|
ZARINA
AKUR KESILAPAN SENDIRI
Oleh Khairull Azleyana Ishak
|
RAMAI
peminat hiburan tanah air menangisi penyingkirannya
dalam Konsert Hujung Minggu Akademi Fantasia Sabtu lalu. Namun
Zarina Zainoordin, 20, akur dengan kehendak peminat.
Zarina
sendiri mengakui dia tidak berpuas hati dengan persembahannya
dan sudah mengagak bahawa dia akan menjadi mangsa keempat
sebaik saja selesai mendendangkan lagu Penantian yang dipopularkan
Bienda.
Tanpa
menuding jari kepada sesiapa ekoran penyingkirannya, Zarina
yakin kehidupan perlu diteruskan dan percaya masih ada peluang
yang cerah untuknya meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi
berbakat besar.
Saya
tidak terkilan disebabkan peminat tidak mengundi saya pada
malam itu. Biarpun terkeluar daripada AF2, namun saya yakin
penyingkiran itu adalah berpunca daripada kesilapan saya sendiri.
Lagu
Penantian tidaklah begitu sukar kerana liriknya mengulang
korus yang sama tetapi mungkin kerana tumpuan saya lebih kepada
step atau gerak tari menyebabkan saya tidak dapat
fokus sepenuhnya pada persembahan. Terus terang saya secara
peribadi kecewa dengan persembahan saya, jelas Zarina
yang ditemui dalam sidang media di Astro kelmarin.
Sebaik
saja keluar saya ada bertemu dengan Cikgu Ramli dan meminta
maaf atas kegagalan saya untuk meneruskan pengajian. Beliau
juga nampak sedih dan tidak dapat berkata apa-apa, tambahnya
yang sebelum ini pernah diumumkan sebagai pelajar contoh dalam
AF.
Cerita
Zarina lagi, emosinya pada konsert minggu keenam itu juga
agak terganggu kerana persembahannya hanya disaksikan emak
dan beberapa saudaranya tanpa kehadiran bapanya.
|
 |
Saya
pastinya terus mencari Mak dan saya agak terperanjat apabila Mak
menangis dan memberitahu saya Abah sedang sakit di Johor Bahru hingga
tidak boleh bangun. Tetapi syukur Alhamdulillah kesihatan Abah sudah
semakin pulih, katanya yang agak terperanjat dengan perubahan
mendadak dalam hidupnya itu.
Biarpun
menerusi AF1 saya sudah tahu bahawa semua pelajar AF akan terkenal
apabila keluar daripada AF tetapi apabila saya sendiri mengalaminya
saya masih rasa seperti berfantasi. Semua orang bercerita mengenai
saya dan percintaan saya secara terbuka, cerita Zarina lagi
yang kelihatan begitu tenang dan matang dalam menjawab setiap persoalan
panas yang diajukan media.
Saya
dan Khai sudah berkawan rapat hampir 10 tahun. Saya anggap dia tidak
lebih dari sahabat karib. Kenapa hubungan saya dan Khai digembar-gemburkan
sedangkan Nija juga adalah rakan seangkatan apabila menyertai pertandingan
nyanyian di Johor Bahru?
Saya
mengenali Khai sejak saya berusia 10 tahun. Malah bukan saya saja
yang rapat dengan ibu Khai. Nija pun rapat tapi kenapa saya saja
yang terkena tempiasnya? kata Zarina lagi.
Bagaimanapun
gadis manis itu menyifatkan semua kritikan dan khabar angin mengenai
cintanya itu dengan hati terbuka tanpa rasa melenting atau marah.
Tambah Zarina lagi untuk bergelar artis dia sudah bersedia dengan
dugaan seperti itu dan berusaha untuk tetap menerimanya dengan rasional.
Pernah
bercita-cita untuk menjadi guru, anak keempat daripada enam beradik
ini mengaku dia menukar haluan kerana ingin membantu ibu bapanya.
Kami
adik beradik punyai hasrat tersendiri untuk membantu ibu bapa kami.
Kami bukan orang berada dan saya sendiri malu meminta wang daripada
mereka sedangkan saya sendiri sudah besar panjang.
Sebenarnya
ketika uji bakat AF1, saya, Khai dan Nija menghadiri uji bakat itu
bersama. Saya berjaya tetapi disebabkan saya ada kontrak dengan
Yayasan Warisan Johor jadi saya terpaksa melepaskan tawaran itu,
katanya.
Ditanya
komennya apabila sering digandingkan dengan Khai sehingga melonjakkan
popularitinya dalam AF2, Zarina menafikan dia sengaja menumpang
populariti naib juara AF 2003 itu.
Janganlah
hukum saya sampai begitu sekali. Saya masuk akademi kerana bakat
yang ada dalam diri saya sendiri bukannya kerana menumpang bakat
orang lain, balas Zarina yang tetap manis dengan senyuman
walaupun suasana sidang akhbar itu cukup panas.
Saya
tidak boleh komen hubungan Khai dan Rosma kerana apa yang berlaku
antara mereka adalah hak mereka berdua. Kalaupun ada perasaan antara
mereka berdua saya tidak kisah, tambah Zarina sambil mengakui
masih saling berhubung dengan Khai.
Kami
masih berhubung dan sering berbalas SMS. Malah saya tetap menziarahi
keluarganya di Johor Bahru ketika hari raya, katanya yang
tidak sabar untuk mengadakan konsert bersama AF1 dan AF2.
Jika
ditanya sama ada cukup atau tidak ilmu yang saya timba di AF pastilah
jawapannya sebagai pelajar, ilmu tidak pernah habis. Tetapi sedikit
sebanyak saya dapat belajar bagaimana untuk mengawal dan meningkatkan
mutu suara saya.
Saya
berharap selepas ini saya dapat teruskan kelas vokal bersama Cikgu
Siti Hajar dan Cikgu Adnan. Saya masih baru dan banyak lagi peningkatan
perlu saya lakukan pada suara dan diri saya demi peminat saya di
luar sana, katanya lagi yang akan muncul buat julung-julung
kalinya dalam Konsert Keroncong Perdana di Istana Budaya, 30 Julai
dan 1 Ogos nanti.
Mengulas
mengenai wujudnya komplot menyingkirkan pelajar berbakat besar dalam
AF2 pula, Zarina mengakui dia tidak tahu mengenai perkara itu tetapi
berharap peminat bijak dalam menentukan siapakah yang layak untuk
bergelar juara AF2004.
Ini
adalah pertandingan mencungkil bakat. Walaupun yang lemah wajar
dibiarkan untuk terus belajar tetapi seharusnya yang berbakat besar
pula selayaknya diberikan peluang untuk muncul juara.
Saya
sedar saya bukan yang terbaik tetapi untuk meramalkan siapakah bakal
bergelar top five saya memang punya pilihan saya sendiri.
Saya rasa mungkin Linda, Zahid, Farah, Kaer dan Bob akan ke peringkat
akhir, kata Zarina sebelum mengakhiri sidang media kelmarin.
Sila
bincang pendapat anda di forum
kami.
<<
Back To Main News Page
|