok, sebanyak 6,000 tempat duduk termasuk tempat duduk khas disediakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ini berbeza dengan kapasiti tahun lalu di mana konsert final Akademi Fantasia musim kedua diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan kapasiti penonton dua kali ganda daripada Stadium Malawati.

Keadaan ini disebabkan Astro tidak mempunyai pilihan kerana tiada tempat lain yang boleh digunakan untuk menjayakan konsert final ini.

Selain itu, para peminat setia AF juga tidak menghiraukan kenaikan harga khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada 50 sen tahun lalu kepada 65 sen tahun ini.

Sementara itu, sejarah AF menunjukkan, sepanjang 10 konsert mingguan berlangsung, AF2 menerima 15 juta undian SMS daripada penonton.

Ia merupakan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding AF1.

Untuk konsert akhir AF2 sahaja, Astro menerima 4.9 juta SMS daripada para penonton.

Daripada jumlah tersebut, Astro menghulurkan dana berjumlah RM300,000 bagi membiayai tiga warganegara Malaysia yang layak melanjutkan pelajaran dalam bidang kesenian.

Pada masa yang sama, Astro dan Maxis turut menyumbangkan RM200,000 untuk didermakan kepada badan-badan kebajikan.


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
Akademi Fantasia News : APA KATA ASTRO?
Posted by Faith on 2005/8/6 12:44:26 (967 reads)

APA KATA ASTRO?


RASIONALNYA keputusan itu dibuat, kata Ketua Program Melayu Astro, Rozina Aziz ialah untuk menguatkan lagi unsur suspen menjelang konsert akhir.

Di samping itu, ia memberi peluang kepada penonton mengundi tanpa dipengaruhi peratusan undian yang terpapar di skrin televisyen.

“Kalaupun Astro ingin melaksanakannya, kami tidak berupaya untuk melawan jumlah undian yang dihantar penonton. Undian mereka terlalu besar, tidak mampu kami melawannya.

“Lagipun, setiap undian yang masuk akan diaudit juruaudit bebas yang dilantik. Justeru, tidak timbul soal konspirasi atau Astro menyebelahi mana-mana pelajar.

“Semua mereka mempunyai peluang sama rata. Tetapi, yang menentukan perjalanan mereka di AF3 ialah penonton sendiri. Astro tidak ada apa-apa kuasa,” Rozina dipetik sebagai berkata, apabila persoalan itu diajukan ketika siaran langsung Imbasan AF3, selepas tamat konsert kelapan.

Vokal terbaik tugas juri profesional
ASTRO terus memperjudikan keberanian mereka apabila memperkenalkan trofi Anugerah Vokal Terbaik, sekali lagi memberi kuasa sepenuhnya kepada penonton untuk menentukan pemenang. Itulah semangat AF3, kuasa di tangan penonton sepenuhnya.

Lantas, sekali lagi keputusan Astro itu dipertikaikan. Tidak kurang ada yang mencadangkan kategori itu ditukar kepada Anugerah Vokal Popular, memandangkan ketentuan pemenang adalah milik penonton bukan juri profesional.

Persoalannya, adakah penonton sudah bersedia membuat pilihan dengan bernas? Namun, tiada siapa pun yang patut mempersoal atau meragui kebijaksanaan penonton. Selera individu tidak sama.

Terpulang kerana yang pasti, sebutir lagi permata seni bakal tercipta malam ini. Antara Mawi, Felix, Amylea dan Marsha, mereka adalah pilihan penonton. Mereka barangkali adalah cermin, mungkin juga penanda aras apa sebenarnya yang diinginkan peminat seni tempatan. Mungkin...


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Hiburan/20050806090013/Article/

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - Comments?
« 1 ... 106 107 108 (109) 110 111 112 ... 156 »
Disclaimer Guestbook Privacy Policy FAQ Contact
      Design by 7dana.com     Page generated in 0.187 Seconds | 32 Queries