|
UNDI
SIMPATI ATASI BAKAT PELAJAR AF2?
Oleh Khairull Azleyana Ishak
BIJAKKAH
pengundi kita? Begitulah persoalan yang bermain di minda setiap
individu yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air
yang sejak akhir-akhir ini dilambakkan dengan program televisyen
yang memberi peluang kepada penonton untuk memilih juara melalui
undian sistem pesanan ringkas (SMS).
Jika
bijak mengapakah mereka yang begitu berbakat besar dan berpotensi
untuk terus melangkah ke puncak lebih tinggi dalam arena seni terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kerana gagal meraih undian tinggi.
Sampai
bila masyarakat kita mahu bersimpati dengan peserta yang bakatnya
tidak seberapa berbanding peserta lain tetapi tetap diundi kerana
faktor kasihan. Apabila diajukan persoalan undian dan kebijaksanaan,
sering kali juga istilah demokrasi akan ditimbulkan. Namun demokrasi
ini jika dibiarkan hanya akan menindas peserta berbakat yang cuba
diketengahkan program pencarian bakat baru seperti Akademi Fantasia
(AF), Who Will Win (WWW), Audition dan Malaysian Idol.
Walaupun
program seperti ini menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negatif
di kalangan masyarakat, namun dari satu sudut yang memberangsangkan,
ia adalah satu stesen yang menggilap bakat yang selama
ini diperlukan industri kita.
Semakin
dibiarkan, simpati bertukar menjadi masalah perkauman dan rasa kenegerian
yang kuat di kalangan pengundi. Timbul juga bisik-bisik halus yang
mengatakan ada pihak sengaja mewujudkan suasana itu untuk meraih
undi di kalangan penonton.
Atas
dorongan ingin mendapatkan jawapan atau penjelasan yang barangkali
boleh mewujudkan budaya kurang sihat dalam industri hiburan tanah
air, Persada Seni mendapatkan komen mereka yang berkerja keras dalam
program seumpama ini mengenai sejauh mana SMS simpati memberi kesan
dalam proses pencarian bakat baru?
|

Ketua Program Astro, Zainir Amirullah
|
ASTRO
adalah pelopor program realiti televisyen di Malaysia. Muncul
buat pertama kalinya bersama Akademi Fantasia (AF), ledakannya
memberi kesan mendalam ke atas sebahagian besar warga masyarakat
tidak kira lapisan.
Isu
SMS atau undian simpati seperti ini bukanlah satu perkara
baru dalam program seumpama AF misalnya. Memang program seumpama
ini dibentuk untuk meraih simpati penonton dan apa yang dipaparkan
menerusi diari dan konsert adalah unsur dramatik yang menguatkan
lagi rancangan ini.
Soal
undi simpati memang sudah wujud sejak AF1 lagi dan kita memandang
situasi ini sebagai perkara normal. Masalah wujudnya perkauman
dan semangat kenegerian pula bagi saya itu adalah hak demokrasi
di negara kita. Sesiapa saja bebas memilih siapa yang mereka
mahu jadikan juara. Terus terang itulah sebenarnya format
program seumpama ini, katanya.
Mengulas
mengenai ruang chatting yang sering mengutarakan soal perkauman
dan kenegerian, Zainir berkata pihaknya memandang serius perkara
itu dan sudah menempatkan 22 moderator untuk mengawasi semua
SMS yang diberikan peminat.
Menyifatkan
SMS yang diberikan penonton dalam undian AF2 sebagai biasiswa
atau tajaan bagi pelajar untuk meneruskan pengajian, Zainir
menasihatkan penonton agar bijak menilai dan memilih.
Undian
anda umpama pemberian biasiswa atau sponsorship kepada pelajar
ini. Jika anda rasa mereka tidak layak, anda boleh tarik balik
dengan tidak mengundi mereka. Jadi kenapa bazirkan duit kepada
pelajar yang tidak berkelayakan? ujar Zainir lagi.
|
Ketua
Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez |
PERNAH
menjadi pengetua AF1, beliau tidak nampak sebarang kesalahan
dalam menerima undian simpati dalam memilih siapa pelajar terbaik
dalam sesebuah program.
Tidak
kiralah apa juga program yang diadakan, sebagai pengundi mereka
bebas memilih apa atau siapa saja yang mereka suka untuk dilihat
terus berada dalam program itu.
Sebagai
pengundi, pastinya mereka punya matlamat dalam menentukan
siapa yang akan ke final. Harus ingat juri dalam program realiti
ini hanya pemberi komentar dan penentu sebenarnya adalah penonton
di luar sana.
Hak
memilih juga terletak 100 peratus di tangan mereka. Walau
apa juga nama programnya, ini adalah format tetap dan memang
kita biarkan penonton yang menentukan segala-galanya,
katanya.
|

Pengetua
AF2, Ramli MS |
BERBANDING
program realiti yang sedia ada, AF2 nampaknya paling ketara
dengan isu SMS simpati. Sebagai pengetua yang diberikan tanggung
jawab besar dalam mendidik dan membentuk 12 pelajar, Ramli nyata
terpaksa tunduk dengan senario yang timbul.
Simpati
adalah lumrah dalam hidup kita, tetapi sampai bila kita nak
biarkan simpati membunuh bakat yang punya peluang cerah dalam
industri kita.
Sebagai
pengetua, adalah kecewa melihat pelajar yang berbakat besar
terkeluar pada penghujung konsert mingguan. Pengundi harus
bijak mentafsir rasa simpati mereka. Bayangkan pelajar yang
kekal ini bakal muncul dengan album mereka sendiri. Apakah
sebagai peminat industri seni suara mereka mahu membeli album
mereka yang tidak boleh menyanyi semata-mata kerana simpati
sepanjang program ini?
Memang
semua peserta pasti akan muncul dengan album masing-masing
tetapi bayangkan, mereka yang anda simpati ini akan mewakili
negara membuat persembahan di luar. Bukankah mereka ini membawa
nama negara dan kewibawaan pengundi di negara ini juga,
jelas Ramli panjang lebar dan tetap berharap agar kebijaksanaan
pengundi dapat merubah masa depan mereka yang layak untuk
mendapatkan pengiktirafan itu.
|

Ketua
Pegawai Operasi 8 TV, Ahmad Izham Omar |
BERDASARKAN
penyelidikan yang pernah dijalankannya, Ahmad Izham punya pendapat
yang agak rasional.
Menurut
beliau, banyak album artis sedia ada yang punya bakat besar
dalam seni suara tidak dapat dijual kerana mereka ini bukan
pilihan peminat.
Ini
adalah kenyataan. Kita punya artis yang suara cukup bagus,
tone dan pitch cukup perfect tetapi album tak laku sebab kurangnya
peminat. Ada pula penyanyi yang tidak boleh menyanyi mengharapkan
miming tetapi album laku sebab apa? Sebab ada permintaan daripada
peminat.
Dalam
industri kita tidak boleh ketepikan kehendak mereka kerana
mereka inilah pembeli yang menentukan duduk bangunnya industri
kita. Soal simpati tidak wajar dipersoalkan kerana ia adalah
salah satu penggerak dalam program seumpama ini. Unsur dramatik
ini perlu untuk menjadikan program ini terus hidup,
katanya.
|

Pelakon/
Penyanyi/ AF1, Atie |
BEKAS peserta AF1 ini punya pandangan yang berbeza. Sebagai
pelajar yang pernah menyertai dan akhirnya diundi keluar daripada
program realiti itu namun bagi Suriati atau Atie, itulah warna
kehidupan sebenar.
Tidak
semua orang boleh menyanyi dengan baik. Dan tidak semestinya
program seperti AF hanya disertai mereka yang sedia pandai
menyanyi. Bagaimana dengan mereka yang kebolehannya seperti
Atie? Atie akui kekurangan diri tetapi kena tahu juga kenapa
dalam AF disediakan kelas pembelajaran? Bukankah ini bermakna
semua orang boleh belajar untuk memperbaiki diri. Semua orang
tidak sempurna tetapi sebagai manusia kita perlu belajar untuk
membaiki kelemahan kita, kata Atie yang ketika ini sibuk
menjalani penggambaran drama sebagai wartawan.
Simpati
memang diperlukan oleh peserta yang serba kekurangan tetapi
memberi peluang kepada pelajar yang berkurangan tetapi mempunyai
semangat yang tinggi untuk belajar adalah lebih besar nilainya
daripada membantu mereka yang memang tiada minat untuk belajar,
tambah Atie lagi.
|
Sila
bincang pendapat anda di forum
kami.
<<
Back To Main News Page
|