Login
Username:

Password:

Remember me?
Anonymous

Lost Password?

Register now!
Main Menu
Who's Online
4 user(s) are online (1 user(s) are browsing News & Articles)

Members: 0
Guests: 4

more...
   Register now on AkademiFantasia.Net!    Login


« 1 ... 130 131 132 (133) 134 135 136 ... 156 »
Akademi Fantasia News : The Hot Seat: Dance with Linda
Posted by Faith on 2005/7/10 22:27:06 (2218 reads)

ENTERTAINMENT/The Hot Seat: Dance with Linda
By the Nosey Buzz Team
July 11:
--------------------------------------------------------------------------------

EVER since the second week of ‘Diari Akademi Fantasia’, we’ve seen #BAIK#y choreographer Linda Jasmine in more conservative attire.
So What? sought to find out the reason for her ‘covering up’ but Linda has avoided the subject for fear of ruffling some people’s feathers.
Still, we got her to sit on The Hot Seat this week to talk about dance and lots of other things.

LINDA Jasmine stands out easily in ‘Akademi Fantasia’.

She’s the beautiful choreographer of American-Malaysian parentage who goes, infectiously, “5-6-7-8!’’ as she guides the students through some fancy and slick moves on Diari AF.

While the dance steps are the focus of the class, the people watching just can’t take their eyes off Linda.

She’s such a sight to behold, that even the slightest change in her appearance will be fodder for gossip.

And when Linda was seen in more conservative attire after Mawi and Marsha were included as wildcard entries, the rumour mongers had a field day.

Many of them claimed Linda was forced to ‘cover up’ because of Mawi’s religious background.

Linda has denied such a thing.

“It’s nothing of that order... “It’s got nothing to do with Mawi or anything like that.”

She said the change in attire was her choice.

“I just felt like it, and I was just going with the mood.

“I don’t understand the fuss over my dressing. Shouldn’t we be more concerned about the quality of the work? asked Linda, who has earned the admiration of the Akademi Fantasia Indosiar (Indonesia) and Academy Fantasia Thailand winners.

Talking about quality, how does Linda react to criticism that this season’s choreography is inferior to the past two seasons’ (especially in the performance of the theme song, Menuju Puncak)?

“In Akademi Fantasia II, we had some pretty good dancers. They were agile and strong. This year, the dancers are not as funky. So, we chose choreography which was more meaningful to the lyrics.’’

We bring up the fact that leading contestants Mawi and Felix aren’t the hottest movers.

“They’re not that bad. They’re not great dancers but they have good stage presence.

“And they don’t have two left feet – they’re just a little stiff.”

Linda, whose age she prefers to keep a secret, was born and raised in Malaysia. She had also lived in the States for a year. “My mom’s American and my dad’s a Malaysian from Penang.”

She started her ballet training at thethree, and by 14, she was already teaching dance to children. Not long after, she started conducting classes for adults.

“Dance is something that’s in me, and I feel most at home in the studio or on stage. That’s why even at that age, I didn’t feel it awkward to be teaching dance to adults.”

Linda got married in 1999 and stopped dancing for two years to prepare for motherhood.

She’s now separated from her husband and lives alone with her five-year-old son, Mohd Qalif Khan.

Though Linda became a household name after just the first season of AF, she refutes claims that she’s an overnight success. Her resume speaks for itself. Linda performed with Sudirman in Hawaii when she was 17 and also appeared in a dance workout video in the US at 19.

She has also choreographed for Cathy Dennis on MTV, performed with Tevin Campbell and starred in a number of TV commercials.

In January, she opened the Linda Jasmine’s Performing Arts Studio (better known as the LJ Studio).

Located next to Ampang Point, the studio is a joint venture with AF 1 winner Vince Chong, his sister, Vanessa and another partner, Roy Mok.

Apart from dance lessons, LJ Studio also offers vocal classes, conducted by Adnan Abu Hassan, and acting lessons, helmed by Fatimah Abu Bakar.

Linda wants to impart the basic skills to aspiring dancers at her studio.

“I want to give young talents the right foundation.’’


* LJ Studio is located at 23C, Wisma Ampang Triangle 2, Off Jalan Ampang (tel: 03-4270 1777). Dance classes available include fusion at RM180, and jazz, break dancing, hip hop, belly dancing, Indian dance and ballet at RM80. There’re also yoga classes at RM100-RM120, drama lessons at RM180 and vocal lessons at RM 280. There’re also special prices for combo packages.

http://www.mmail.com.my/Current_News/MM/Monday/Entertainment/20050711121103/Article/index_html

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -
Akademi Fantasia News : Tersingkir dari AF3 - Ibu Aidil sedih, gembira
Posted by Faith on 2005/7/10 19:45:57 (1103 reads)

Tersingkir dari AF3 - Ibu Aidil sedih, gembira
Oleh ABD. AZIZ ITAR


MALAM kelmarin, Aidil menjadi pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang keenam tersingkir pada konsert minggu keenam program realiti televisyen itu yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Aidil menurut jejak lima lagi pelajar AF3 iaitu Elliza, Fuad, Idayu, Reza dan Amy yang terlebih dahulu terkeluar dari akademi tersebut.

Penyingkiran Aidil itu tentunya menimbulkan pelbagai perasaan di hati para peminatnya termasuklah ibunya iaitu Zuraida Othman, 52.

Ini kerana, Zuraida adalah antara orang yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada Aidil sejak konsert minggu pertama AF3 bermula pada 4 Jun lalu.

Ibu kepada bekas pramugara itu terpaksa akur dengan undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada para penonton yang tidak lagi memihak kepada anaknya itu.

Zuraida ketika ditemui selepas konsert itu berakhir melahirkan rasa sedih dan gembiranya apabila Aidil diumumkan tersingkir daripada AF3.

"Saya rasa sedih kerana Aidil kini tidak dapat lagi meneruskan pelajarannya di Akademi Fantasia. Pada masa yang sama, saya juga gembira kerana dapat berjumpa semula dengannya selepas berpisah selama lapan minggu.

"Saya sangat rindu dengan dia. Aidil adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dia amat rapat dengan saya. Sebelum ini, saya jarang berpisah begitu lama dengannya,'' katanya.

Jelas Zuraida, dia menyangkal dakwaan bahawa Aidil tidak mampu meneruskan cabarannya di AF3 kerana dia hanya setakat mempunyai rupa paras yang kacak tetapi kurang berbakat dalam bidang seni.

"Saya rasa, orang yang kata begitu silap. Orang itu mungkin tidak kenal dia lagi. Aidil sebenarnya seorang yang berbakat dalam bidang nyanyian dan juga penciptaan lagu.

"Dia mula menyertai pertandingan nyanyian sewaktu berada di Tadika (umur lima hingga enam tahun).

"Aidil mula menunjukkan minat dalam bidang muzik ketika dia berusia 13 tahun dengan belajar bermain alat-alat muzik seperti piano, gitar dan dram.

"Ketika usianya 18 tahun pula, dia sudah mula mencipta lagu-lagu sendiri. Selain itu, Aidil seorang yang teliti dalam melakukan sesuatu kerja.

"Malah, Aidil juga seorang yang ramah apabila bergaul dengan orang. Ini kerana, sejak dari kecil dia memang sudah diajar begitu,'' ujarnya.

Terkejut

Zuraida merupakan antara penyokong kuat Aidil setiap kali anaknya itu mengadakan persembahan pada konsert-konsert mingguan AF3 sebelum ini.

Bagaimanapun ketika penghujung konsert minggu keenam itu, Zuraida merasa terkejut apabila Aidil pura-pura jatuh dan pengsan selepas pengacara Aznil Nawawi mengumumkan anaknya itu tersingkir dari AF3.

"Saya memang terkejut kerana saya ingat perkara itu betul-betul berlaku. Ketika itu, saya memang mahu berlari ke pentas.

"Saya memang cemas. Saya ingat dia mungkin kena serangan jantung ke ataupun ada sebab-sebab yang lain. Bagaimanapun, saya kemudiannya rasa lega kerana itu hanya gimiknya sahaja,'' kata Zuraida lagi sambil menarik nafas lega.

Walaupun tersingkir daripada AF3, tetapi Aidil tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang selama ini mengundinya melalui SMS.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pada pengundi yang mengundi hingga saya mampu berada di AF3 selama enam minggu. Hari ini, Sarjan Katong (gelaran rakan-rakan AF3 kepadanya) kena tinggalkan stadium ini,'' komen Aidil ringkas ketika di akhir konsert tersebut.

Pada konsert itu, Aidil atau Nik Mohd. Aidil Nik Zamri menjadi pelajar ketujuh mengadakan persembahan dengan menyampaikan lagu slow rock berjudul Matahari. Lagu tersebut dipopularkan oleh kumpulan Amuk yang mana penyanyinya Bandi turut muncul menyanyi bersama Aidil di akhir persembahan.

Selain Aidil, lapan lagi pelajar AF3 yang mengadakan persembahan ialah Yazer dengan menyampaikan lagu berjudul Cinta Kilat, Marsha (Destiny), Kefli (Kenang Daku Dalam Doamu), Amylea (Hati Ini Telah Dilukai), Ekin (Warna), Felix (Smooth), Mawi (Memori Cinta Luka) dan Akma (Hati Keliru).

Berdasarkan undian SMS para penonton pada minggu lalu, Mawi masih berada di tangga teratas dengan menerima undian sebanyak 24 peratus.

Felix berada di tempat kedua dengan jumlah undian 18 peratus, Amylea (9 peratus), Aidil (9 peratus), Marsha (9 peratus), Akma (9 peratus), Yazer (8 peratus), Ekin (8 peratus) dan Kefli (7 peratus).

Pada konsert itu, tiga pengkritik yang dijemput mengkritik persembahan para pelajar AF3 ialah Datuk Sharifah Aini, Iman Wan dan Adlin Aman Ramlie.

Adlin tidak hirau kritikan

Sepanjang konsert mingguan AF3 diadakan, pelakon Adlin Aman Ramlie adalah pengkritik yang paling lantang mengkritik persembahan para pelajar tersebut.

Khabarnya ramai penonton dan tenaga pengajar AF3 seperti Marlia Musa kurang senang dengan kritikan pedas Adlin itu yang antara lain dikatakan boleh membunuh semangat para pelajar akademi itu.

Paling ketara apabila kritikan anak pelakon veteran Allahyarham A.R. Tompel pada malam itu juga kurang dipersetujui oleh para pengkritik lain.

Iman Wan misalnya, tidak bersetuju apabila Adlin mempertikaikan Felix yang kurang memahami maksud lirik lagu Inggeris berjudul Smooth yang didendangkannya ketika persembahannya itu.

Adlin turut mengkritik dengan gaya bahasanya yang kasar bahawa pelajar dari Kota Belud, Sabah itu tidak tahu menari sewaktu menyanyikan lagu tersebut.

"Tidak faham lirik tidak mengapa. Apa yang saya lihat, pergerakan badan awak (Felix) sewaktu menari memang menarik. Keseluruhannya awak sudah menunjukkan kemampuan awak yang sebenar,'' ujar Iman Wan seperti membela Felix.

Sharifah Aini juga menyangkal kritikan Adlin itu dan menyifatkan persembahan Felix pada konsert itu amat mengejutkannya.

"Malam ini saya lihat tahap keyakinan Felix bagus. Pergerakan dan gaya Felix sewaktu menari juga sangat bagus. Itu yang buat saya terperanjat,'' katanya.

Mega sempat bertemu Adlin selepas konsert itu bagi mendapatkan komennya berhubung perkara tersebut.

Insiden seperti itu bukanlah kali pertama berlaku ke atas Adlin, sebaliknya ia mula diperkatakan sejak dia diundang kali kedua sebagai pengkritik pada konsert minggu keempat AF3 pada 25 Jun lalu.

"Saya tidak hirau dengan kritikan seperti itu. Ini kerana, komen saya berdasarkan kepada disiplin persembahan. Kalau daripada segi apresiasi seni, memang akan timbul pelbagai pandangan.

"Saya tidak terkejut kerana setiap pengkritik mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza. Saya rasa, kritikan saya itu tidak ada yang tidak setuju.

"Malah, kritikan saya itu juga tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun,'' ujar Adlin dalam nada yang tegas mempertahankan kritikannya itu.

5,000 jadi ahli kelab Mawi

Meskipun AF3 belum berakhir, tetapi Mawi sudahpun berjaya mengumpul 5,000 ahli menerusi kelab peminatnya iaitu Mawi World Friends Club yang ditubuhkan ketika konsert minggu kedua AF3 pada 11 Jun lalu.

Menurut Presiden Penaja kelab itu, Mohd. Norizam Musa, 36, ahli-ahli kelab peminat Mawi itu dikumpul menerusi laman web www.mawifc .com yang ditubuhkan khusus untuk menyokong pelajar AF3 itu yang berasal dari Kulai, Johor.

"Pada malam ini, 37 peminat Mawi dari Kulai datang dengan sebuah bas dan mereka datang ke sini setiap konsert semata-mata untuk memberi sokongan kepada Mawi.

"Jumlah itu tidak termasuk ahli kelab Mawi yang datang dari Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain. Buat masa ini, saya sedang menyiapkan draf untuk mendaftarkan kelab Mawi itu sebagai sebuah kelab yang berdaftar.

"Apabila semuanya berjalan lancar, kami akan adakan satu mesyuarat bagi melantik presiden dan ahli-ahli jawatankuasanya,'' kata Mohd. Norizam sewaktu ditemui selepas konsert tersebut.

Malam itu, para ahli kelab Mawi World Friends Club sepakat mengenakan pakaian serba putih yang tertera logo kelab tersebut.

Selain itu, banyak juga pihak lain seperti puluhan ahli Kesatuan Jawa Malaysia yang turut hadir di Stadium Malawati untuk memberi sokongan kepada Mawi.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -
Akademi Fantasia News : Gimik pengsan Aidil
Posted by Faith on 2005/7/10 19:38:38 (844 reads)

Gimik pengsan Aidil

Oleh Ramlah Zainal
ramlahzainal@hmetro.com.my

Tersingkir pada konsert minggu keenam AF3 namun tindakan mencemaskan ibunya

KONSERT Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) bagi minggu keenam yang menggamatkan Stadium Malawati Shah Alam, kelmarin menyaksikan satu kejutan yang berlainan dari biasa, apabila Aidil, peserta seterusnya yang diumumkan tersingkir, tiba-tiba ‘pengsan’ di pentas.

“Sarjan Katong kena meninggalkan stadium,” itulah kata-kata terakhir Aidil kepada pelajar lain yang mengerumuninya sebaik sahaja dia bangun dari pura-pura pengsan pada malam itu.

Walaupun, itu sekadar gimik bekas pramugara dari Kuala Lumpur ini, namun keadaannya itu turut mencemaskan ibunya sendiri, pengacara Aznil Nawawi yang hampir sakit jantung, malah penonton yang membanjiri stadium berkenaan.

Namun, Aidil atau nama sebenarnya Nik Mohd Aidil Nik Zamri, 21 terpaksa akur dia kini mengikuti jejak lima pelajar lain yang terkeluar sebelum ini iaitu Elliza, Fuad, Idayu, Amy dan Reza, selepas diumumkan Aznil, sebagai pelajar yang menerima undian terendah daripada penonton.

Penyingkiran Aidil sebenarnya sudah dijangka kerana selain peratusan undian SMS yang terendah, dia antara pelajar yang tidak menampilkan persembahan memberangsangkan pada konsert minggu sebelumnya.

Seperti ditegaskan seorang juri pada malam itu iaitu Adlin Aman Ramlie, Aidil menampilkan persembahan yang biasa sahaja ketika menyampaikan lagu Matahari yang dipopularkan kumpulan Amuk.

Tapi, dua lagi juri Datuk Sharifah Aini (Kak Pah) dan Iman Wan pula sepakat, vokal Aidil sudah ada peningkatan berbanding minggu sebelum ini.

Ibu Aidil, Zuraidah Othman, 52, ketika ditemui berkata dia reda dengan keputusan penyingkiran anaknya pada malam itu.

“Pada mulanya, saya juga cemas dan hampir meluru ke pentas untuk melihat keadaan Aidil yang pengsan di pentas kerana sebagai ibu saya tahu Aidil tidak ada sebarang penyakit. Alhamdulilah, itu cuma lakonannya sahaja.

“Di sini, saya ingin menafikan, Aidil diundi peminat kerana paras rupa dan bukan bakat yang ada padanya. Jika orang kenal Aidil, dia memang seorang yang teliti dalam setiap persembahan cuma dia tidak pandai menari.

“Sejak berusia 17 tahun dia sudah gubah lagu sendiri dan saya yakin dia ada potensi untuk pergi lebih jauh dalam dunia seni.

“Saya juga puas hati dengan persembahan Aidil pada malam ini cuma nasib tidak menyebelahinya dan kami sekeluarga sudah bersiap sedia menerima keputusan penyingkirannya pada malam ini,” katanya.

Pelajar lain yang dilihat menonjol pada malam itu ialah Marsha atau Marsha Milan Londoh dengan membawakan lagu Destiny dan Amylea dengan lagu Hati Ini Telah Dilukai yang dipopularkan Kris Dayanti.

Selain menggunakan kelebihan bermain piano dengan baik, Marsha, gadis jelita dari Tamparuli, Sabah ini mampu menyampaikan lagu Destiny sebaik mungkin. Hingga Kak Pah sendiri mengakui, Marsha memiliki tone yang baik, personaliti menarik serta bagaikan penyanyi profesional ketika membuat persembahan.

Seorang lagi pelajar, Amylea antara yang paling konsisten sekali gus mendapat pujian tiga juri pada malam itu. seperti ditegaskan Iman Wan, Amylea adalah penyanyi yang sedang digilap sinarnya.

Peserta paling popular dengan peratusan undian tertinggi sebanyak 24 peratus (sebelum konsert bermula) dan dilantik sebagai ketua di Akademi ialah Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani. Setiap kali konsert, Mawi memang sentiasa mencuri perhatian ramai.

Jika nak diikutkan, persembahan Mawi mungkin biasa-biasa sahaja ketika menyampaikan lagu Memori Cinta Luka yang dipopularkan Nassier Wahab tetapi sudah namanya Mawi sukar untuk orang melihat dia juga ada kekurangan seperti pelajar lain.

Mungkin itu kelebihan Mawi yang dilabelkan juri Iman Wan sebagai Lelaki Melayu Terakhir kerana dia ada pengikut yang begitu taksub dengannya. Tapi Mawi perlu dengar nasihat Adlin, dia perlu konsisten untuk berjaya pada masa depan.

Selain Mawi, Felix yang berada di anak tangga kedua selepas Mawi dengan menerima undian sebelum konsert bermula iaitu sebanyak 18 peratus ini juga mencuri perhatian penonton dan juri ketika membawakan lagu Inggeris Smooth.

Ternyata, tahap keyakinan Felix begitu tinggi hingga dia berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik, ditambah gayanya yang seksi dan menggoda hingga mampu menawan hati mana-mana gadis sekalipun.

Akma pula, entah di mana silapnya, yang tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu rancak, Hati Keliru dipopularkan Misha Omar tetap gagal mencuri perhatian penonton.

Seperti kata Adlin dan Iman Wan, Akma boleh menyanyi dan menari dengan baik tetapi itu bukan jaminan untuknya kekal di akademi. Akma perlu bekerja lebih keras untuk menonjolkan sesuatu yang lebih hebat.

Pelajar lain masih perlu memperbaiki persembahan mereka ialah Yazer dengan lagu Cinta Kilat yang dipopularkan Broery Marantika, Kefli yang sukar menjiwai lagu asli, Kenang Daku Dalam Doamu yang dipopularkan Tan Sri S M Salim dan Ekin dengan lagu Warna yang dipopularkan Sheila Majid.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Bintang/20050711092935/Article/indexm_html

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -
Akademi Fantasia News : Aura sifu dan fenomena bintang segera
Posted by Faith on 2005/7/10 19:32:58 (541 reads)

Kata Teman: Aura sifu dan fenomena bintang segera
Oleh Hanizam Abdullah


PENGETUA Akademi Fantasia (AF) musim ketiga M Nasir menjenguk ofis teman Rabu lalu. Bukan hendak membuat ‘kezutan’ seperti dalam program realiti AF tetapi memang kedatangan dirancang terlebih dulu. Hasratnya sudah lama tetapi al-maklumlah M Nasir memang banyak kerja apatah lagi sejak akhir-akhir ini ada kelompok anak murid yang mahu dijaga. Itu tidak termasuk menjaga seorang isteri dan enam cahaya mata. Kalau dihitung memang tak menang tangan.

Jadi, apabila wajahnya terpacul saja di Balai Berita bersama isteri tercinta Marlia Musa teman memang menghargainya. Walaupun tidak sempat duduk lama bercerita kerana teman pun ada hal lain petang itu, sempatlah juga teman mengucapkan Happy Birthday ke-48 kepada penyanyi yang terkenal dengan sikap ‘suka hati gualah hendak buat apa pun’.

Memang kurang mesra pengetua yang seorang ini. Tetapi jangan salah anggap, M Nasir tidak pernah kurang ajar dan teman tak kecil hati pun kerana sudah menerima M Nasir seadanya. Macam juga suami teman yang bernama Nasir, orangnya memang agak berat mulut. Berkata-kata kalau perlu saja lalu ada yang menuduh dia sombong. Jadi teman dah tahu sangat orang macam ini. Memang tak ambil pot langsung.

Lagipun cara orang macam-macam. Ada yang memang mesra depan mata tetapi di belakang mengata bagai nak gila tetapi ada juga yang memang tak mesra langsung depan mata, tetapi dalam hati tidak menyimpan rasa apa-apa. Iyalah... Nasir pun pernah beritahu anak buah teman dia hanya akan mesra kepada orang yang dia rasa hendak mesra. Tak apalah janji surat khabar teman dapat cerita daripada M Nasir yang teman sangat kagumi suara dan lagunya.

Bukan apa hendak tahu juga apa yang bersarang di minda sifu itu mengenai dakwa-dakwi orang mengenai fenomena ‘bintang segera’ ni. Dulu ada yang panggil budak-budak AF ni sebagai mi segera yang takkan bertahan lama dalam industri hiburan. Orang kata ibarat mi segera yang memang menjadi kegemaran ramai orang, ia memang cepat dimasak dan sedap pula dimakan tetapi khasiatnya belum tentu ada.

Tetapi tak sia-sia amanah Astro kepada M Nasir kerana dengan cepat pengetua itu dalam Hip Sabtu lalu menangkis tanggapan sebegitu dengan berkata, “Tidak semestinya kerana ia bergantung kepada tahap ketahanan mental. Selepas bakat orang mesti mahu selongkar misteri di sebalik diri penyanyi itu. Dalam rancangan macam ini, paparan peribadi mereka membuatkan peminat berasa lebih dekat hingga menganggap diri mereka sebahagian daripada program ini. Mereka datang pun bersandarkan bakat. Jadi janganlah salah faham, mereka bukan pop corn.”

Ada benarnya juga kata M Nasir kerana ini semua adalah soal penerimaan peminat hiburan tanah air terhadap seseorang artis itu. Ketika orang tengah suka ketika itulah mereka popular tetapi apabila rasa asyik mahsyuk itu hilang, maka minat pun hilanglah. Berapa banyak juga artis yang lahir bukan atas platform program realiti tetapi akhirnya kecundang juga. Ada artis muncul dengan sebuah album, album meletup bagai nak rak dan nama popular bagai nak gila, tetapi apabila timbul nama dan minat baru, penyanyi itu hilang begitu saja.

Ada juga yang menjadi juara dalam sesebuah pertandingan tetapi lama kelamaan orang yang berada di tempat kedua atau ketiga dan ada yang tidak menang apa-apa pun tetapi akhirnya menyerlah dalam bidang seni. Tengoklah Misha Omar sendiri, dia lebih popular dan diterima peminat hiburan walaupun dalam pertandingan dia bukan champion pun. Iyalah... bukan semua artis mendapat aura seperti P Ramlee, Saloma, Jamal Abdillah, Papa Rock Ramli Sarip, Datuk Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, kumpulan rock Search dan M Nasir sendiri.

Sekadar menyebut beberapa namalah yang tak disebut pula bukan tak ada aura dan karismanya. Ia banyak juga kena-mengena dengan tahap ketahanan diri dan mental seseorang penyanyi itu. Bukan semua artis yang tahan dengan kerenah peminat hiburan dan juga orang dalam industri. Ada yang mudah melatah apabila dikritik, ada juga yang tak ambil pot langsung dengan apa orang hendak kata. Sikap ini ada juga baik dan buruknya. Ada juga artis yang terus hilang begitu saja kerana tidak mahu langsung menyimpan ego dalam koceknya. Ada juga yang belum pun lagi bergelar artis tetapi lagaknya bagai dialah seorang superstar.

Jadi ada pelbagai faktor yang membuatkan seseorang itu popular, sekadar suam-suam kuku popularitinya atau terus tenggelam. Dan tak sedapnya apabila tup-tup nama mereka timbul semula gara-gara ditahan kerana kes dadah atau ditangkap khalwat. Jadi tak kisahlah kalau mereka bintang segera atau mi segera kerana akhirnya ujian selepas keluar akademi atau sesebuah program itu adalah penentu segala-galanya. Jumpa lagi! - hanizam@bharian.com.my

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan/20050711081739/Article/

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -
Akademi Fantasia News : Mawi diancam populariti
Posted by Faith on 2005/7/10 8:46:27 (633 reads)

Mawi diancam populariti
Oleh: ZULKIFLEE BAKAR

Asmawi Ani@Mawi - anak kelahiran Kulai, Johor ini seolah-olah mewujudkan satu fenomena baru dalam dunia hiburan, sikapnya yang lurus, pemalu dan mempunyai latar belakang agama yang kukuh telah memungkinkan beliau kini menjadi pelajar paling popular dalam rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia (AF) musim ketiga.

Bagaimanapun populariti Mawi seolah-olah menjadi `ancaman' kepadanya, setiap tingkah laku anak muda berusia 21 tahun ini menjadi perhatian malah lebih malang lagi ada di kalangan sesetengah pengkritik di konsert AF walaupun sering melaungkan kata-kata bersikap profesional tetapi cuba mencari-cari di mana kelemahan Mawi.

Keadaan seumpama itu wujud kerana bukannya Mawi seorang sahaja menerima `kezutan' budaya malah mereka sendiri terseret sama memandangkan Mawi mencatatkan sejarah sebagai pelajar AF yang pertama mencatatkan jumlah peratus undian paling tinggi.

Mereka ingin tahu apa istimewanya Mawi sehingga dia begitu popular, tetapi persoalannya wajarkah, Mawi menjadi mangsa keadaan? Salahkan Mawi mencatatkan jumlah undi tertinggi? Kenapa perlu populariti yang menjadi sasaran kritikan dan mengapa kesungguhan beliau dalam menyampaikan lagu Beautiful Maria tidak diberi pujian?

Mungkin ramai yang akan melihat bahawa tulisan ini terlalu menyebelahi Mawi tetapi kita perlu berfikir dengan matang kerana kita selama-lamanya tidak boleh membiarkan Mawi menjadi mangsa keadaan.

Kita bercakap soal penyokong Mawi dan melabelkan mereka sebagai fanatik serta menganggap mereka yang meminatinya dengan mewujudkan Fan Club atau lebih popular dengan istilah FC boleh merosakkan pelajar itu.

Namun dalam masa yang sama tidak pula kita menoleh ke belakang untuk melihat bagaimana pelajar-pelajar AF sebelum ini mempunyai FC seperti Zahid, Mas, Kaer dan beberapa pelajar lagi.

Kenapa FC-FC itu tidak dianggap fanatik, kenapa hanya peminat Mawi dianggap fanatik, salahkah menjadi fanatik kalau ia hasil daripada titik peluh mereka meletakkan pelajar itu menjadi popular?

Mereka mengeluarkan wang sendiri untuk membayar bil atau kad prabayar serta menekan butang '32999' bagi mengundi Mawi dengan kemahuan sendiri, kalau itulah dianggap fanatik apa gunanya program realiti tersebut 'susah-susah aje' memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk menentukan pemenangnya.

Kita percaya daripada ribuan undi yang diperoleh oleh Mawi hanya sekelumit sahaja yang bersikap fanatik, itu pun boleh dipertikaikan kerana dalam apa juga bidang hatta politik sekalipun unsur-unsur fanatik tetap wujud.

Adalah lebih baik jika istilah fanatik ini tidak dilihat dalam sudut yang sempit dan buruk semata-mata. Apa yang penting kita memikirkan bagaimana untuk memastikan sikap fanatik ini berterusan supaya apabila Mawi keluar dari AF sama ada beliau juara atau tidak, beliau tetap menjadi pujaan ramai berikutan karisma dan bakatnya.

Apa yang dibimbangi ialah sikap meminati yang ditafsirkan fanatik ini hanya bersifat sementara maknanya bermusim, ketika musim AF riuh-rendahlah menyokong Mawi, tetapi apabila musim itu berakhir maka sunyi sepilah sokongan kepada beliau.

Inilah realiti yang berlaku kepada sesetengah pelajar-pelajar AF yang popular sebelum ini, mereka dipuji dan disanjung ketika musim AF tetapi apabila album mereka diterbitkan jumlah jualan tidak pun sampai 10,000 unit.

Justeru dalam soal Mawi, peminat-peminat setianya perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah kelompok 'fanatik bermusim'. Sokongan yang diberikan perlu diteruskan bak kata orang, 'dulu, kini dan selamanya'.

Jika mereka sanggup menghabiskan berpuluh atau beratus ringgit untuk mengundi Mawi, apa salahnya jika pengorbanan yang sama dilakukan bagi melariskan jualan album beliau?

Begitulah juga dengan soal kritikan, populariti Mawi bukanlah bermakna beliau sudah tidak layak dikritik tetapi apa yang mahu didengari oleh peminat-peminat AF ialah kritikan yang membina bukannya pujian atau kutukan semata-mata kerana pengkritik yang baik ialah mampu memberi kritikan positif dan negatif kepada seseorang pelajar itu.

Tetapi malangnya sejak kebelakangan ini, kritikan kepada Mawi lebih bersifat kepada pertanyaan 'saya pun tak faham kenapa orang meminati awak'.

Kata-kata seumpama ini walaupun berniat ikhlas akan menimbulkan persoalan seolah-olah Mawi tidak layak langsung menerima undi tertinggi dan mempunyai peminat yang ramai sedangkan beliau mempunyai bakat.

Apa yang perlu diingat, Mawi tidak mengerti apa-apa, beliau hanyalah seorang budak kampung yang selama ini bertungkus-lumus melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarganya.

Beliau tidak minta diminati dan tidak menyangka akan mencapai tahap populariti seperti sekarang, malah dalam diari-diari yang disiarkan tidak ada satu pun adegan yang menunjukkan beliau mula besar kepala maknanya world Mawi tetap sama.

Apa sahaja tugasan yang diberikan tidak pernah beliau mengeluh malah berusaha untuk melakukan yang terbaik biarpun terpaksa menghafal lirik lagu bahasa Inggeris dalam tempoh tidak sampai empat hari.

Ia bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi bagi insan seperti Mawi yang dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris seharusnya kesungguhan beliau dipuji seperti yang pernah dialami oleh Nija AF1 dan Mas AF2.

Seperkara lagi yang tidak harus kita lupakan ialah, Mawi dibawa masuk ke dalam AF oleh tenaga pengajar akademi itu yang sudah tentunya tidak `buta seni' setelah mereka mengesan bakat yang ada padanya, kalaupun tidak terpilih, sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama Mawi akan berpegang kepada qadak dan qadar Tuhan.

Beliau akan pulang semula ke Kulai untuk menyara ibu bapanya dengan mencari pekerjaan dan setiap minggu akan berulang-alik ke hospital bagi menghantar ibunya yang memerlukan rawatan.

Tetapi takdir penentu segala-galanya, Mawi dipilih menjadi pelajar AF dan sekali gus memberi peluang kepadanya untuk membuktikan bakat yang dianugerah Ilahi kepada beliau. Salahkah Mawi?

Bagaimanapun demi masa depan dan kebaikan Mawi adalah lebih baik jika sesetengah peminat beliau berfikiran lebih terbuka apabila berhadapan dengan perkara yang menyentuh mengenai Mawi.

Janganlah soalan pengacara AF, Aznil Nawawi kepada Mawi sama ada beliau sudah bertunang atau tidak pun sudah menimbulkan perasaan tidak senang kepada mereka.

Aznil adalah pengacara hiburan berpengalaman, beliau amat memahami adat resam atau bak kata orang, sepak teranjang dunia hiburan. Justeru kesempatan mengendalikan AF cuba digunakan sebaik-baiknya oleh beliau untuk melahirkan insan seni yang mampu menghadapi semua cabaran itu.

Bagi Aznil, pelajar-pelajar AF akan menghadapi keadaan yang lebih hebat apabila bergelar artis, justeru beliau menguji Mawi dengan soalan-soalan seumpama itu dengan harapan Mawi bersedia dari segi mental dan fizikal apabila keluar dari AF kelak.

Sebagai seorang profesional Aznil sudah tentulah tidak mempunyai apa-apa motif apatah lagi menyokong mana-mana pelajar, Aznil melayan mereka seperti adik-beradik dan berusaha memberi `ilmu seorang artis' sebanyak mungkin kepada pelajar-pelajar AF ini.

Apa pun itulah Mawi yang melalui 'intifada'nya berjaya menarik perhatian 'gadis Melayu' sehingga beliau dianggap 'Nour El Ein' serta 'Kekasih Awal Akhir' oleh peminatnya bagaikan 'Beautiful Maria'.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_08.htm

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -
« 1 ... 130 131 132 (133) 134 135 136 ... 156 »
Disclaimer Guestbook Privacy Policy FAQ Contact
      Design by 7dana.com     Page generated in 0.111 Seconds | 31 Queries