|
AF2:
PERLU TAHU ASAL USUL LAGU?
Dipetik dari Harian Metro
|
AKADEMI
Fantasia musim kedua (AF2) semakin panas apabila setiap minggu
seorang pelajar tersingkir dan Sabtu lalu giliran Zarina.
Nampaknya sejarah tahun lalu berulang apabila penonton menangisi
pemergian Zarina kerana dia berbakat tetapi undian
tidak berpihak padanya sebagaimana Rosma tahun lalu.
Bagaimanapun,
apa yang ingin SS sentuh di sini ialah mengenai pemilihan
lagu lama yang dibawakan peserta sebagaimana disuarakan seorang
pembaca kepada SS.
Katanya,
dia kesal kerana tenaga pengajar AF2 tidak mengambil inisiatif
memaklumkan kepada pelajarnya mengenai asal usul penyanyi
lagu lama yang mereka nyanyikan. Sebagai contoh katanya, lagu
Sejakku Bertemu Padamu yang dinyanyikan Nurul dikatakan pernah
dipopularkan Sanisah Huri sedangkan penyanyi asalnya ialah
Biduanita Saloma.
ZARINA...undian
tak berpihak padanya.
|
 |
Perkara
sama berlaku apabila peserta menyanyikan lagu Seri Dewi Malam hanya
diterangkan pernah dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini sedangkan
penyanyi asalnya ialah Normadiah.
Begitu
juga Panti Asuhan dikatakan lagu Hetty Koes Endang sedangkan Jamal
Mirdad lebih dulu merakamkan lagu itu. Lagu Bunga Pujaan pula dikatakan
pernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan bukannya diterangkan
penyanyi asalnya, Eddy Silitongga.
Saya
yakin pengetuanya, Ramli MS mempunyai pengalaman yang luas dalam
muzik dan tahu semua itu. Sepatutnya pelajar diberi penerangan lanjut
mengenai sejarah atau asal usul lagu itu supaya mereka tahu asal
usul lagu itu. Jangan ambil mudah saja, katanya meluahkan
perasaannya.
SS
sekadar menyampaikan pendapatnya dan terpulang kepada tenaga pengajar
AF2 untuk memikirkannya. Bagi SS perkara ini mungkin remeh tetapi
sering diabaikan. Sebagai contoh, SS harap selepas ini kalau ada
peserta diberi lagu Widuri, jangan pula dikatakan lagu itu dipopularkan
oleh Broery Marantika kerana Bob Tutupoly lebih dulu merakamkan
lagu itu.
Sila
bincang pendapat anda di forum
kami.
<<
Back To Main News Page
|