|
KEDIAMAN
MEWAH, BERBALOI?
Dipetik
Dari Harian Metro
 |
MELIHAT
kediaman baru para pelajar Akademi Fantasia musim kedua yang
akan mula dihuni pada hari ini (5 Jun), ramai wartawan melahirkan
rasa kekaguman mereka.
Banglo
yang terletak di Kajang Country Heights, Sungai Ramal, Selangor
itu diubah suai dengan belanja berjumlah RM200,000. Bangunan
tersebut asalnya milik Australian International School, sudah
ditinggalkan lebih setahun lalu.
|
|
Pada
rancangan musim pertama, para pelajar AF ditempatkan di dua
banglo mewah terletak di Mines Resort, Seri Kembangan. Sebuah
banglo untuk pelajar lelaki dan satu lagi untuk pelajar perempuan.
Walaupun
cantik dan selesa namun ia tidak sehebat penempatan baru yang
lebih besar dan dilengkapi kemudahan lain seperti surau, bilik
perjumpaan guru, bilik pengetua, ruang kelas tarian dan seni
persembahan yang besarnya separuh padang bola sepak juga gimnasium
mini.
|
 |
|

|
Tidak
cukup dengan itu, AF musim kedua juga bertuah kerana banyak
penajaan yang diterima daripada perabot, hiasan rumah sehinggalah
kepada sabun mandian.
Terdengar
juga ada antara rakan wartawan berbisik, jika peserta kali
ini tidak berterima kasih kepada pihak Astro atau bersikap
meminta-minta, mereka tidak pandai bersyukur dan menghargai
pengorbanan yang cuba dibuat oleh penerbit rancangan itu.
|
Malah
ada yang melahirkan pendapat kepada Penerbit Eksekutif Akademi Fantasia,
Sofian Abd Rahman dan Shahila Harun Shah bahawa produksi rancangan
itu terlalu memanjakan para peserta sedangkan mereka belum lagi
bergelar artis.
Selain
tajaan yang disenaraikan di atas, peserta terpilih hanya dibenarkan
membawa sebuah beg kecil ke rumah baru mereka kerana kelengkapan
seperti kasut, baju dan keperluan lain turut disediakan memandangkan
banyak pihak sudah memberikan persetujuan untuk menaja.
Saya
percaya apabila mereka tersingkir daripada rancangan ini, peserta
akan membawa pulang tiga hingga empat beg. Kami juga membayar elaun
kepada peserta jika mereka mahu membeli keperluan lain, jelas
Sofian kepada wartawan yang dibawa khas untuk melihat sekeliling
kediaman.
Bercerita
mengenai penempatan baru itu, jelas Sofian sewaktu mereka menemui
rumah itu, keadaannya begitu buruk kerana dibiarkan begitu lama.
Perbelanjaan besar dikeluarkan untuk membaik pulih dan membina ruang
yang diperlukan.
Bukan kami memanjakan para peserta sebaliknya ia keperluan kepada
mereka. Para pelajar perlu berada di dalam keadaan selesa. Dan kelebihan
yang diperoleh ini adalah rezeki mereka juga.
Pengubahsuaian
kediaman ini mengambil masa tiga minggu, bermula daripada tawaran
tender, kerja pembersihan sehinggalah kepada pemasangan dinding,
cat dan hiasan dalaman, jelasnya ringkas.
|
Namun
kali ini pelajar lelaki dan perempuan akan ditempatkan dalam
satu rumah dan tingkat yang sama, bagaimanapun ia dipisahkan
oleh dinding dan pintu siap dikunci rapi.
Kedua-dua
asrama itu menggunakan pintu dan tangga keluar masuk berasingan,
manakala tingkap telah dipasang jeriji dan dilapisi skrin
filem lut sinar. Astro juga melantik syarikat pengawal keselamatan
khas untuk menjaga keselamatan peserta.
|

|
Menyentuh
tentang proses kerja-kerja rakaman, jelas Sofian segalanya akan
bermula sebaik saja pelajar masuk ke dalam kediaman baru. Seramai
25 orang krew akan bertugas seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam.
Dan dalam satu-satu masa seramai 50 hingga 70 tenaga pekerja akan
diperlukan.
Bagi memantapkan lagi rancangan ini pihak Astro telah menambah 12
lagi buah kamera yang dibeli dari Australia untuk diletakkan di
setiap ruang bagi merakamkan gelagat para pelajar.
Kami
beroperasi di dalam empat bilik utama di ruang basement
iaitu bilik kawalan, bilik audio, hos links di mana penggambaran
segmen hos dijalankan dan bilik solek juga pakaian, ujarnya.
Akademi
Fantasia musim kedua yang diterbitkan oleh stesen televisyen berbayar
Astro akan mula disiarkan menerusi saluran Astro Ria sehari selepas
para pelajar mendaftarkan diri ke kediaman baru mereka (6 April).
Jika
pada musim pertama rancangan Diari Akadami hanya disiarkan sekali
iaitu jam 8.00 malam dan ulangannya jam 11.30 malam, tetapi kali
ini ia disiarkan sebanyak dua kali bermula jam 12.00 tengah hari
dan 8.00 malam. Ulangan kedua-dua Diari itu boleh ditonton pada
jam 11.30 hingga 12.30 malam.
Apa
pula pendapat anda? Sila lawat forum
kami.
<<
Back To Main News Page
|